Sunday, 18 September 2016
KENAPA NAJIB TAK PERGI?
Pada 22 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan lawatan rasmi lima hari ke New York untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNSC.
Dalam mesyuarat itu, Zahid mempengerusikan perbahasan tentang "Cabaran Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara" yang diadakan di ibu pejabat PBB itu.
Majlis Keselamatan PBB dianggotai oleh 15 buah negara dengan lima negara iaitu Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, China dan Perancis adalah anggota tetap, manakala 10 negara lagi bukan anggota tetap yang dipilih setiap dua tahun.
Malaysia menduduki salah satu kerusi bukan tetap Majlis Keselamatan PBB bermula 1 Januari tahun lepas setelah menang dalam pemilihan pada Oktober 2014.
Semalam, Zahid Hamidi sekali lagi ke New York untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB atau UNGA yang bermula 17 hingga 25 September depan.
Menurut laporan Bernama, Zahid akan menyertai Raja-Raja, Presiden dan Perdana Menteri dari seluruh dunia dalam perhimpunan tersebut.
Antaranya Zahid juga dijadual akan menyampaikan kenyataan negara pada sessi debat umum, menyertai mesyuarat peringkat tinggi menangani penghijrahan pelarian dan migran berskala besar dan mesyuarat peringkat tinggi mengenai situasi di Syria.
Dalam tempoh tidak sampai sebulan, dua kali Zahid ke New York menghadiri mesyuarat PBB.
Kenapa Najib Razak tidak pergi dalam Perhimpunan PBB ini sedangkan negara-negara lain menghantar ketua kerajaan masing-masing yang terdiri daripada Raja, Presiden dan Perdana Menterinya?
Mesyuarat PBB kali ini juga adalah yang terakhir dihadiri oleh Barack Obama berikutan penggalnya akan berakhir hujung tahun ini.
Apa yang disibukkannya di Malaysia sehingga diwakilkan kepada Zahid Hamidi menghadiri perhimpunan pemimpin politik terbesar dunia itu?
Bukankah selama ini Najib suka pergi ke Amerika Syarikat? (SH 18/09/2016) - sumber

Malaysian Official No 2 dah cukup...
ReplyDeleteKetua2 negara lain bila tengok muka Jahid terus kata dlm hati najib dah demam tak kebah2..
ReplyDeleteKalau dah MO1 masih bercawat ekor, apakah pentingnya Malaysia ku dipimpin sesorang yg penakut,.adalah satu penyeksaan kepada Rakyat dengan pemimpin yg tiada membuat sesuatu untuk membangun dan memakmurkan Rakyat Dan negara,.sekadar hanya berkebolehan memboros, membazir, merompak serta pembohong,.ruginya,.!!! Rakyat dan Negara ku,.
ReplyDelete