Monday, September 12, 2016

Dah parah demam Mamat ni!

Isnin, 12 September 2016
Budak Ni Waras Ke..?
Demi mahu mempastikan dirinya juara maka apa jua perlu diungkapkan..!

Rahman Dahlan kecam Dr M sudah tidak waras

Tindakan bekas perdana menteri itu, termasuk tidak menolak kerjasama dengan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menjadi sesuatu yang bukan luar biasa lagi.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini sudah sampai ke tahap tiada kewarasannya.

Beliau berkata apa sahaja tindakan yang dilakukan bekas perdana menteri itu, termasuk tidak menolak untuk bekerjasama dengan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menjadi sesuatu yang bukan luar biasa lagi.

“Tun Mahathir sudah kelirukan satu negara dan saya rasa, apa yang beliau buat sekarang ini tidak lagi menjadi satu perkara yang luar biasa apabila sudah sampai di satu tahap di mana tindakan-tindakan beliau ini pada saya, tiada kewarasannya,” katanya

- sumber

Teruk dah demam budak ni..! Respond sebegini hanya menggambarkan perasaan tidak tenang dan tidak tenteram jiwa dan perasaan apabila melihat sekutu politik semakin kuat dan tegap..!

Kenyataan sebegini hanya menidakkan kebenaran..! Kenyataan sebegini hanya membenarkan tanggapan rakyat bahawa kerjasama Tun M dan Anwar merupakan jalan terbaik untuk menolak kebejatan politik yang semakin rosak melanda negara kini..!

Kenyataan begini sebenarnya memperakui tahap kewarasan sebenar budak ini..! Sama lah dengan kenyataan mengaku Najib sebagai MO1 namun dalam masa yang sama menolak keterangan dan bukti yang mewujudkan MO1..! Waras ke jenis macam ni?

Lu Fikir La Sendiri!!!
- sumber

1 comment:

  1. Senang je mengata orang tak waras,. Yg ko tu lagi lah tak waras tahap gila meroyan, ni lah akibatnya terlebih makan dedak, perut boroi, muka sembab, otak udang, pergilah balik Sabah betulkan umno kat sana yg dah merundum, bodek tak kena tempat,.

    ReplyDelete