Saturday, September 24, 2016

Benarkah saman membawa balik aset yang diselewengkan ditolak US?

PENJELASAN PENARIKAN BALIK SAMAN SECARA SUKARELA

Respon segera Dato Salleh Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia memeranjatkan saya.

Ia menunjukkan saman kami untuk membawa pulang aset dan wang yang diselewengkan dari 1MDB meninggalkan kesan ke atas kerajaan.

Namun begitu, kenyataan bahawa saman kami ditolak adalah tidak tepat.

Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis.

Ini bermakna kami dibenarkan untuk memfailkan semula kes ini.

Antara lain kerana perkembangan terbaru berkait kes DOJ termasuk Red Granite telah bersetuju memasukkan permohonan bersama DOJ untuk menghadkan pembekuan akaun dan pendapatan Red Granite kepada filem The Wolf of The Wall Street  dan Friends With Kids sahaja.

Akaun keseluruhan Red Granite dan pendapatan Red Granite dari filem lain adalah dilepaskan.

Friends With Kids adalah  pertama kali diketahui ada kaitan dengan wang berasal dari 1MDB, seperti kenyataan dalam permohonan bersama itu.

Permohonan bersama ini menunjukkan Red Granite, untuk satu tahap tertentu mengakui dua filem ini ada sebab untuk dinamakan oleh DOJ dalam saman mereka.

Hakim  Mahkamah Central District of California, Western Division pada 16 Ogos 2016, telah memberikan perintah seperti permohonan bersama itu.

Antaranya, hanya akaun dan pendapatan dari kedua filem itu yang dimasukkan ke dalam akaun khas sementara menunggu keputusan perbicaraan penuh.

Oleh itu, kenyataan Red Granite bahawa saman kami adalah fractious adalah tertolak.

Jika tidak, mengapa Red Granite memasukkan permohonan bersama dengan DOJ selepas DOJ memasukkan permohonan ex parte ke atas Red Granite sebelum itu.

Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.

Usaha ini sepatutnya DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.

Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira wang negara ini hilang begitu sahaja dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup begitu sahaja.

Harapan itu adalah sia-sia.

Husam Musa
24 September 2016

~ Sebar/Share

#HusamMusa
#Saman1MDB

No comments:

Post a Comment