SURAT TERBUKA KEPADA ABANG MAT SABU
.
6 September 2016
.
Tuan Haji Mohamad Sabu
Presiden, Parti Amanah Negara (Amanah).
.
Abang Mat,
BENARKAH AMANAH PARTI KECIL BERMULUT BESAR?
Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya; dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Seburuk-buruk perkara dalam agama ialah amal yang diada-adakan, tiap-tiap amalan yang baru yang di ada-adakan adalah bid’ah, tiap-tiap bid’ah adalah sesat, tiap-tiap kesesatan tempatnya di neraka.
.
Abang Mat,
Dalam bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah, Nabi SAW telah memimpin satu pasukan orang-orang Islam, iaitu terdiri dari 82 orang Muhajirin dan 231 orang Ansar; telah berangkat keluar dari kota Madinah dengan tujuan untuk menahan satu pasukan kafilah dagang Quraish yang dipimpin oleh Abu-Sufyan bin Harb, yang dalam perjalanan dari Syam kembali ke Mekah.
Nabi SAW dan para sahabat berjalan melewati jalur utama arah ke Mekah hingga tiba di wadi ar-Rauha’. Sebelum itu, Nabi SAW telah mengutus Thalhah bin Ubaidillah dan Sa’id bin Zaid pergi terlebih dulu ke Haura’ untuk menyiasat perjalanan kafilah dagang yang besar pimpinan Abu-Sufyan. Lalu diterima berita bahawa rombongan kafilah dagang itu telah berjaya melepasi tempat itu untuk meneruskan perjalanan pulang ke Mekah dengan selamat, sebaliknya diberitakan juga bahawa pasukan Quraish dengan jumlah yang besar, diketuai oleh Amru bin Hisyam, atau Abu-Jahal sedang bergerak menuju ke Madinah.
Dari ar-Rauha’, Nabi SAW pun membawa pasukan mengambil jalan ke arah Badar, melewati Rahaqan dan tiba di as-Safra’. Ketika itu, pembawa bendera pasukan tentera Islam ialah Mus’ab bin Umair (gugur dalam Perang Uhud tahun 3 H). Manakala bendera regu Muhajirin dipegang oleh Ali bin Abi-Thalib dan bendera regu Ansar dipegang oleh Sa’ad bin Mu’az. Sayap kanan pasukan dipimpin oleh Zubir bin Awwam, manakala sayap kiri dipimpin oleh Miqdad bin Amru. Pertahanan belakang diketuai oleh Qais bin Sa’sa’ah. Ketua umum yang menjadi komander tertinggi ialah Rasulullah SAW sendiri.
Nabi SAW mendapat maklumat dari 2 orang Quraish yang ditahan oleh Sa’ad bin Abi-Waqqas ketika sedang mengambil air di sebuah telaga berhampiran lembah Badar.
“Khabarkan kepada ku tentang keadaan pasukan Quraish.”
“Mereka sedang berada di belakang bukit pasir yang boleh engkau nampak kalau memandang ke arah Udwatul-Quswa.”
“Berapa ramai jumlah mereka?”
“Sangat ramai.”
“Berapa bilangannya?”
“Tidak tahu.”
“Berapa ekor unta yang mereka sembelih setiap hari?”
“Sehari 9 ekor dan esoknya 10 ekor.”
“Bermakna jumlah mereka antara 900 hingga 1,000 orang. Siapa pembesar Quraish yang ada bersama mereka?”
“Utbah bin Rabiah, Sya’ibah bin Rabiah, Abul-Bakhtari bin Hisyam, Hakim bin Hizam, Naufal bin Khuwailid, Haris bin Amir, Thu’aimah bin Adi, Nadhr bin Haris, Zam’ah bin Aswad, Abu-Jahal bin Hisyam, Umayyah bin Khalaf.....” dan beberapa orang lagi yang disebutkan.
Nabi SAW berpaling kepada sahabatnya sambil berkata, “Wahai kaum muslimin! Inilah Mekah yang telah menghantar jantung hatinya kepada kamu!”
.
