TUESDAY, NOVEMBER 14, 2017
Angan-Angan Mat Jenin Rampas Pulau Pinang
A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
MEDIA massa melaporkan Timbalan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, mahu Parti Gerakan Rakyat Malaysia melihat banjir Pulau Pinang sebagai “petanda Tuhan” bahawa parti itu boleh menawan balik negeri tersebut.
Kata pemangku timbalan presiden Umno itu, bencana yang turut menyaksikan tanah runtuh, pokok tumbang dan kerosakan harta benda merupakan isyarat negeri itu sedia untuk diambil semula oleh Barisan Nasional (BN).
Saya sikit pun tidak hairan dengan tindakan Zahid mengaitkan banjir di negeri itu dengan harapan Gerakan merampasnya kembali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atas dua sebab.
Pertama Umno/BN akan menggunakan apa saja untuk menaikkan semangat penyokong akar umbi BN yang sudah putus asa, kecuali apabila disogok dengan duit. Kedua kerana dia berpidato di Persidangan Agung Gerakan.
Saya tidak berani hendak kata ramalan dan rujukan Zahid kepada “petanda Tuhan” itu tepat atau tidak.
Manalah tahu ketua Umno keturunan Jawa itu mewarisi sifat para wali dan kiyai Jawa yang dikatakan boleh membaca nasib dan mengetahui apa yang akan berlaku pada masa mendatang.
Ikut cerita, banyak juga ketua-ketua politik dan orang kaya di negara kita yang bercaya kepada kuasa tilikan dan ramalan para kiyai Jawa itu dan ada yang sering ke sana itu mencari tangkal azimat.
Soalnya, kalau banjir Pulau Pinang adalah “petanda Tuhan” bahawa Gerakan akan kembali berkuasa di negeri itu, apa pula petanda banjir yang melanda negeri-negeri lain?
Apakah PAS akan kalah di Kelantan kerana banjir besar melanda negeri itu pada tahun 2014 dan BN akan kalah di semua negeri perintahnya yang juga dilanda banjir, termasuk Putrajaya yang banjir pada 8 Mei 2016?
Kalau hendak rujuk kepada “petanda Tuhan”, sebenarnya pada zaman (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak ini sangat banyak petunjuk seperti itu - sebuah kapal terbang MAS hilang tanpa kesan, sebuah lagi hancur musnah ditembak peluru berpandu, skandal 1MDB dan SRC, kadar tukaran ringgit yang merudum, kos sara hidup yang melambung, tragedi merangut nyawa macam runtuhan batu Gunung Kibabalu, kebakaran tahfis dan serangan pengganas di Sabah.
Gerakan Tewaskan DAP?
Berkenaan ramalan ala kiyai Jawa yang Zahid buat mengenai harapan kemenangan Gerakan di Pulau Pinang, ia membawa ingatan saya kembali ke zaman gemilang parti itu.
Banyak orang mungkin tidak tahu atau sudah lupa sejarah Gerakan. Asas parti itu bermula padaakhir dekad 1980an akibat radikalisme MCA.
Apabila mendiang Tun Lim Ching Eu menang tipis jawatan Presiden MCA pada tahun 1958 dengan mengalahkan mendiang Tun Tan Cheng Lock, MCA berpecah dua.
Perselisihan di antara Lim dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra meluas apabila menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 1959, Lim menuntut bertanding 40 kerusi Parlimen dan bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi.
Tunku yang memihak kepada Tan dalam pertandingan MCA menawarkan untuk menaikkan kerusi MCA daripada 28 kepada 31 tetapi ditolak oleh Lim.
Dia membantah dengan meletakkan jawatan Presiden MCA dan Dr Cheah Toon Lock dilantik menjadi Pemangku Presiden.
Lim merantau ke London dan hanya pulang beberapa tahun kemudian untuk menubuhkan United Democratic Party (UDP) pada tahun 1962. Dalam PRU 1964 UDP bertanding tetapi tidak berjaya.
Tunku mempersendakan UDP dengan menanggilnya parti “udang dalam parit”. Udang hidup di sungai dan laut. Jadi udang dalam parit adalah kecil dan rendah martabatnya.
Kegagalan itu mengubah pendirian Lim. Daripada seorang radikal Cina, dia berubah menjadi seorang “Malaysian” dengan menaja parti berbilang kaum bersama tokoh-tokoh bangsa lain.
