Saturday, March 31, 2018

Wow...beraninya mereka!

Mahasiswa HARAPAN ajak menteri berdebat
Geraldine Tong  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 6:47 petang
Mahasiswa Pakatan Harapan mencabar Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Idris Jusoh atau wakil untuk berdebat isu kebebasan pelajar universiti berpolitik.

"Idris Jusoh seorang alumni beberapa universiti antarabangsa sepatutnya faham kepentingan mahasiswa universiti untuk bebas berpolitik, bersuara dan berpersatuan dalam usaha membangunkan modal insan bagi manfaat negara.

"Kami mengalu-alukan perbincangan sihat berhubung perkara ini di antara kementerian dan mahasiswa universiti.

"Sebab itulah, kami mencadangkan wakil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk berdebat dengan kami berhubung isu ini," kata Pengerusi Mahasiswa Pakatan Harapan, Na'im Brundage pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau memaklumkan terdapat ekosistem aktivisme politik yang aktif di universiti-universiti terkenal dan berprestij di luar negara seperti Harvard, Stanford, Yale dan Columbia University.
Beliau berkata malangnya kenyataan Idris mengenai mahasiswa universiti dibenarkan terlibat kegiatan politik di luar kampus sebagai hanya 'janji manis'.

Beliau memberi contoh kes 15 universiti yang menerima hukuman disiplin kerana hadir perhimpunan 'Tangkap MO1' di Dataran Merdeka pada 2016.

"Tindakan yang dikenakan terhadap 15 mahasiswa universiti ini sangat jelas menunjukkan mahasiswa universiti masih tidak bebas untuk terlibat secara aktif dalam politik walaupun kegiatan tersebut berlangsung di luar kampus," kata Na'im.

Jika Idris benar-benar serius memberikan pelajar universiti kebenaran terlibat kegiatan politik, beliau berkata menteri itu perlu memastikan universiti yang berada di bawah bidang kuasa kementeriannya tidak mengenakan tindakan disiplin sewenang-wenangnya hanya kerana mahasiswa melaksanakan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun.

Dalam hal berasiangan, Mahasiswa Pakatan Harapan turut mengumumkan mereka akan melancarkan siri 'Jelajah Siswa Gelombang PRU' bagi meluaskan program persatuan mereka ke serata semenanjung Malaysia.

Mereka mengundang mahasiswa universiti yang berminat untuk menyertai mereka dalam siri jelajah yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke 14 akan datang.

Kehadiran tidak cermin undi: Kenyataan Salleh disanggah

Saturday, 31 March 2018
JIKA BEGITU, KENAPA UMNO TAK BUAT PROGRAM DENGAN KEHADIRAN 10 ORANG SAJA?
Barangkali kerana terganggu dengan jumlah kehadiran puluhan ribu rakyat dalam program-program Pakatan Harapan yang dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad, terbaru di Kedah dan Perlis sehari dua yang lalu, menteri pengampu, Salleh Said Keruak seolah-olah cuba mententeramkan rasa gundah gulana seluruh pimpinan UMNO, khususnya Najib Razak dengan mengatakan ramainya  yang hadir itu tidak menjamin undi yang banyak ketika PRU 14 nanti.

Katanya, jumlah besar yang hadir dalam ceramah Pakatan Harapan tidak bermakna mereka juga akan memperolehi undi yang banyak.

"Masalah dengan pembangkang ialah mereka selalu mengambil kira jumlah yang hadir dalam ceramah sebagai suatu bentuk undi, sedangkan perkara itu belum menjadi kenyataan lagi," kata Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Memang tidak siapa menafikan bahawa kehadiran dalam ceramah bukan jaminan undi yang banyak, tetapi oleh kerana politik adalah perebutan berkaitan nombor, maka jumlah kehadiran dalam sesuatu program atau majlis adalah amat penting sekali.

Ia setidak-tidaknya memberi gambaran program atau majlis yang diadakan itu telah mendapat sambutan ramai. 

Dengan hangatnya sambutan yang diterima, ia bukan saja dapat menaikkan semangat penganjur serta penceramah, bahkan mendorong mereka yang lain untuk turut hadir dalam program atau majlis yang akan diadakan selepas itu.

Dengan yang demikian, program-program yang diadakan akan sentiasa mendapat sambutan, sekaligus menyebabkan lebih ramai rakyat atau pengundi dapat mendengar penerangan berkaitan masalah negara, skandal pemimpin dan sebagainya.

UMNO sendiri pun sebenarnya begitu mementingkan jumlah yang ramai dalam program-program yang diadakannya, terutama jika melibatkan kehadiran Perdana Menteri.

Untuk itu, adalah perkara biasa - dulu, kini dan selamanya - bagi UMNO membayar upah, menyediakan bas, memberi duit tambang dan elaun makan untuk memastikan kehadiran yang ramai dalam program-program anjurannya.

Tidak cukup dengan itu, kadangkala pelajar sekolah, penuntut universiti, pegawai kerajaan, guru-guru dan peneroka Felda turut dikerah hadir semata-mata untuk mencipta berita palsu kononnya program yang diadakan itu  mendapat sambutan ramai dan pemimpin yang berucap begitu digila-gilakan oleh rakyat.

Oleh kerana Salleh Said Keruak sudah pandai memperlekeh kehadiran yang ramai dengan mengatakan ia tidak menggambarkan undi yang banyak, maka UMNO wajib berani berubah mulai sekarang.

Usah lagi menyediakan bas, membayar upah kehadiran, memberi elaun makan, duit poket dan sebagainya dalam mana-mana program UMNO, terutama yang dihadiri oleh Najib.

