Tuduhan tak berasas TMB Kelantan dorong Ketua AMANAH Pasir Puteh lapor polis
ZIKRI ABDULLAH - November 10, 2017 7:53 am
Tuduhan Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah bahawa “dua ekor makhluk” di Pasir Puteh bertanggungjawab terhadap masalah reka bentuk pasar baharu Pasir Puteh dianggap satu fitnah.
Ketua AMANAH Kawasan Pasir Puteh Abdul Halim Mohamad petang semalam membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.
“Semua perkara ini adalah satu fitnah kepada saya secara langsung kerana bukan kuasa saya pada masa itu untuk membuat keputusan akhir berkaitan perkara ini,” katanya dalam laporan itu.
Menurut Halim beliau menerima satu klip video ucapan timbalan menteri besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah yang berceramah pada 1 November lalu.
“Ucapan itu jelas memfitnah saya dengan mendakwa masalah reka bentuk pasar baharu yang diberi nama Pasar Siti Hajar adalah angkara saya selaku ahli Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan seorang lagi pegawai di MDPP.
“Beliau secara jelas merujuk kepada saya sebagai juara parti AMANAH negara (AMANAH) Pasir Puteh yang beliau sebut sebagai PAN,” katanya.
Halim juga melaporkan tuduhan Mohd Amar bahawa “dua ekor makhluk” itu telah berunding dengan syarikat pemaju berhubung reka bentuk pasar baharu tersebut.
“Perkara ini disebut berlaku semasa menteri besar dipegang oleh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat lagi,” katanya.
Ucapan itu juga menurutnya meminta mereka yang “ada masalah dengan pasar tersebut” perlu bertanya atau mencari “dua ekor makhluk” tersebut dan tidak menyalahkan orang lain.
“Beliau juga berkata kalau nak komplen ruang tak muat dan banyak masalah pergi cari dua ekor ini dan marahkan mereka.
“Dia juga anggap saya sebagai pengacau yang cuba menghasut dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan negeri,” katanya.
Menurutnya lagi akibat dari fitnah ini, masyarakat memandang serong kepada beliau.
“Saya juga khuatirkan keselamatan kami sekeluarga dan memohon pihak polis menyiasat perkara ini mengikut seksyen 499 Kanun Keseksaan dan mengambil tindakan pendakwaan ke atas beliau pada kadar segera,” lapornya.
Halim turut membuat laporan polis berhubung pertikaian pemilikan Wisma Tok Guru membabitkan AMANAH dan Pas.
Menurutnya, satu kerahan telah dibuat oleh Pas untuk masuk ke Wisma Tok Guru pada 16 November ini walaupun terdapat dua kes tuntutan mahkamah berkaitan hal tanah berkenaan.
“Di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pewaris-pewaris Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim memfailkan Kes Mal bilangan 03100-099-0269-2017.
“Di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu pula pertikaian pemilikan tanah ini difailkan di bawah kes nombor DA-24NCVC-287-11/2017,” katanya.
Poster kerahan untuk masuk ke Wisma Tok Guru itu disebarkan melalui pesanan Whatsapp.
“Saya membuat laporan ini agar pihak polis mengambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini,” lapornya.
ZIKRI ABDULLAH - November 10, 2017 7:53 am
Halim (dua dari kanan) selepas membuat laporan di balai polis Pasir Puteh
Tuduhan Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah bahawa “dua ekor makhluk” di Pasir Puteh bertanggungjawab terhadap masalah reka bentuk pasar baharu Pasir Puteh dianggap satu fitnah.
Ketua AMANAH Kawasan Pasir Puteh Abdul Halim Mohamad petang semalam membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.
“Semua perkara ini adalah satu fitnah kepada saya secara langsung kerana bukan kuasa saya pada masa itu untuk membuat keputusan akhir berkaitan perkara ini,” katanya dalam laporan itu.
Abdul Halim Mohamad
“Ucapan itu jelas memfitnah saya dengan mendakwa masalah reka bentuk pasar baharu yang diberi nama Pasar Siti Hajar adalah angkara saya selaku ahli Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan seorang lagi pegawai di MDPP.
“Beliau secara jelas merujuk kepada saya sebagai juara parti AMANAH negara (AMANAH) Pasir Puteh yang beliau sebut sebagai PAN,” katanya.
Halim juga melaporkan tuduhan Mohd Amar bahawa “dua ekor makhluk” itu telah berunding dengan syarikat pemaju berhubung reka bentuk pasar baharu tersebut.
“Perkara ini disebut berlaku semasa menteri besar dipegang oleh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat lagi,” katanya.
Ucapan itu juga menurutnya meminta mereka yang “ada masalah dengan pasar tersebut” perlu bertanya atau mencari “dua ekor makhluk” tersebut dan tidak menyalahkan orang lain.
“Beliau juga berkata kalau nak komplen ruang tak muat dan banyak masalah pergi cari dua ekor ini dan marahkan mereka.
“Dia juga anggap saya sebagai pengacau yang cuba menghasut dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan negeri,” katanya.
Menurutnya lagi akibat dari fitnah ini, masyarakat memandang serong kepada beliau.
“Saya juga khuatirkan keselamatan kami sekeluarga dan memohon pihak polis menyiasat perkara ini mengikut seksyen 499 Kanun Keseksaan dan mengambil tindakan pendakwaan ke atas beliau pada kadar segera,” lapornya.
Halim turut membuat laporan polis berhubung pertikaian pemilikan Wisma Tok Guru membabitkan AMANAH dan Pas.
Menurutnya, satu kerahan telah dibuat oleh Pas untuk masuk ke Wisma Tok Guru pada 16 November ini walaupun terdapat dua kes tuntutan mahkamah berkaitan hal tanah berkenaan.
“Di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pewaris-pewaris Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim memfailkan Kes Mal bilangan 03100-099-0269-2017.
“Di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu pula pertikaian pemilikan tanah ini difailkan di bawah kes nombor DA-24NCVC-287-11/2017,” katanya.
Poster kerahan untuk masuk ke Wisma Tok Guru itu disebarkan melalui pesanan Whatsapp.
“Saya membuat laporan ini agar pihak polis mengambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini,” lapornya.
Saman nik amar rm 100 juta. Bila dia kalah, semua kereta kesayangan dia dan bungalow dia akan disita. huhuhu
ReplyDelete