20 September tarikh penting buat Nuha
Posted on Wednesday, September 21 @ 12:09:05 MYT by paktam
KELANA JAYA - "Pada malam itu 20 September 1998, saya berlari masuk ke rumah dengan membawa Ehsan (adik) berlari...saya nak jumpa papa.Demikian coretan imbauan kenangan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim , Nurul Nuha ketika berkongsi cerita mengenai kisah ayahnya yang ditangkap ketika itu sehingga tercetusnya gelombang reformasi di negara ini.
Mengambil sempena tarikh sama yang jatuh pada tarikh hari ini 20 September 2016, Nuha berkata, walaupun kenangan itu sudah lama berlalu, namun pada setiap kali tarikh ini 'datang' jiwa mereka sekeluarga akan dikocak semula dengan kenangan lalu.
"Pada malam itu kami dilarang masuk ke rumah , tapi saya tendang kon FRU, saya lari masuk dan melihat papa dan ada polis sekitar 20 anggota, saya sangat terkejut, papa kemaskan barang dalam beg beliau.
"Saya tanya papa nak pergi mana? Kenapa papa perlu dirampas, kemudian kami semua turun dan dimasukkan ke dalam sebuah van bersama Anwar, kami dibawa ke Balai Polis Bukit Aman.
"Namun di pertengahan jalan, Anwar diambil dan dibawa oleh kereta lain, dan kami terpisah dengan menaiki van itu...kami jumpa ayah di sana," katanya dalam forum Detik Tercetusnya Reformasi di Kelana Jaya, malam ini.
Sementara itu ketika mengulas mengenai detik Reformasi Nuha berkata Anwar hanya menjadi pencetus.
"Ia digelombangkan oleh ramai rakyat, semangat perjuangan Anwar ini," katanya.~S/H

No comments:
Post a Comment