Wednesday, September 21, 2016

Aik.......anugerah ni kena mohon ke?

Permata dan Rosmah tidak pernah mohon anugerah 'Lead by Example' UNESCO - JPM
Astro Awani  September 20, 2016 18:48 MYT
Permata dan Rosmah tidak pernah mohon anugerah 'Lead by Example' UNESCO - JPM
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata, program Permata sendiri telah memberi kesan positif kepada puluhan ribu anak muda. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pusat Anak Permata Negara (Permata) atau isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah memohon untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata, program Permata sendiri telah memberi kesan positif kepada puluhan ribu anak muda.

"Untuk mengelakkan sebarang gangguan lagi daripada kerja yang penting untuk anak-anak Malaysia, Permata dan Datin Sri Rosmah telah menolak anugerah tertunda yang dicadangkan.

"Pejabat Perdana Menteri juga kesal percubaan mempolitikkan program Permata yang hanya bertujuan untuk kehidupan lebih baik untuk kanak-kanak.

"Kami juga kesal kerana mereka yang memilih untuk mengurniakan anugerah itu turut menerima sindiran kerana hanya memberi tumpuan kepada kempen terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad berkata, Rosmah dipilih untuk menerima anugerah itu atas usaha dan sumbangan Datin Seri Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.

Bagaimanapun, UNESCO pada saat akhir membatalkan anugerah yang dirancang diberikan selain tidak menyatakan sebab-sebab penarikan anugerah itu.

Pihak UNESCO juga tidak memberikan butiran lanjut tentang pembatalan pemberian anugerah itu.
Dalam pada itu kata Tengku Sharifuddin, Permata atau Datin Seri Rosmah tidak terganggu dengan usaha pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan situasi untuk melemahkan usaha membina Malaysia yang lebih baik.

"Kami boleh mengesahkan bahawa Permata sepenuhnya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan telus dimasukkan di dalam Belanjawan Kerajaan tahunan dan diluluskan oleh Parlimen," jelasnya.

1 comment:

  1. Tak boleh mohon anu gerah ni..... saya dah tanya apek yang repair basikal kat kampong paloh inai, daerah Pekan Pahang tu.... Apek tu kata kalau nak juga anugerah, kena ampu bodek Secretary General NGO bawah UNESCO yang selia hadiah tu....dan kalau nak bagi afdal elok dihulur cek beberapa juta EURO dulu sebagai hadiah kat NGO tu sebagai sumbangan... baru cepat dia orang layan.
    Apa...? Tak caya....hang pi la tanya apek tu sendiri......

    ReplyDelete