'Ambil bini orang, sapu duit bukan dosa tahap wasatiyyah'
mk - Hari ini, 5:43 pm
Menahan orang tanpa bicara - seperti Operasi Lalang 30 tahun lalu - adalah "dosa" besar yang mesti dikeji dan dihukum, namun terbabit dalam skandal juga wajar dikenakan tindakan sama, kata seorang veteran PAS.
Dalam tulisan beliau hari ini Subky Latif berkata mungkin Operasi Lalang itu suatu kesalahan besar yang perlu dipertanggungjawabkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri ketika itu.
"Tetapi main betina, ambil bini orang, curi duit kerajaan (sejenis) skandal juga dan wajib dikutuk dan dihukum.
"Belum tentu semua perdana menteri dan menteri-menteri sebelum dan selepas Mahathir lebih bersih daripada Mahathir.
"Cuma Mahahir saja si skandal terbesar. Skandal kecil (tetap) skandal juga, semuanya keji dan terkutuk," kata bekas wartawan itu di Harakahdaily.
Operasi Lalang detik Polis Diraja Malaysia menahan lebih 100 orang - kebanyakannya pemimpin pembangkang - pada 27 Oktober 1987.
Dua akhbar harian - The Star dan Sin Chew Jit Poh - dan dua akhbar mingguan - The Sunday Star dan Watan - turut digantung lesen penerbitan mereka.
Bukan maqasid syariah ajar
Kebanyakan mereka kemudian ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pembangkang menganggap Dr Mahathir bertanggungjawab atas arahan melaksanakan operasi itu tetapi dinafikan beliau. Bagaimanapun baru-baru ini Dr Mahathir yang kini menjadi seorang daripada pembangkang utama kerajaan mengambil tanggungjawab berkenaan.
Pada 5 November lalu Datuk Seri Najib Razak turut menyerang Dr Mahathir dengan hujah Operasi Lalang.
Secara menyindir perdana menteri berkata Dr Mahathir seorang "manusia sempurna" kerana enggan mengakui kesilapan menahan ramai pembangkang dan pengkritik kerajaan 30 tahun lalu.
“Lebih 100 orang ditahan dan dia kata, eh, bukan salah saya (tapi) salah polis. Saya kena dengar cakap polis. (Tapi) bila pulak Mahathir dengar cakap orang?
"Dia ada dengar cakap timbalanya tak? Semua ada masalah, sebab Mahathir sempurna, dia tak perlu dengar cakap orang lain," katanya.
Najib juga menyatakan beliau memansuhkan ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.
Pemansuhan ISA itu disertai pula dengan penggubalan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma.
Menurut Subky turut perlu dianggap berdosa ialah menggunakan wang negara seperti harta peribadi.
"Jahat Operasi Lalang itu tidak sama dengan dosa jadikan anak bini orang macam bini (sendiri), gunakan duit negara macam pusaka tok neneknya.
"Apapun semuanya dosa besar, bukan dosa wastiyah dan bukan yang maqasid syariah ajar," katanya.
Zaman bapa Najib TPM
Bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu menambah Dr Mahathir mungkin kurang bernasib baik kerana usianya panjang berbanding bekas perdana menteri yang lain.
Tokoh lain, katanya, meninggal dunia tidak begitu lama selepas tidak lagi berkuasa, dan tidak sempat dibicarakan seperti Dr Mahathir yang berdepan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu kerugian Bank Negara pada 1980-an dan 1990-an dulu.
"Adapun fail sekalian almarhum (bekas perdana menteri lain) tidak pernah dibuka. Selamat dan bertuahlah mereka [...] Pelepah Mahathir di bawah dan sudah jatuh. Pelepah di atas janganlah suka sangat tengok pelepah bawah jatuh.
"Najib yang mendakwa Mahathir si skandal terbesar berada dalam kabinet Mahathir sepanjang pentadbirannya.
"Apabila dia (Najib) diam dalam setiap skandal Mahathir ertinya dia setuju. Tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai tidak pernah senang dengan penyelewangan Mahathir," katanya lagi.
Subky juga mengingatkan ISA digubal dan mula dikuatkuasakan ketika bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, menjadi timbalan perdana menteri.
Walaupun diperingatkan bahawa ISA mudah untuk disalahgunakan, kata Subky, Abdul Razak berkeras mahu ia dikekalkan seperti apa yang ada ketika itu.
"Jika Najib mansuhkan ISA, ia tidak membersihkan dosa setiap (pelaku) skandal. Kelemahan Mahathir ialah berhukum atas akta yang (menyediakan jalan) penyelewengan," katanya.
* Tak ada pula Pak Subky imbaukan suasana panas sebelum operasi lalang dicetuskan oleh siapa. Sepatutnya siapa yang berperanan sebagai pencetus suasana itu ditahan sama. Tapi mereka bernasib baik, tidak sebagaimana Ibrahim Ali.

perintah ikut kitab kapir britis ni lah jadinya
ReplyDeletesetiap tahanan perlu dibicara
baru ada keadilan
bukan nampak kedzoliman berpanjangan
manusia sangat engkar denagn perintah Allah
Subki ini mamun ke apa? Polis yang menggunakan akta ISA tu untuk menahan tanpa bicara selama 60 hari dan tempoh penahanan boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun (selepas itu) dengan mendapat kebenaran Menteri Dalam Negeri. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menjustifikasikan keperluan menggunakan akta tersebut dan Menteri Dalam Negeri sudah tentulah menerimapakai pandangan pihak polis! Mahathir bukannya hakim mahupun pengamal undang-undang dan polislah yang meroyan menggunakan akta ISA itu. Namun begitu, akta ISA adalah satu akta yang zalim menidakkan keadilan kepada tahanan yang ditahan tanpa dibicarakan. Dengan akta itu, menjadikan Polis Raja Di Malaysia.
ReplyDelete