Biarkan saja mereka yang mahu hadir datang secara ikhlas dan sukarela serta tanpa paksaan.

Jika dengan kehadiran yang sedikit pun, seperti kata Salleh, UMNO masih boleh menang sebagaimana beberapa contoh yang ditampilkannya, buat apa membazir wang dan tenaga memaksa kehadiran yang ramai?

Cuba dalam dua atau tiga program yang dihadiri Najib selepas ini, biarkan misalnya hanya 10 atau 100 orang saja yang hadir memeriahkannya, kemudian kita sama-sama lihat, adakah terjamin BN mampu menang dengan keadaan itu dalam PRU 14 akan datang?  (ShahbudinHusin 31/03/2018)

Posted by Shahbudin Husin at 17:26 

Najib jadi penyebar berita palsu?

'Amaran Najib pada tentera, polis adalah berita palsu'
Zikri Kamarulzaman  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 1:02 petang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa membuat "berita palsu" apabila memberi amaran kepada anggota polis dan angkatan bersenjata mengenai kemungkinan mereka akan hilang pekerjaan jika salah memilih kerajaan.

Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Rais Hussin berkata ini termasuk amaran Najib bahawa Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) kemungkinan akan dibubarkan di bawah kepimpinan yang berkonsepkan Malaysian Malaysia.

Istilah 'Malaysia Malaysia' jelas merujuk kepada DAP, yang digambarkan Najib sebagai anti-Melayu dan Islam.

"Ini adalah contoh berita palsu yang lengkap dan terkini," kata Rais.

"Semua ini pada asasnya seperti taktik Cambridge Analytica (CA) yang menimbulkan ketakutan mendalam, cuba merangka perkara-perkara yang tidak benar dan kemudian menanamkan ketakutan di kalangan rakyat khususnya orang Melayu.

"Ini juga merupakan mekanisme pecah dan perintah yang diamalkan untuk mewujudkan jurang antara rakyat Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

CA adalah firma analisis data pilihan raya yang mendapat perhatian antarabangsa selepas dilaporkan menyalahgunakan berjuta-juta data peribadi pengguna di Facebook untuk tujuan politik.

Sebuah video intipan saluran Channel 4 di UK menunjukkan pengarah urusan bahagian politik CA, Mark Turnbull mengakui syarikat itu beroperasi di Malaysia.

Rais berkata berbeza dengan dakwaan Najib, Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifestonya memastikan hak istimewa Melayu dipelihara seperti termaktub dalam perlembagaan dan meningkatkan sektor perkhidmatan awam.

Berdasarkan sejarah ini dia rahsia persempadanan semula kawasan oleh SPR

'BN menang besar setiap kali persempadanan'
Shakira Buang  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 4:38 petang
Pelaksanaan persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya untuk menjamin kemenangan Umno-BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang.

Malah, Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata setiap kali berlakunya persempadanan semula BN akan menang besar.

"Kalau kita lihat sejak dari merdeka BN paling tinggi undi popular adalah 65 peratus. Tetapi mereka terus menang dengan 80-90 peratus kerusi, bermakna undi popular tidak digambarkan dalam kerusi dan ini dibantu oleh persempadanan dan fakta menunjukkan perkara itu (persempadanan) dan oleh kerana persempadanan,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Nasional Maqasid Syariah 2018, Dewan Sivik Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
Rabu lepas, usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian dengan menerima sokongan 129 anggota Parlimen dan 80 yang menolak.

Persempadanan baru kawasan pilihan raya yang diluluskan itu juga didakwa akan mewujudkan lebih banyak kerusi berasaskan kaum dengan mengasingkan pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Mengulas lanjut Redzuan (gambar, bawah) yang juga Timbalan pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) berkata persempadanan baru ini dibuat hanyalah berdasarkan keperluan politik.

"Dan kalau kita lihat dalam persempadanan kali ini dia dibuat begitu rupa berdasarkan kepada (keperluan) politik.
"Persempadanan 2003 membanyakkan kawasan campuran kerana kawasan ini yang memenangkan BN selepas 1999, selepas berlaku tsunami Melayu dan banyak kawasan campuran tetapi selepas 2008 kawasan campuran banyak memihak kepada Pakatan Harapan.

"Dan sebab itulah persempadanan yang dibuat kali ini ia berkelompokkan kembali di mana Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina supaya kawasan-kawasan DAP akan mencapai kemenangan besar berkali-kali ganda majoriti," katanya.

Bagaimanapun kata Redzuan, persempadanan yang dibuat berdasarkan pola pengundian 2013 itu tidak semestinya sama lagi.

"Persempadanan ini dibuat berdasarkan kepada pola pengundian 2013, oleh itu tidak semestinya pola pengundian 2018 sama dengan 2013.

"Sebab pada 2013 tidak ada isu 1MDB, GST dan oleh itu tidak semestinya pola itu akan berlanjutan dalam pilihan raya akan datang," katanya lagi.

* Jadi kalau begini kerja mereka dari gaji diberikan oleh rakyat dan mereka pula mengkhianati hak dan hasrat rakyat demi golongan pemerintah maka adakah tidak patut mereka dilaknati oleh rakyat?

Kerja-kerja macam ni rasanya Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pernah lakukan. Apa komen beliau sebagai Naib Presiden Bersatu sekarang?  