Maka pada 24 Mac, 1968 tertubuhlah Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Singkatan awalnya Geram yang kemudian ditukar menjadi Gerakan. Antara penaja Gerakan adalah Almarhum (profesor) Syed Hussein Alatas, Mendiang Dr Tan Chee Khoon dan (profesor) Wang Gungwu.
Lebih sedikit setahun selepas penubuhannya, Gerakan menang besar dalam PRU 1969 dengan mengalakkan Perikatan di Pulau Pinang dan serentak dengan itu menamatkan 12 tahun hegemoni MCA di Pulau Pinang dan seluruh Semenanung.
Bagaimanpun, peristiwa 13 Mei 1969 dan keihlasan Almarhum Tun Abdul Razak Hussein menaja konsep karajaan perpaduan nasional menyebabkan Gerakan, PAS dan beberapa buah parti pembangkang lain menyerytai kerajaan campuran dengan Perikatan, dan menjelang PRU 1974 bergabung menubuhkan BN.
Ironinya, dengan menyertai BN, Gerakan sedikit demi bertukar daripada parti pelbagai kaum kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina dan dengan itu menjadi saingan langsung kepada MCA dan DAP.
DAP yang ditubuhkan pada tahun 1966 juga bermula sebagai parti berbilang kaum tetapi akhirnya menjadi parti majoriti kaum Cina.
Walaupun Gerakan membawa kemajuan dan mentranformasikan ekonomi Pulau Pinang namun ia hilang sinar dan hormat rakyat jelata tanpa ketua yang berwibawa dan kuat seperti Lim Chong Eu dan Lim Keng Yaik. Maka dalam PRU 2008 Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP.
Sejak itu, Gerakan tidak lebih daripada rumput di tengah jalan, hidup segan mati tak mahu. Ia sudah menjadi lebih kurang macam PPP.
Jadi adakah dengan dua orang ahli Dewan Rakyat dan tiga ahli Dewan Undangan Negeri, Gerakan mampu memacu ramalan Zahid untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang?
Kalau Umno sendiri dalam keraguan dan hanya berani bercakap besar di hadapan khalayak yang diupah maka adalah mustahil bagi parti-parti kelas dua macam MCA, Gerakan, MIC dan PPP membuat sebarang kejutan seperta merampas semula Pulau Pinang.
Ia tidak lebih daripada kata-kata manis buat perwakilan Gerakan atau sekadar angan-angan Mat Jenin.
Wallahuaklam.
Posted by A KADIR JASIN at 6:46 AM
Angan-Angan Mat Jenin Rampas Pulau Pinang
A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
MEDIA massa melaporkan Timbalan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, mahu Parti Gerakan Rakyat Malaysia melihat banjir Pulau Pinang sebagai “petanda Tuhan” bahawa parti itu boleh menawan balik negeri tersebut.
Zahid (baju biru) ramal Gerakan tawan Pulau Pinang
Saya sikit pun tidak hairan dengan tindakan Zahid mengaitkan banjir di negeri itu dengan harapan Gerakan merampasnya kembali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atas dua sebab.
Pertama Umno/BN akan menggunakan apa saja untuk menaikkan semangat penyokong akar umbi BN yang sudah putus asa, kecuali apabila disogok dengan duit. Kedua kerana dia berpidato di Persidangan Agung Gerakan.
Saya tidak berani hendak kata ramalan dan rujukan Zahid kepada “petanda Tuhan” itu tepat atau tidak.
Manalah tahu ketua Umno keturunan Jawa itu mewarisi sifat para wali dan kiyai Jawa yang dikatakan boleh membaca nasib dan mengetahui apa yang akan berlaku pada masa mendatang.
Ikut cerita, banyak juga ketua-ketua politik dan orang kaya di negara kita yang bercaya kepada kuasa tilikan dan ramalan para kiyai Jawa itu dan ada yang sering ke sana itu mencari tangkal azimat.
Soalnya, kalau banjir Pulau Pinang adalah “petanda Tuhan” bahawa Gerakan akan kembali berkuasa di negeri itu, apa pula petanda banjir yang melanda negeri-negeri lain?
Apakah PAS akan kalah di Kelantan kerana banjir besar melanda negeri itu pada tahun 2014 dan BN akan kalah di semua negeri perintahnya yang juga dilanda banjir, termasuk Putrajaya yang banjir pada 8 Mei 2016?
Banjir Putrajaya 2016
Gerakan Tewaskan DAP?
Berkenaan ramalan ala kiyai Jawa yang Zahid buat mengenai harapan kemenangan Gerakan di Pulau Pinang, ia membawa ingatan saya kembali ke zaman gemilang parti itu.