Abang Mat,
Bolehkah dibayangkan bagaimana beratnya perasaan orang-orang Muhajirin pada waktu itu. Diusir dari kampung halaman sendiri di Mekah, pergi berhijrah hidup di tempat orang, bergabung dengan orang-orang Yatsrib (Madinah) untuk berperang dengan orang kampung sendiri, bahkan merupakan saudara-mara mereka sendiri. Tetapi demi kecintaan kepada Allah dan Rasul, mereka sanggup berperang demi untuk mempertahankan Islam.
Nabi SAW membawa pasukan meninggalkan Zafiran untuk meneruskan perjalanan melewati bukit al-Asafir, kemudian mempercepatkan perjalanan menuju ke ad-Dabbah meninggalkan al-Hannan di sebelah kanan, hingga tiba berhampiran dengan Badar.
Nabi SAW mengambil tempat dan menetapkannya sebagai tapak perkhemahan pasukan Islam tidak jauh dari mata air Badar. Tiba-tiba Hubab bin Munzir maju ke depan dan bertanya kepada Nabi SAW : “Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat engkau tentang berhenti di tempat ini? Apakah ini tempat berhenti yang diperintahkan Allah kepada mu? Jika begitu keadaannya, tidaqk ada pilihan bagi kita untuk maju atau mundur dari tempat ini. Atau, adakah ini sekadar pendapat engkau, sebagai taktik perang?”
Nabi SAW menjawab : “Ini adalah pendapat aku sendiri, sebagai taktik perang.”
Hubab bin Munzir berkata : “Wahai Rasulullah! Menurut ku, adalah tidak tepat jika kita berhenti di sini. Pindahkanlah orang-orang ke tempat yang lebih dekat lagi dengan mata air daripada mereka. Kita berhenti di situ dan kita kambus kolam-kolam di belakang mereka, lalu kita buat kolam yang kita isi air hingga penuh.”
Nabi SAW bersabda : “Engkau telah memberikan buah fikiran yang sangat bagus.”
Lalu Nabi SAW mengarahkan pasukannya supaya berpindah sehingga jarak dengan mata air lebih dekat daripada pihak Quraish.
Hubab bin Munzir ialah seorang tokoh Ansar yang berpengaruh, dari keturunan keluarga bani Salma. Dalam peristiwa di Saqifah Bani Sa’idah yang berlaku pada 12 Rabi’ul-Awwal 11 H, sejarah mencatatkan bahawa Hubab bin Munzir telah terlibat dalam pertelingkahan yang sengit dengan Umar bin al-Khattab, hingga hampir-hampir mencetuskan perkelahian. Hingga sampai ke satu peringkat, Umar berkata dengan keras, “Allah akan membunuh mu, wahai Hubab!” Tetapi Hubab menjawab dengan lebih garang, “Engkau yang akan dibunuh Allah, wahai Umar!”
.
Abang Mat,
Inilah benda-perkara yang makhluk parti sejarah tidak faham. Sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW memegang dua peranan. Pertama, sebagai Rasul Allah yang menyampaikan Islam kepada manusia. Peranan ini tidak boleh digantikan oleh sesiapa pun, kerana Muhammad adalah Rasul Allah yang terakhir. Kedua, Nabi Muhammad SAW berperanan sebagai pemimpin kepada sebuah kerajaan yang berpusat di Madinah, iaitu dalam urusan keduniaan dan politik. Selepas Nabi SAW wafat, peranan kedua ini digantikan oleh Abu-Bakar as-Siddiq. Kemudian selepas Abu-Bakar wafat, peranan itu digantikan oleh Umar bin al-Khattab, kemudian Usman bin Affan, Ali bin Abi-Thalib, dan seterusnya.
Itu menunjukkan bahawa urusan manusia itu terbahagi kepada dua, iaitu urusan agama yang merangkumi akidah, ibadat dan hukum-hakam Islam; dan urusan keduniaan, termasuk berperang dan berpolitik.
Dalam sebuah hadis yang mutawatir, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh ramai sahabat melalui banyak jalur; Nabi SAW berjalan melewati kebun-kebun tamar milik orang Madinah. Didapati orang-orang Madinah sedang melakukan perkahwinan mayang (pendebungaan) kurma. Apabila ditanya, mereka menyatakan mereka melakukan begini untuk mendapat hasil yang lebih baik. Nabi SAW berkata, kalau kamu tak buat begitu pun, tentu lebih baik bagi kamu.