Jika BN tumpas, ini janji Anwar

Anwar janji 'bebaskan' SPR jika HARAPAN menang
mk  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 3:50 petang
Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketua Umum PKR itu turut berikrar akan memansuhkan undang-undang antiberita palsu yang dijangka diluluskan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

"HARAPAN akan menubuhkan suruhanjaya pilihan raya yang benar-benar bebas dan memansuhkan undang-undang antiberita palsu. Saya menggesa rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai dan mengundi untuk menyingkirkan BN daripada kuasa," kata Anwar yang masih menjalani hukuman penjara dalam satu kenyataan.

Menyentuh mengenai persempadanan pilihan raya yang baru dibentangkan di parlimen, Anwar berkata ia adalah perkara serius yang perlu dibincang dan dibahaskan selama beberapa minggu.

Bagaimanapun, katanya, usul itu dibuat secara tergesa-gesa melalui proses yang hanya mengambil masa selama dua jam.

"Ini bukanlah amalan persempadanan semula yang sah dan mengikut undang-undang, tetapi perbuatan gerrymandering yang jelas tidak berperlembagaan.

"Ia juga merupakan pengakuan bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya umum jika menggunakan persempadanan lama," katanya.

Anwar juga mengkritik rang undang-undang antiberita palsu yang tergesa-gesa dibentangkan di Dewan Rakyat dengan menyifatkannya sebagai 'langkah terdesak'.

Beliau berkata BN mahu undang-undang baru itu digubal untuk menghalang kritikan terhadap skandal 1MDB serta skandal rasuah lain yang dikaitkan dengan parti kerajaan.

"Dalam menolak rang undang-undang antiberita palsu, BN jelas mensasarkan golongan muda, yang akan menjadi mangsa utama undang-undang ini. Berita palsu atau berita yang salah boleh ditangani dengan undang-undang fitnah.

"Bolehkah kita biarkan pencuri yang telah mencuri wang berbilion milik orang awam memutuskan apa yang palsu?" soalnya.

Perbahasan rang undang-undang antiberita palsu akan diteruskan di Dewan Rakyat pada hari Isnin.

Pembangkang dan pengamal undang-undang berpendapat definisi berita palsu dalam rang undang-undang itu terlalu kabur dan terdedah kepada penyalahgunaan.

BN Perlis ketaq lutut ka?

Saturday, March 31, 2018
UMNO Perlis juga KETAT LUTUT Ribuan Hadir Ceramah PH di Perlis
Jelajah Pakatan Harapan Peringkat Negeri Perlis pada 30 Mac 2018 mendapat sambutan yang sangat hebat. Ribuan yang hadir!
  
 
 
 - sumber
Ucapan penuh
Ucapan Dr. Mahathir
Tapi Salleh kata:
  
Kehadiran ramai tidak cerminkan jumlah undi - Salleh
mk  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 6:49 pagi
Pembangkang tidak boleh beranggapan bahawa kehadiran jumlah besar orang ramai dalam sesi ceramah mereka bermaksud memperoleh undi yang banyak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata masalah dengan pembangkang ialah “mereka beranggapan sesuatu yang dikehendaki itu sudah menjadi milik mereka, sedangkan ia belum lagi menjadi kenyataan dan mengambil kira jumlah orang ramai yang hadir dalam ceramah itu sebagai bentuk undi."

Beliau memberikan beberapa contoh untuk membuktikan perkara ini dalam catatan menerusi blog beliau di sskeruak.blogspot.my.


"Di Sanggang pada 2000, jumlah orang ramai yang menghadiri ceramah pembangkang begitu besar dan kesesakan lalulintas adalah sepanjang berbatu-batu sehingga perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenainya. Bagaimanapun, calon PAS kalah dalam pilihan raya kecil itu kepada calon UMNO," kata beliau.

Beliau berkata, perkara yang sama berlaku di Indera Kayangan apabila 30,000 orang hadir pada ceramah PKR dan di sebelah, hanya 300 berada pada majlis yang dihadiri menteri besar ketika itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Tetapi calon PKR kalah kepada MCA," kata beliau dan menambah bahawa baru-baru ini, Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah dua lagi contoh.

Salleh berkata sejak 1990, pembangkang diberitahu bahawa jumlah orang ramai tidak dianggap sebagai undi tetapi mereka tidak pernah mempedulikannya.

"Mungkin sebaik sahaja PRU14 berakhir, dan undi telah dikira, mereka mungkin mula memahaminya," kata beliau

* Yang Salleh kata tu mungkin betul dan mungkin tidak!

Apa punya kartun daa......!

Najib: RAMD mungkin mangsa Malaysian Malaysia
mk  |  Dikemaskini 31 Mac 2018, 12:48 tengah malam
Anggota polis dan tentera mungkin akan kehilangan kerja jika negara ini dipimpin oleh orang yang salah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Menurut perdana menteri jika rakyat tersilap langkah memilih pemimpin, kerajaan yang ditubuhkan nanti mungkin akan membubarkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

"Bagaimana kalau mereka dengan niat tersirat, yang tak faham asal-usul sejarah negara kita - bagaimana kalau mereka misalnya mencadangkan supaya RAMD dibubarkan kerana ia tidak sesuai dengan konsep Malaysian Malaysia?

"Apa implikasinya kepada negara kita? Saya rasa saya tak perlu jawab," katanya semasa berucap di majlis makan malam bersama anggota polis dan tentera di Wisma Perwira Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur malam ini.

Menurut perdana menteri beliau tidak berhasrat untuk sengaja menimbulkan isu sensitif dengan membangkitkan kemungkinan berkenaan.

Katanya apa yang cuba disampaikan ialah supaya rakyat Malaysia sedar dan menghayati hakikat yang sedang dihadapi ketika ini.

"Saya bukan nak timbulkan perkara sensitif dengan sengaja, tapi saya nak kita semua sedar dan menghayati hakikat bahawa kita perlu menentukan kepimpinan paling tepat untuk aspirasi negara kita bersama," katanya.