Banyak orang mungkin tidak tahu atau sudah lupa sejarah Gerakan. Asas parti itu bermula padaakhir dekad 1980an akibat radikalisme MCA.
Apabila mendiang Tun Lim Ching Eu menang tipis jawatan Presiden MCA pada tahun 1958 dengan mengalahkan mendiang Tun Tan Cheng Lock, MCA berpecah dua.
Perselisihan di antara Lim dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra meluas apabila menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 1959, Lim menuntut bertanding 40 kerusi Parlimen dan bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi.
Tunku yang memihak kepada Tan dalam pertandingan MCA menawarkan untuk menaikkan kerusi MCA daripada 28 kepada 31 tetapi ditolak oleh Lim.
Dia membantah dengan meletakkan jawatan Presiden MCA dan Dr Cheah Toon Lock dilantik menjadi Pemangku Presiden.
Lim merantau ke London dan hanya pulang beberapa tahun kemudian untuk menubuhkan United Democratic Party (UDP) pada tahun 1962. Dalam PRU 1964 UDP bertanding tetapi tidak berjaya.
Tunku mempersendakan UDP dengan menanggilnya parti “udang dalam parit”. Udang hidup di sungai dan laut. Jadi udang dalam parit adalah kecil dan rendah martabatnya.
Kegagalan itu mengubah pendirian Lim. Daripada seorang radikal Cina, dia berubah menjadi seorang “Malaysian” dengan menaja parti berbilang kaum bersama tokoh-tokoh bangsa lain.
Maka pada 24 Mac, 1968 tertubuhlah Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Singkatan awalnya Geram yang kemudian ditukar menjadi Gerakan. Antara penaja Gerakan adalah Almarhum (profesor) Syed Hussein Alatas, Mendiang Dr Tan Chee Khoon dan (profesor) Wang Gungwu.
Lebih sedikit setahun selepas penubuhannya, Gerakan menang besar dalam PRU 1969 dengan mengalakkan Perikatan di Pulau Pinang dan serentak dengan itu menamatkan 12 tahun hegemoni MCA di Pulau Pinang dan seluruh Semenanung.
Lim (kiri) dan Alatas merayakan kemenangan 1969
Bagaimanpun, peristiwa 13 Mei 1969 dan keihlasan Almarhum Tun Abdul Razak Hussein menaja konsep karajaan perpaduan nasional menyebabkan Gerakan, PAS dan beberapa buah parti pembangkang lain menyerytai kerajaan campuran dengan Perikatan, dan menjelang PRU 1974 bergabung menubuhkan BN.
Ironinya, dengan menyertai BN, Gerakan sedikit demi bertukar daripada parti pelbagai kaum kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina dan dengan itu menjadi saingan langsung kepada MCA dan DAP.
DAP yang ditubuhkan pada tahun 1966 juga bermula sebagai parti berbilang kaum tetapi akhirnya menjadi parti majoriti kaum Cina.
Walaupun Gerakan membawa kemajuan dan mentranformasikan ekonomi Pulau Pinang namun ia hilang sinar dan hormat rakyat jelata tanpa ketua yang berwibawa dan kuat seperti Lim Chong Eu dan Lim Keng Yaik. Maka dalam PRU 2008 Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP.
Sejak itu, Gerakan tidak lebih daripada rumput di tengah jalan, hidup segan mati tak mahu. Ia sudah menjadi lebih kurang macam PPP.
Jadi adakah dengan dua orang ahli Dewan Rakyat dan tiga ahli Dewan Undangan Negeri, Gerakan mampu memacu ramalan Zahid untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang?
Kalau Umno sendiri dalam keraguan dan hanya berani bercakap besar di hadapan khalayak yang diupah maka adalah mustahil bagi parti-parti kelas dua macam MCA, Gerakan, MIC dan PPP membuat sebarang kejutan seperta merampas semula Pulau Pinang.
Ia tidak lebih daripada kata-kata manis buat perwakilan Gerakan atau sekadar angan-angan Mat Jenin.
Wallahuaklam.
Posted by A KADIR JASIN at 6:46 AM
Jawa nak jadi pemimpin orang Melayu? Tuuuih! Jangan lupa apa jadi kat Selangor. Jadi penyamun! Kat SUK siJAWA cakap JAWA nak tunjuk kuasa konon. Tuuuih sekali lagi. Kah kah kah.
ReplyDeleteharap sangat kat p.gerakan utk rampas PP.maknanyer UMNO takda apaer2 maknanyer kat PP ni.
ReplyDelete