Saturday, November 11, 2017

Salahkah Ketua polis Terengganu kata gitu?

Ketua polis Terengganu dihentam kerana pemprofilan kaum

  | November 11, 2017
Pakar, ahli politik berkata jenayah merentasi kaum dan polis harus mengatasi sebarang bentuk prejudis kaum.
Sundramoorthy berkata gangsterisme tiadak sempadan dan tidak terhad kepada komuniti tertentu.
KUALA LUMPUR: Ketua polis Terengganu dikritik kerana mengaitkan jenayah dengan kaum dan diminta memohon maaf kerana mempromosikan pemprofilan kaum.
Pakar kaji jenayah P Sundramoorthy mempertikaikan kesimpulan oleh Ketua Polis Aidi Ismail yang mengatakan tiada sebarang kegiatan gangsterisme di Terengganu kerana penduduknya lebih ramai orang Melayu.
Sundramoorthy berkata gangsterisme tiada sempadan dan tidak terhad kepada komuniti tertentu.
“Untuk faham gangsterisme, kita perlu tengok jenayah yang berlaku di Terengganu.
“Saya terkejut kalau tiada gangster. Saya yakin Terengganu juga ada masalah tersendiri,” katanya kepada FMT.
“Gangsterisme bukan sahaja pemerasan atau mengganggu kawasan kejiranan. Ada banyak bentuk gangsterisme termasuk dadah, aktiviti perjudian dan lain-lain,” katanya.
Laporan media memetik Aidi sebagai berkata tinjauan polis mendapati tiada sebarang aktiviti gangsterisme di Terengganu kerana 97% penduduk adalah orang Melayu.
Beliau berkata masyarakat di sana masih menghormati pemimpin masyarakat, termasuk golongan tua, ketua kampung dan imam, dan menambah budaya hidup seperti itu satu kelebihan yang dapat menghindarkan kes jenayah melibatkan gangsterisme.
Sundramoorthy berkata tidak mungkin ada tempat di Malaysia atau di dunia yang bebas bebas.
“Mesti ada seseorang yang mengawal perniagaan dadah. Mesti ada satu bentuk penjualan dan pengedaran dadah di Terengganu,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia itu.
Beliau menambah barangkali ada kumpulan gangster yang sangat terancang, separa berstruktur atau longgar di negara itu.
 PPBM: Terengganu lebih bagus dari negeri lain?

Mengajukan kaum dalam perkiraan tidak masuk akal, kata Tariq.
Ahli majlis tertinggi PPBM Tariq Ismail berkata Aidi tidak patut mengaitkan jenayah dengan kaum dan sebagai salah seorang anggota agensi penguatkuasaan undang-undang, beliau harus mengatasi sebarang bentuk prejudis kaum.
“Oleh kerana beliau berkata budaya satu kelebihan dan dapat menghindarkan jenayah melibatkan gangsterisme, beliau perlu huraikan mengapa budaya di Terengganu lebih baik daripada negeri lain.
“Sebagai orang Melayu, saya dapati Konfusianisme dan unsur-unsur Buddhisme memiliki banyak perkara positif yang boleh menjadi kompas moral untuk sesiapa sahaja.
“Kalau dia merujuk kepada sindiket jenayah kaum lain, sila huraikan. Ini kerana mengajukan kaum ke dalam perkiraan ini sama sekali tidak masuk akal,” katanya kepada FMT.
Tariq berkata jenayah tidak terhad kepada warna, kaum dan kepercayaan.
“Ia mengenai peluang atau tiada peluang. Budaya memainkan peranan begitu juga penguatkuasaan dan peluang.”
Tariq juga bertanyakan sama ada pengurangan 7.3% di indeks jenayah pada 10 bulan pertama 2017 berbanding tempoh yang sama tahun lepas kerana kecekapan polis.
Pemprofilan kaum

Ramasamy menyifatkan penegasan itu tidak saintifik, tidak logik, berbahaya dan satu bentuk pemprofilan kaum.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP P Ramasamy menggesa Aidi memohon maaf atas kenyataan itu.
Beliau menyifatkan penegasan itu tidak saintifik, tidak logik, berbahaya dan satu bentuk pemprofilan kaum.
Beliau berkata polis tidak patut membuat kenyataan melulu dan tidak rasional seperti itu.
Ramasamy berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun harus memecat Aidi daripada kedudukan itu jika tiada permohonan maaf.
Ramasamy mempersoalkan sama ada tangkapan dan penahanan orang India atas dakwaan gangsterisme berpunca daripada persepsi dalam kalangan polis bahawa kaum tertentu lebih cenderung terlibat jenayah berbanding kaum lain.
“Adakah kerana pemprofilan kaum ini orang India sering dikaitkan dengan jenayah dan gangsterisme?” soalnya.

* Kenapa kata-katanya ini tak boleh diterima pakai? Kenapa ramai melenting?
Beliau merujuk pada gengstrer. Laga ayam dan judi tu termasuk dalam Gangsterismekah?

Beliau berkata masyarakat di sana masih menghormati pemimpin masyarakat, termasuk golongan tua, ketua kampung dan imam, dan menambah budaya hidup seperti itu satu kelebihan yang dapat menghindarkan kes jenayah melibatkan gangsterisme

3 comments:

  1. Jadi bolehkah dikatakan di mana tiada melayu umno maka kuranglah rasuah?

    ReplyDelete
  2. itulah hakikatnya
    nak marah buat apa cuba tengok kaum sendiri
    mungkin ada ditrengganu gengsetar
    tapi tak lah sampai melimpah
    di kl ni berapa banyak puak jahat

    ReplyDelete
  3. Nok jadi gangster di Ganu ni tak dok pekdah pong, negeri misking geh. Skek-skek meme adolah, buat fitnah pil kudo begheh sokmo! Buwe anok luwa nikah tu biasa jah. Tapi rama oghe Ganu gi jadi samseng kak negeri laing nung, contohnyo ambo nok ghoyak hok barunyo anok Hadi Awe gi jadi gedebe kat Wisma Tok Guru di Klate.

    ReplyDelete