Kakitangan awam ramai

Malaysia sedang dibayangi kehangatan pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Mandat kerajaan yang diperolehi melalui PRU ke-13 akan berakhir pada hujung Jun namun kebiasaannya parlimen akan dibubarkan sebelum itu.
Berbeza daripada kebanyakan negara demokrasi lain tarikh PRU di negara ini tidak diumumkan lebih awal bagi membolehkan semua parti membuat persediaan yang seimbang.

Dewan Rakyat sudah meluluskan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Mac lalu dan diwartakan sebagai undang-undang sehari kemudian.

Kenyataan Najib itu tidak menyebut sebarang nama atau parti secara khusus. Bagaimanapun berdasarkan ucapannya yang memetik konsep Malaysian Malaysia, ia jelas merujuk kepada DAP - satu daripada parti yang menubuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Umno selama ini memotretkan parti itu sebagai cauvinis Cina serta memusuhi Islam serta Melayu.

Dalam ucapan sama perdana menteri juga mengingatkan pihak pembangkang pernah menganggap jumlah kakitangan awam di negara ini terlalu ramai.

Justeru katanya ada kemungkinan jumlah anggota pasukan polis dan tentera turut akan dikecilkan jika BN gagal mengekalkan Putrajaya.

Turut terbuka kepada kemungkinan itu, kata Najib, ialah kakitangan sektor pendidikan.

"Mungkin PDRM dan ATM akan dikurangkan saiznya. Mungkin pendidikan pun akan dikurangkan. Segala-galanya mungkin," katanya.

Turut hadir di majlis makan malam itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dan Panglima ATM Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

* Hahaa....maka berkatalah Panglima ATMPanglima ATM seru tentera, polis setia pada kerajaan

Nasib baiklah sekarang ni boleh dikatakan semua pegawai ATM dan Polis berpelajaran dan ramai yang berijazah sehingga PHD

Memang mengarut pun!

Annuar Musa berhentilah mengarut, kata Rafidah
By Arianna - 2018-03-3057
Rafidah Aziz ketika menjadi menteri di dalam gambar menyambut Tun Abdul Razak bapa kepada PM Najib Razak. – Foto dikongsi Nazir Razak di Instagram

Bekas ketua wanita Umno dan menteri kanan Tan Sri Rafidah Aziz yang terkenal dengan sikap tegas dan lantang kini bertikam lidah dengan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa serta anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.

Annuar semalam menempelak Rafidah – serta seorang lagi bekas menteri Tan Sri Rais Yatim – sebagai bersikap berat sebelah, serta mencurigai motif di sebalik pandangan kritis mereka terhadap kerajaan berkenaan 1MDB dan Jho Low.

“Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah out of touch dengan urusan pentadbiran dan kerajaan dan kelihatan terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama, yang juga bos saya dulu,” katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Pakatan Harapan.

Nazri menggelar Rafidah sebagai “mak cik tua yang meroyan kuat sangat”.

“Dia (Rafidah) meroyan kuat sangat, dulu tak dapat bertanding, dia marah. Lepas itu kalah dengan (Tan Sri) Shahrizat (Abdul Jalil). Shahrizat kita harap lepas ini akan jadi menteri balik, jadi dia tak tahan tengok Shahrizat ni.

“Shahrizat menjadi ketua Wanita Umno jauh lebih baik dari Rafidah,” kata Nazri.

Hari ini, Rafidah membalas kecaman Nazri dan Annuar itu yang disiarkan di laman Facebook beliau.

“Hey, kamu berdua Nazri dan Annuar…

Berhenti mengalihkan perhatian rakyat daripada salah laku dan hal-hal mengarut yang menyebabkan kebimbangan mendalam di kalangan rakyat yang berfikir.

Saya langsung tidak mempunyai kepentingan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti. Apa lagi dalam kerajaan.

Saya menghabiskan masa separuh abad dalam politik.

Kepada Nazri, siapa Shahrizat? Adakah dia wanita yang suaminya masih berhutang kepada rakyat sebanyak hampir suku bilion (ringgit) daripada apa yang dipanggil National Feedlot Corporation?

Who got fed?

Bilakah agaknya rakyat akan mendapat semula wang mereka (yang dipungut kerajaan melalui pelbagai cukai, GST dan fi serta caj lain)?

Tolong tangani masalah-masalah ini. Jangan menyibuk tentang umur saya. Dan jangan sekali-kali persoalkan hak saya untuk bercakap mengenai isu yang menyentuh negara ini.

Saya tak berfikir tentang kamu pun dalam hidup seharian saya.

Tumpukan perhatian untuk membetulkan kesalahan yang sudah berlaku.

Kepada Annuar. Berhentilah mengarut.

Apa yang saya katakan mengenai negara ini adalah hak saya (kecuali kamu yang terasa pedasnya?)

Dan apa yang kamu nak kamu “awaskan”? Adakah kamu Gestapo?

Mengapa tidak diawasi Jho Low dan mereka yang dikaitkan dengan kes-kes jenayah yang disiasat oleh kerajaan-kerajaan asing? Yang memalukan negara ini dan rakyat?

Ingatlah, Allah SWT sentiasa mengawasi semua kamu. Jangan lupa.

Dan untuk makluman saya dah hampir 10 tahun tak bayar yuran Umno. Ketua penerangan tidak semak ke daftar ahli?

Secara teknikal saya tidak lagi (menjadi) ahli Umno. Parti sudah dikotori dan dimalukan oleh mereka yang diamanahkan memimpin.