Maka orang-orang Madinah pun berhenti dari melakukan aktiviti itu. Akibat, hasil kurma pada musim berikutnya merosot dengan mendadak. Apabila hal itu sampai ke pengetahuan Nabi SAW, baginda bertanya kepada penduduk Madinah, kenapa dengan hasil kurma kamu?
Orang Madinah menjawab, dulu kami melakukan perkahwinan mayang, hasilnya baik. Kemudian Rasulullah berkata begini dan begitu, maka kami berhenti melakukannya. Dan sekarang hasilnya merosot.
Nabi SAW bersabda, “Kamu lebih tahu akan urusan keduniaan kamu. Itu hanya pendapat aku sendiri, tidak diwajibkan untuk kamu mematuhinya. Cuma dalam urusan agama, iaitu perkataan aku yang berdasarkan wahyu dari Allah, maka kamu wajib ikut aku.”
.
Abang Mat,
Kalau kita tengok apa yang berlaku dalam parti sejarah, terutama dalam soal wala’ kepada pemimpin tanpa soal, baik dalam urusan agama atau dalam urusan politik, wajib dipatuhi setiap perkataannya, wajib disokong setiap tindakannya; ternyata ianya sangat bercanggah dengan kaedah dan ajaran Islam yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW.
.
Abang Mat,
Telah sampai khabar ke dalam pengetahuan kami bahawa parti Keadilan sedang berusaha untuk menghalang parti Amanah daripada bertanding dalam PRU-14, sebaliknya mereka sedang bertungkus-lumus mencari formula bagaimana mahu mengekalkan kerjasama dengan PAS dan kalau boleh mahu membunuh Amanah sama sekali dari persada politik negara. Bahkan ada pemimpin tertinggi Amanah telah dipujuk dan dijanjikan jawatan tertentu dalam GLC dan kerajaan tempatan sekiranya tidak meletakkan calun dalam pilihanraya umum.
Apa yang lebih malang ialah, ada sebahagian pemimpin Amanah yang setuju dengan idea itu kerana terpengaruh dengan ganjaran yang ditawarkan. Alasannya, konon Amanah parti baru yang tidak punya sokongan, PAS masih mendominasi sebahagian besar undi Melayu, pembangkang meraih 52% undi popular kerana sumbangan besar pengundi PAS, pembangkang perlu bersatu untuk lawan UMNO maka tidak boleh kecualikan PAS, kalau pembangkang berpecah seperti beri kemenangan percuma kepada UMNO, dan seumpamanya.... Semuanya itu didasarkan kepada data dan statistik keputusan PRU-13 yang lalu.
.
Abang Mat,
Dalam PRU-2008 dan PRU-2013, parti PAS, Keadilan dan DAP bekerjasama dalam satu gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat. PAS bertanding sekian-sekian kerusi, Keadilan bertanding sekian-sekian kerusi, DAP bertanding sekian-sekian kerusi. Di kawasan PAS bertanding, maka Keadilan dan DAP tidak meletakkan calon. Di kawasan Keadilan bertanding, PAS dan DAP tidak meletakkan calon. Di kawasan DAP bertanding, PAS dan Keadilan tidak meletakkan calon. Pengundi yang menyokong PAS atau Keadilan atau DAP, semuanya diseru untuk mengundi calon Pakatan Rakyat.
Kalau sudah begitu kedudukannya, bolehkah kita tahu dengan tepat berapa orang penyokong PAS, berapa orang penyokong Keadilan dan berapa orang penyokong DAP di seluruh negara dalam PRU-13 yang lalu? Alangkah bodohnya orang-orang politik termasuk pihak Merdeka Centre atau Institut Darul Ehsan (IDE) yang kononnya pakar dalam membuat culaan dan telahan politik; apabila menghitung kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS, DAP dan Keadilan, lalu mencampurkan semua undi yang oleh calon sesuatu parti, maka jumlah itu yang dikira sebagai penyokong PAS, penyokong DAP dan penyokong Keadilan.
PAS bertanding di banyak kerusi. Setiap kawasan yang ditandingi oleh PAS, ada penyokong DAP, ada penyokong Keadilan, ada orang atas pagar, ada yang menyampah dengan PAS tetapi mengundi calon PAS atas dasar menyokong Pakatan Rakyat! Cerdik sangatkah pemimpin politik yang mengira semua undi yang diperolehi oleh calon PAS itu semuanya dari penyokong PAS?
