Sunday, November 12, 2017

Polis diserang: Bahana bawa masuk warga asing (cina) dah jadi 'triad'?

Baru berapa lama masuk ke negara ini dah jadi gini?

7 polis diserang 30 lelaki warga China
Dikemaskini 11 minit yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2017 10:05AM

POLIS terpaksa melepaskan empat das tembakan bagi mempertahankan diri apabila diserang sekumpulan lelaki warga China ketika membuat pemeriksaan di Jalan Abraham Off Jalan Khoo Teik Ee di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, tujuh anggota pasukan rondaan cegah jenayah membuat pemeriksaan setelah menerima maklumat mengenai pekerja kontrak bermain judi di halaman rumah sebelum diserang kira-kira 30 lelaki.

"Keadaan tidak terkawal dan anggota dari Balai Tun H.S. Lee itu telah melepaskan empat das tembakan amaran untuk mempertahankan diri namun tiada kecederaan dilaporkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata empat pasukan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) digerakkan ke lokasi kejadian untuk bantuan sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.

Shaharudin berkata kumpulan lelaki China itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk didokumentasi setelah mendapati keadaan terkawal apabila beliau tiba di tempat kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati beberapa buah rumah di kawasan berkenaan dijadikan sebagai rumah kongsi untuk pekerja warga China.

"Terdapat 200 pekerja warga China yang dipercayai tinggal di sekitar kawasan tersebut," katanya. – Bernama, 12 November, 2017. - sumber

2 comments:

  1. Mati pun tak apa asal gaji 2 ribu sebulan. Banyak tu untuk budak yang bongok kat sekolah! Kah kah kah.

    ReplyDelete
  2. Kalau warga sendiri walaupun umur 15 tahun...dia orang tembak mati terus budak tu. Ataupun polis nak pau diaorang kot...macam dkat Tmn SS.

    ReplyDelete