Nasib Melayu dan bumiputera sudah tidak boleh diharapkan kapada Umno untuk diperjuangkan. Apatah lagi nasib rakyat berbilang kaum.

Hentikan politik jijik mengecam peribadi. Tumpu kepada isu dan masalah negara.

KLIK BACA: Rafidah sound Zahid spa punya manusia ni?

Hah....hambek kau, dahlah banghal, bahasa Melayu mudah pun tak faham!

SATURDAY, MARCH 31, 2018
Untuk golongan agama yang jatuhkan hukuman ke atas saya secara tidak adil , saya tidak teragak agak untuk menyaman anda!!!

Oleh Hanipa Maidin

 1. Bagi saya , bila golongan agama yang begitu cepat keluarkan hukum ke atas seseorang seperti saya dalam keadaan mereka tak pernah berhubung dengan saya dan paling kurang membaca keseluruhan ucapan saya, saya anggap mereka lagi berbahaya dari golongan yang jahil. Kenapa? Sebab mereka , bagi saya, ada ilmu tapi malangnya tak guna ilmu dengan betul. Maaflah jika saya kasar sikit. 

 2. Saya lampirkan di sini antara lain kandungan ucapan saya di dalam Hansard rasmi Parlimen. 

 3. Dalam Hansard itu jelas episod ini bermula dari Yb Baling (Umno) yang keluar kenyataan " kamu ni Tuhankah?"... Tapi nampaknya golongan yang jatuhi hukum ke atas saya seolah olah "ignore" kenyataan Yb Baling itu? 

 4. Bila ada soalan begitu dari Baling , it is natural untuk pendebat seperti saya untuk jawab di mana antaranya saya menjawab " kalau saya Tuhan....." Akan tetapi, kenyataan saya bukan berhenti setakat itu sahaja. 

 5. Laporan Hansard itu jelas melaporkan saya juga menyambung selepas ayat "kalau itu" dengan ayat berikut " Akan tetapi sebab saya tidak Tuhan, Tuhan jadikan jugalah orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah yang patut kita lawan". It is right there in the Hansard!!! 

 6. Malangnya, penjatuh hukum agama nampaknya hanya berminat ambil sekerat dan tinggalkan yang baki lagi kenyataan saya. Adil ke begitu? Tidakkah tindakan anda semua mencemarkan imej proses menjatuhkan hukum dalam Islam? Bagi saya, baik dalam fatwa atau dalam penghakiman mahkamah (sivil atau shariah), menghukum cara begitu bukan sahaja tak betul malahan saya berani kata ianya amat zalim. Saya juga alhamdulillah berpeluang belajar syariah dan belajar " adabul qada' fi al-Islam" ("The ethics of judgement in Islam") dan "turuq al-ithbat" dan saya juga pengamal undang-undang (a practising lawyer ) selama 23 tahun. Jadi saya agak "familiar " dengan proses menjatuhkan hukum. 

 7. Untuk rekod, saya pernah mewakili Yb Pokok Sena menyaman akhbar Berita Harian yang dituduh di muka hadapan akhbar Berita Harian tersebut kononnya beliau mengajak ahli Parlimen BN (tak silap saya Yb Tampin) bertumbuk. Saya wakili Yb Pokok Sena saman akhbar itu bagi kes fitnah (defamation). Alhamdulillah kami menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan Yb dapat gantirugi yang agak besar! Saya masih ingat Akhbar Berita Harian gunakan firma yang besar dan terkenal di negara ini - Shearn Delamore.!!! 

 8. Yang bestnya dalam kes itu ia juga berkaitan isu perbahasan Ahli Parlimen ketika berbahas di Dewan Rakyat - masa itu usul perbahasan berkaitan isu keganasan polis dalam perhimpuunan aman di Lebuhraya Kesas berhampiran Jalan Kebun! Yb Pokok Sena juga jadi mangsa laporan akhbar proksi BN yang tidak tepat. Memang jika dilihat Hansard, saya akui Yb Pokok Sena ada berkata "saya bersedia bertumbuk..", tapi kenyataan itu sebagai response kepada tindakan seorang ahli Parlimen BN yang lebih awal menunjuk isyarat tangan ajak Yb Pokok Sena keluar dewan untuk "bertumbuk" sehingga ada Ahli Dewan yang lain kata pada Yb BN itu perkataan " rileks Man!!!". 

 9. Dalam kes itu saya hujahkan kenyataan Yb Pokok Sena harus dilihat ikut konteks sebenar dan wajib dibaca secara keseluruhan. Pause sebentar. Sebab itu jika kita baca tafsir Al Quran para mufassirin selalu guna perkataan "siyaqul ayat" (konteks ayat) atau contextual reading semasa menafsir ayat suci al-Quran. 

 Hakim bersetuju dengan hujah saya dan alhamdulillah kami menang. Namun pemberitaan fitnah itu telah mengakibatkan Yb Pokok Sena dipandang serong oleh orang ramai seolah olah beliau dianggap gangster dan kaki pukul. 

10. Ada pihak tertentu pohon saya tarik balik kenyataan saya dan nasihat saya agar mohon maaf. Saya respect niat suci mereka. Namun saya pohon jutaan maaf kerana saya tak boleh nak buat begitu. Ini kerana , bagi saya , mereka yang jatuhkan hukuman agama ke atas saya telah berlaku amat tidak adil ke atas saya. 

