Thursday, November 9, 2017

Oii Lobai.......tak malu ka?

Pas ‘kitar semula’ foto lama bantu mangsa banjir
ARIF ATAN  -  November 7, 2017 3:33 pm 
Tular di media sosial apabila pemimpin dan penyokong Pas menyebarkan beberapa gambar yang diambil pada 11 tahun lalu dengan dakwaan kononnya pihak mereka membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria contohnya turut berkongsikan kiriman seorang penyokong parti itu, Hanapiah Khalid di Facebook.

“Ratusan petugas Jabatan Amal Pas telah mula turun bagi membantu mangsa banjir di Penang,” dakwa Hanapiah yang difahamkan ahli Pas Serdang.
Razman Zakaria

Status Hanapiah yang juga disertai lima keping gamabr itu kemudiannya dikongsi oleh Razman di Facebook beliau dengan menulis “UP”.

UP adalah singkatan bagi penjenaman terbaharu Pas menjelang pilihan raya akan datang yang bermaksud Undi Pas.

Bagaimanapun, kebanyakan sukarelawan Jabatan Amal dalam gambar-gambar tersebut sudah berada dalam AMANAH. Ini termasuklah kelibat ketua Biro Keselamatan dan Kebajikan (ARiF) di bawah AMANAH.

Gambar yang memuatkan wajah Pengarah ARiF Nasional, Johari Osman itu difahamkan diambil pada Disember 2006 di Sri Medan, Batu Pahat.

Bahkan, foto-foto lain sempena Jambori Amal Kebangsaan di Johor manakala gambar sekumpulan lelaki berpakaian Jabatan Amal adalah ketika demonstrasi berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan ‘mengitar semula’ gambar lebih sedekad itu sebagai langkah terdesak Pas untuk menampilkan parti mereka relevan di mata rakyat.
(dalam bulatan) Johari Osman ketika dalam misi bantuan banjir di Johor pada tahun 2006.

5 comments:

  1. Kaki pembohong rupanya lobai2 ni. Solat solat jg. Kikiki

    ReplyDelete
  2. Allahurabbi, terdesaknya PAS sekarang, ya. Kasihan sungguh. Saudara 5:43, betul tu. Saudara 6:53, haaa, tepat - UP bunannya undi PAS, sebaliknya penjenamaan UMNO PAS. Hheheheee...

    ReplyDelete
  3. Razman ni asal gambar jer terus forward. Harap janggut jer cun mcm kambing boer. Huhu. Kan dah kena. Huhu

    ReplyDelete