Polis serah siasatan Zamihan kepada Peguam Negara
TMI · Diterbitkan pada 11 Nov 2017 4:09PM
Pendakwah Zamihan Mat Zin berdepan beberapa kontroversi sebelum ini membaitkan kenyataan berhubung kedai dobi untuk orang Islam sahaja di Johor. – Gambar Youtube, 11 November, 2017.
POLIS sudah menyelesaikan siasatan ke atas Zamihan Mat Zin bersabit dakwaan menghasut dalam kuliah agamanya di sebuah masjid di Selangor bulan lalu yang mengkritik titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kata Ketua Polis Negara, Mohd Fuzi Harun.
"Kita sudah hantar semua kertas siasatan ke Jabatan Peguam Negara. Kita menunggu tindakan-tindakan susulan," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur, hari ini.
Zamihan pada 11 Oktober lepas ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman dalam satu ceramahnya di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor, yang menyentuh tentang kedai dobi layan diri yang mesra Muslim.
Dalam ceramahnya, Zamihan menyinggung orang bukan Islam yang disifatkannya sebagai "tidak bersih".
Zamihan juga menyentuh teguran Sultan Johor terhadap pemilik kedai dobi mesra Muslim di Muar, yang dia sifatkan sebagai "tidak patut".
Pegawai agama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu kemudian memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Johor dan bersedia mengadap, sekiranya diperkenankan oleh Tuanku, untuk menjelaskan letak duduk keadaan yang sebenar.
Laporan berkait: Siapa Zamihan?
Sultan Johor beberapa hari kemudian dalam satu ucapan bertitah pegawai Jakim itu “tin kosong” dan angkuh, “seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain.”
Tuanku juga melarang jabatan agama Islam negeri Johor daripada berurusan dengan Jakim.
Titah baginda, Jakim tidak perlu memberikan pandangan agama kepada negeri Johor kerana urusan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Kalau betul dia penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan Jainj tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir semalam memberitahu wartawan pihaknya masih menunggu perkenan untuk menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung kontroversi Zamihan.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pula berkenan supaya tauliah mengajar kepada Zamihan, yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais), ditarik balik.
Beberapa pihak dalam pada itu menggesa Putrajaya menyemak semula peranan Zamihan dalam program pemulihan militan yang dikendalikan di bawah Kementerian Dalam Negeri dengan alasan pendakwah itu sendiri yang perlu dipulihkan terlebih dahulu.
Antara yang membuat gesaan itu termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya; Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis mempertahan Zamihan yang disifatkannya aset penting kerajaan dalam program pemulihan tahanan suspek militan dan merupakan seorang pakar. – 11 November, 2017.

lain kali buat komen saja jangan sebut nama orang besar besar dunia
ReplyDeletekedai dobi muslim rumah sewa untuk muslim sahaja
jawatan untuk muslim sahaja dll untuk muslim
apa masalah nya
Nak PRU dah. Kena kocak isu kaum dan agama baru boleh tangkap ikan Melayu Islam banyak sikit. Lepas PRU goreng pun sodap!
ReplyDeleteNak PRU dah. Kena kocak isu kaum dan agama baru boleh tangkap ikan Melayu Islam banyak sikit. Lepas PRU goreng pun sodap!
ReplyDelete