 11. Saya tak akan tarik balik kenyataan saya dan "I am insyaAllah ready to fight back even alone". Cukup Allah is my helper and my solace. Sebagai peguam yang alhamdulillah banyak pengalaman kendalikan kes saman fitnah, saya ingin tegaskan meskipun saya tidak gemar saman orang untuk "my personal case", namun untuk isu ini, saya tidak teragak-agak untuk saman mereka yang jatuhkan hukuman ke atas saya secara tidak adil. 

 Saya tak kisah insyaAllah setinggi mana pun ilmu dan title anda. Saya insyaAllah bersedia untuk berhadapan dengan anda di mahkamah dunia atau di mahkamah akhirat. Untuk orang biasa atau cyber trooper , mereka bukan lawan saya. Dan saya tidak ada masalah nak maafkan mereka jika mereka bersalah kepada saya. 

Allah lebih tahu. 

 Yb Sepang. 31-03-2018. ~ sumber

Lampiran : Hansurd Parlimen :
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 9:22 am 

Nak terajang 'Kepala komunis' mana pulak?

'Kepala komunis' mana ingin kau terajang?
Rahmat Haron  |  Dikemaskini 30 Mac 2018, 5:37 petang
Kata arwah penyanyi dan penulis lagu puisi Zubir Ali, “Penantian suatu seksa yang tidak tertanggung,” sementara “kepastian suatu penawar dalam suka dan duka.”

Lama saya menanti kehadiran pahlawan Melayu yang berani. Lebih-lebih lagi berani hendak menerajang 'kepala komunis'.

Pada awalnya saya menyangka, penantian saya itu suatu yang sia-sia atau barangkali tidak akan sempat semasa hayat saya ini. Ibarat menunggu kedatangan 'Imam Mahdi' atau umpama mitos Jawa menanti kemunculan Ratu Adil Nyi Roro Kidul yang akan menegakkan kebenaran di dunia ini.

Penantian saya itu bermula semenjak PRU13 lagi. Tapi syukurlah, menjelang PRU14 ini, muncul seorang pahlawan berbaju merah menyatakan keberaniannya untuk menerajang 'kepala komunis'.

Saya dapat rasakan di dada pahlawan berbaju merah itu membuak-buak perasaan marah kepada komunis. Ingin juga saya tegaskan saya tiada masalah dengan komunis, komunisme dan parti komunis selagi ia demokratik, adil dan tidak berbuat zalim.

Ingin saya perbetulkan juga kerana sebagai manusia tiada yang tidak pernah terkhilaf dan ralat itu biasa. DAP bukan parti komunis dan pimpinannya bukan 'kepala komunis'. Cuma saya fikir, pahlawan berbaju merah yang sangat berani itu tersasul apabila menuduh pemimpin DAP sebagai 'kepala komunis'. Dalam erti kata lain, pahlawan berbaju merah itu salah sasaran untuk menghalakan kemarahan dan kebenciannya terhadap komunis.

Di dunia ini tidak ada lagi kepala segala kepala komunis melainkan China Merah, ini untuk membezakan dengan China Taiwan.

Seperti dalam negara juga, tidak sama orang Cina DAP dan Cina MCA dan lagilah jauh untuk menyamakan Cina-Cina ini dengan Cina Jho Low. Apakah orang Melayu terlalu jahil untuk membezakan Cina-Cina ini semua, saya tidak pasti?

Apapun, saya bersyukur kerana sebenarnya masih ada lagi pahlawan Melayu yang hendak menerajang 'kepala komunis' itu. Betapa hebat dan gagahnya wira wirawati Melayu berbaju merah yang mahu menerajang 'kepala komunis' itu.

Barangkali 'menerajang' itu bahasa berkias dan bukanlah atas pengertian literal semata-mata, suatu tendangan ke bawah, ke depan dan lain-lain dengan tapak kaki. Tetapi makna tersirat yang dibawa dengan perkataan 'menerajang' itu pastilah menunjukkan keberanian dan menunjukkan tingkatan semangat perlawanan atau ketidakpuasan hati paling tinggi terhadap 'bapak komunis'.
Pakatan Harapan berulang kali menyatakan kebimbangannya terhadap pelaburan China di Malaysia. Banyak hartanah dan kepentingan strategik Malaysia yang telah dibeli China.

Tetapi China Merah bukan sahaja sedang membeli Malaysia, ia sedang membeli seluruh dunia - segala syarikat dan firma, seluruh tanah dan laut di segenap penjuru alam semesta.

Saya tidak katakan kritikan HARAPAN terhadap pelaburan China Merah itu sebagai sudah terlambat atau lebih baik kita berdiam diri saja.

Mentimun dan Musang King

Menjelang PRU13 lalu, saya berasa amat terseksa menanggung malu apabila maruah dan kedaulatan negara saya dicabar dan saya tidak dapat berbuat apa-apa. Maklum, saya hanya mentimun dan China Merah itu pencinta durian Musang King.

Sebenarnya bukanlah pertama kali armada laut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) melakukan rondaan di Laut China Selatan, termasuk ke kawasan-kawasan yang menjadi wilayah pertikaian dan tidak terkecuali ke beting Zengmu Ansha (China) atau Beting Serupai (Sarawak) atau James Shoal (UK).
Zengmu Ansha terletak kira-kira 80km dari Sarawak dan hampir 2,000km dari tanah besar China.

Pada 26 Mac 2013, PLA menghantar empat buah kapal perang armada lautnya ke Zengmu Ansha.

Kapal Jinggangshan, lambang pemodenan armada laut China, seberat 19,000 tan dan panjang kira-kira 700 kaki itu dilaporkan mengetuai misi mengawal Laut China Selatan itu.

“Kesemua anak kapal ikut serta majlis angkat sumpah (mempertahan kedaulatan wilayah) pada jam 8.30 pagi.