.
Abang Mat,
Majoriti orang yang mengundi dalam pilihanraya boleh dibahagi kepada dua kumpulan yang besar, iaitu samada mahu menyokong Barisan Nasional dan mengekalkan kerajaan yang ada, atau mahu menukar kerajaan dengan menumbangkan BN, iaitu dengan mengundi calon Pakatan Rakyat. Itu saja!
Berapa ekor sangatlah makhluk kepala hitam di Malaysia ini yang mengundi semata-mata kerana kagum dengana kehebatan parti Keadilan, atau teruja sangat nak sokong DAP? Kecuali dalam PAS yang pengikutnya tidak kisah menang atau kalah dalam pilihanraya, tetapi mereka menyokong PAS hanya semata-mata kerana takut masuk neraka, kesesatan itu hanya berlaku dalam PAS sahaja.
Kalau tidak kerana Pakatan Rakyat, kalau tidak kerana aura Anwar Ibrahim yang menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat, agaknya berapa ekor makhluk kepala hitam yang nak undi calon Keadilan? Di sinilah ternampak bodohnya orang politik, pengkaji dan pengulas politik, apabila menyangka Keadilan dapat perintah Selangor kerana kehebatan Azmin Ali, Zuraidah Kamarudin, Suhaimi Shafie, Yaakob Sapari, Amiruddin Shaari, dan lain-lain.
Padahal, kalau tidak kerana rakyat percaya kepada Pakatan Rakyat mahu menumbangkan UMNO, kalau tidak kerana Anwar Ibrahim yang memimpin PR, semua nama-nama tokoh Keadilan yang saya sebutkan itu tidak akan dapat merasa untuk jadi wakil rakyat pun!
Bahkan kalau dikumpulkan penyokong Keadilan di seluruh negara sekarang, iaitu orang yang menyokong PKR semata-mata kerana PKR, bukan kerana Pakatan, saya rasa jumlahnya hanya sekitar 700 hingga 800 orang sahaja.
Sekarang kenapa terlihat seolah-olah Keadilan menjadi tuan kepada Amanah dan DAP?
.
Abang Mat,
Lanskap politik kita sudah jadi sebegini rupa, pola pengundian sudah berubah sama-sekali sejak Hadi Awang sakit otak. Hari ini, kalau ada pakar penganalis politik yang mengambil kira keputusan PRU-13 sebagai rujukan untuk mencula dan mencongak hasil PRU-14 yang akan datang, maka ketahuilah Abang Mat, bahawa mereka itu adalah pembohong dan pendusta. Lanskap politik sudah berubah, mana boleh diambil-kira keputusan PRU-13 sebagai rujukan.
Formula kerjasama mengikut negeri seperti yang dicadangkan oleh Rafizi Ramli ialah salah satu taktik untuk membunuh Amanah dan mahu menyelamatkan Keadilan di Selangor sahaja.
Contohnya begini. Keadilan akan cadangkan kerjasama dengan Amanah di Kelantan, dan mereka akan meyakinkan Amanah bahawa Keadilan akan memujuk PAS untuk tidak meletakkan calon di Kelantan. Sebagai imbalannya, maka Amanah dikehendaki tidak meletakkan calon di Selangor, tetapi beri laluan kepada Keadilan dan PAS sahaja untuk meletakkan calon.
Mereka tahu, kerana Keadilan juga adalah sekutu PAS, maka mereka tahu bahawa pengundi PAS di Kelantan tidak akan mengundi calon Amanah sebaliknya memberi undi kepada UMNO. Bila semua calon Amanah kalah di Kelantan, maka berkuburlah parti Amanah di seluruh negara.
Satu lagi, orang Keadilan bimbang jika Pakatan Harapan menang di Selangor, maka kerusi Menteri Besar akan digugat oleh orang Amanah. Berbeza dengan PAS yang bersedia untuk memberi laluan kepada Keadilan menjawat Menteri Besar walaupun memenangi lebih banyak kerusi. Itu saja sebab-musababnya, Abang Mat.
.
Sekian untuk kali ini. Salam.
.
Yang Benar,
Abe Awang Malaya
b/p JEBONESTA

Mengarut..
ReplyDelete