Friday, March 17, 2017

Susahlah: Bila tak tahu, yang dia tak tahu!

He who knows not and knows not he knows not, he is a fool
Korang tengok kenyataan siapa yang lebih gelojoh?

'Saya lebih tahu kekuatan PAS di Johor'
 Shakira Buang      Hari ini, 3:32 petang
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan beliau lebih mengetahui kekuatan PAS di negeri itu berbanding Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Katanya, penglibatan bersama PAS selama lebih 30 tahun menjadikan beliau lebih arif mengenai kekuatan dan perjalanan sebenar PAS di negeri selatan tanah air itu.

"Orang Johor lebih tahu apa yang berlaku di Johor daripada Khairuddin. Dia orang Terengganu dan dia tak tahu kekuatan PAS (Johor) maknanya dia orang yang tak tahu perjalanan PAS di Johor.

"Saya terlibat lebih 30 tahun menguruskan PAS di Johor, jadi saya lebih mengetahui kekuatan PAS di Johor ini," kata bekas pesuruhjaya PAS Johor itu kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Khairuddin semalam yang mengatakan Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberikan hak kepada pengundi Pagoh untuk menyokong pindaan Akta 355.

Malah, Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus berkata, BERSATU yang diterajui Muhyiddin juga memerlukan sokongan PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata RUU bagi meminda akta berkenaan merupakan hasrat semua pihak termasuk pengundi parlimen Pagoh, namun ia harus bergantung kepada situasi semasa.

"Kami berada dalam PAS dulu pun, itu antara perkara yang kami hasratkan, maknanya inginkan keadilan dengan apa yang diperintahkan.

"Cuma dalam masa yang sama kita juga kena tengok realiti dan juga perkara semasa yang berlaku. Maksudnya apakah (pindaan) itu satu keutamaan yang perlu diutamakan pada hari ini," kata Aminolhuda.

Katanya, ia bukan bermakna AMANAH menolak pindaan akta berkenaan kerana ia 'adalah perkara yang berbeza'.

"Walaupun ada tuduhan yang menyatakan AMANAH menolak (pindaan Akta 355) sebenarnya dari segi roh ataupun hasrat kita kepada sistem Islam itu memang tinggi.

"Kita mengharapkannya dan perkara itu kalau dibawa pun akan dibincangkan secara lebih baiklah dalam parlimen," tambahnya.

4 comments:

  1. dalam kehidupan ada hukum yang perlu berjalan seiring dengan pembnagunan insan
    kalau tidak tempang jadinya
    ada hukum akai semata mata yang digubal berkali kali selama ni tak perlulah jugak keutamaan kena bagi kat pembangunan lah dulu
    dahlah kpair duk petikai yang orang Islam pun duk tumpang sama buat apa
    biar la nak dibentang di pakleman dulu
    nak sokong tak mau ikut suka la

    Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

    Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"

    ramai yang hidup dalam celik tapi hakiaktnya buta akan peringtan perintah dari Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apapun kami org muda lebih suka dgn cara pas yg dulu bnyk teloransi bukan memaksa dan melabel org yg X sependapat ...

      Delete
    2. Apapun kami org muda lebih suka dgn cara pas yg dulu bnyk teloransi bukan memaksa dan melabel org yg X sependapat ...

      Delete
  2. Pemimpin parti lebai skrg ni tk leh berkompromi... Semua kena ikut kahendak depa. Bila berlainan pendapat je, maki hamun lah yg akan singgah nanti!!

    ReplyDelete