“Dalam majlis itu, anggota dan petinggi armada laut PLA berkata mereka membulatkan tekad untuk menjaga kedaulatan negara dengan khidmat mereka di Laut China Selatan,” lapor Xinhua.

Di sebalik laporan agensi berita rasmi China, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia ke-15, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menafikan China menceroboh perairan Malaysia.

Sebenarnya jika peristiwa tersebut berlaku di negara-negara lain, katakanlah di Indonesia atau Filipina menjelang pilihan raya umum, ia akan menjadi antara isu hangat yang dibincangkan semasa pilihan raya.

Namun, hal yang demikian tidak berlaku untuk PRU13. Barangkali saya silap tetapi kelihatannya media massa Malaysia pada ketika itu tidak terlalu mengheboh-hebohkan peristiwa tersebut.

Sumpah di Zengmu Ansha

Barangkali kerana fokus negara yang sibuk menghadapi suatu lagi peristiwa besar pencerobohan, pendaratan pengganas Sulu di Lahad Datu. Tentang hal itu, kita bersyukur kerana Ops Daulat telah berjaya mengembalikan maruah dan kedaulatan negara.

Mungkin juga kerana Dr Mahathir Mohamad belum lagi menjadi calon PM pembangkang ketika itu.

Pada 26 Januari 2014, sekali lagi majlis angkat sumpah PLA dibuat di Zengmu Ansha.

Saya tidak berharap pimpinan PAS dapat mengupas hal berkenaan. Saya amat memahami jika mereka tidak faham isu ini kerana ia tiada kaitan dengan RUU355.

Setelah itu, saya tidak ambil kisah lagi. Saya akui, bukan tugas saya menjaga kedaulatan wilayah laut Malaysia. Saya sedar hakikat diri saya ini hanyalah seorang ‘gagalis’ yang lemah, miskin dan tidak berkuasa.
Jika pada masa akan datang, PLA masih mengadakan majlis angkat sumpah di Beting Serupai itu, maka saya merayu serta berdoa agar pahlawan dan pasukan wira wirawati berbaju merah itu akan mara ke barisan paling hadapan untuk ‘menerajang’ armada perang Parti Komunis China itu.

Saya fikir, masanya buku bertemu ruas. Pahlawan Melayu (berketurunan Jawa) berbaju merah itu patut menerajang China Merah. Oh ya, baru saya teringat kisah pahlawan baju merah dan lawatan pak duta komunis ke Petaling Street.

(Seorang guru silat Jawa memberitahu saya, pahlawan yang berani itu tidak riak, takbur dan sombong atau hanya berani kepada golongan yang lemah dan tidak berkuasa. Justeru, adat memakai keris Jawa itu disisip di belakang pinggangnya, bukan untuk menunjuk-nunjuk.)

* RAHMAT HARON seorang seniman 'outsider'.

Tak takut hidup tak berkat disumpah rakyat ke?

March 30, 2018
Kenapa polis di Bukit Aman jadi pengundi Lembah Pantai, soal PKR
Minderjeet Kaur
Pembangkang bimbang pemindahan pengundi dari ibu pejabat polis di Bukit Aman ke Lembah Pantai akan memihak kepada BN. (Gambar peta Google)

KUALA LUMPUR: PKR mempersoalkan ribuan pengundi dipindahkan dari ibu pejabat polis di Bukit Aman ke Lembah Pantai kerana 2 kawasan di ibu kota itu langsung tiada kaitan antara satu sama lain.

“Seseorang itu perlu ke Jalan Segambut, kemudian ke Jalan Duta dan membelok sebelum Jalan Parlimen untuk ke Bukit Aman,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen itu, dalam sebuah majlis makan malam amal, malam tadi.

“Bukit Bintang lebih dekat dengan Bukit Aman. Bagaimana Lembah Pantai ada kaitan dengan Bukit Aman?” soalnya.

Lembah Pantai antara 10 kerusi Parlimen di ibu negara yang terjejas dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang diluluskan di Dewan Rakyat Rabu lalu dan diwartakan semalam, walaupun mendapat bantahan dan pembangkang mendakwa ia adalah manipulasi kawasan pilihan raya.

Pemindahan kira-kira 6,500 pengundi dari daerah mengundi Tasik Perdana ke Lembah Pantai, membabitkan undi pos yang didakwa pengkritik biasanya memihak kepada Barisan Nasional (BN), akan digunakan.

Kerusi itu yang merangkumi kawasan didiami golongan pekerja di Pantai Dalam dan kelas pertengahan di pinggir Bangsar, dahulunya ialah kubu kuat BN diwakili Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Nurul Izzah Anwar berjaya merampas kerusi itu daripada BN pada 2008, dan terus mempertahankan kerusi itu pada dan 2013, walaupun ditentang bekas menteri dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Fahmi berkata, Lembah Pantai kini mempunyai hampir 8,000 pengundi pos dari Bukit Aman dan Balai Polis Jalan Travers.

“Kita perlu menawan Putrajaya untuk menghalang amalan buruk dan penipuan,” kata bekas pembantu Nurul Izzah itu.

Beliau berkata, demografik kaum di kerusi itu berubah dengan pertambahan pengundi Melayu daripada 56% kepada 62%, dan pengundi bukan Melayu berkurangan sebanyak 3%.

Fahmi baru-baru ini membangkitkan kes pengundi Lembah Pantai yang mendapati nama mereka dipindahkan ke Sekinchan di bawah kerusi Parlimen Sungai Besar di Selangor, tanpa pengetahuan mereka.

Tian Chua: Persempadanan semula wujudkan kerusi ‘super’ Cina dan Melayu di KL

Johari Baharum kata dia 'tak ketaq' pun lawan Dr. Mahathir

'Tak ketaq' hadapi Dr Mahathir - Mohd Johari
 Astro Awani  -  Diterbitkan pada Mac 30, 2018 19:16 MYT
JOHARI: Tak ketaq (hadapi Dr Mahathir), dahulu beliau kuat, nampak hebat kerana UMNO yang menyokong dan mengangkat beliau, yang kuat dan hebat itu adalah UMNO. - Gambar fail

MUAR: Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau 'tak ketaq' atau gentar untuk menghadapi Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya bekas perdana menteri itu mahu bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya beliau amat mengenali Dr Mahathir kerana pernah menjadi setiausaha politiknya dan beliau melihat bekas perdana menteri itu hanya 'biasa-biasa' sahaja.

"Tak ketaq (hadapi Dr Mahathir), dahulu beliau kuat, nampak hebat kerana UMNO yang menyokong dan mengangkat beliau, yang kuat dan hebat itu adalah UMNO. Sekarang beliau sudah di seberang dengan parti lain (pembangkang) yang tiada rekod baik dan UMNO masih kuat dan hebat.

"Tanpa UMNO dan jasa pemimpin UMNO yang terdahulu, beliau biasa sahaja," kata Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan pada sidang media selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 147 veteran Angkatan Tentera Malaysia di sini, hari ini.

Dr Mahathir merupakan Anggota Parlimen Kubang Pasu sejak PRU4 pada 1974 dan berkhidmat di kawasan itu sehingga 2004, apabila pada PRU11 pada tahun itu Mohd Johari menggantikan Dr Mahathir bertanding di kawasan itu dan mempertahankan kawasan itu pada PRU12 dan PRU13.

Friday, March 30, 2018

Benarkah isyarat Kedah akan rebah?

Liew: Sambutan Melayu Kedah tanda 'tsunami' nak jadi
mk  |  Dikemaskini 30 Mac 2018, 5:26 petang
 
PRU14 | Ada ribuan orang yang turun menyaksikan ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Guar Chempedak yang terletak di dalam negeri Jelapang Padi malam tadi.

Anak kelahiran negeri itu yang pernah menjadi perdana menteri - dan kini menjadi pengerusi HARAPAN - Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang daripada penceramah yang ditampilkan.

Bagi salah seorang pemimpin DAP, jumlah kehadiran itu mencecah 15,000 orang dan ia membayangkan tsunami pengundi Melayu yang akan diterjemah melalui peti undi tidak lama lagi.

Apabila pilihan raya umum (PRU) ke-14 diadakan tidak lama lagi, anggota parlimen Kluang Liew Chin Tong yakin pola tsunami pengundi Melayu itu akan melanda ke seluruh Malaysia.

"Dengan tekanan politik yang ada, orang ramai masih sanggup menghadiri ceramah HARAPAN walaupun hujan berjam-jam.

"Setiap seorang daripada mereka mereka mungkin boleh mempengaruhi lima individu lain apabila pulang ke rumah.

"Program besar-besaran ini boleh menjadi penanda aras buat kita, terutamanya apabila media tidak melaporkan (program HARAPAN)," kata Liew dalam satu kenyataan.
Liew juga menyatakan kehadiran orang Melayu di majlis ceramah HARAPAN di kawasan luar bandar dan kubu Umno juga menunjukkan keadaan sama.

Sambutan sebegitu katanya tidak pernah dibayangkan pada masa lalu.

"Media berbahasa Cina dan The Star - yang dikuasai MCA - selalu menafikan berlaku tsunami Melayu. Mereka juga menemu ramah pemimpin Melayu bagi menafikan wujudnya perubahan berkenaan.

"Sebagai ahli politik pertama yagn membangkitkan isu tsunami Melayu, saya tertanya-tanya mengapa mereka (media terbabit) tidak pernah menghubungi saya (untuk mendapatkan pandangan)?" katanya.

Ajak ke Perlis pula

Liew yang juga pengerusi DAP Johor berkata dia membangkitkan kemungkinan berlaku tsunami berkenaan pada 2015 dan ketika itu wujud kelompangan kepimpinan Melayu.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib terpalit dengan skandal, presiden PAS cenderung kepada Najib dan pemimpin umum HARAPAN dipenjara," katanya.
Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP itu menambah perdana menteri tidak mengendahkan kesulitan dialami rakyat dan tetap melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Jika pembangkang boleh mendapat tambahan 15 peratus undi Melayu yang menyokong BN pada PRU ke-13 lalu serta mengekalkan tahap sokongan pengundi Cina dan India, maka BN akan kehilangan sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia kali ini," katanya.

Menurut Liew, pengundi di kalangan petani yang berada di kawasan separa bandar yang akan menunjukkan perubahan ketara dengan memberikan sokongan kepada HARAPAN kali ini.

Sementara itu mengulas mengenai sokongan ditunjukkan orang Kedah malam tadi Dr Mahathir berkata rakyat memang sudah menunjukkan kesediaan mereka untuk berubah.

"Terima kasih Kedah. Parlimen belum dibubarkan, tetapi rakyat sudah bersedia untuk berubah. Bangkitlah demi masa depan Malaysia," katanya.

Dr Mahathir juga mengajak orang ramai menunjukkan sokongan sama pada ceramah HARAPAN yang akan diadakan di Perlis pula malam ini.

"Semalam di Kedah, malam ni Gunung Medan Utan Aji, Perlis. Jumpa di sana," katanya melalui Facebook.

Ucapan LGE: