* Jangan mulut dan temberang jer besar!
Sedih diejek tinggal dalam 'kandang kambing'
ADILA SHARINNI WAHID 13 NOVEMBER 2017
Sarina (tengah) dan Khairul Nizam sedih mengenangkan kesusahan hidup mereka sekeluarga
KOTA BHARU - Hanya dia yang tahu sedihnya hati tatkala diejek rakan sebaya kerana dihimpit kemiskinan hingga sering mengalirkan air mata.
Lebih menyedihkan, kanak-kanak berusia 10 tahun ini terpaksa berhenti sekolah dek kerana kesusahan hidup.
Ibunya, Sarina Musa, 32, berkata, anak sulung dari dua beradik, Khairul Nizam Fadli pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Buloh 1, di sini, hingga darjah dua namun berhenti sejak dua tahun lalu.
Katanya, Khairul Nizam pernah bertanya, kenapa dirinya tidak dapat bersekolah seperti rakan-rakan lain, menyebabkan dia terkedu untuk menjelaskan keadaan mereka, namun kanak-kanak itu seolah-olah memahami kesusahan hidup mereka sekeluarga.
“Dulu masa dia masih bersekolah, dia ke sekolah tanpa duit belanja kerana saya tak ada duit dan pulang dalam keadaan menangis mengadu diejek rakan yang mengatakan dia tinggal di rumah yang serupa macam kandang kambing.
“Lama-kelamaan dia berhenti sebab saya tak mampu tampung perbelanjaan persekolahannya walaupun saya sudah buat tiga kerja untuk meneruskan hidup kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Buloh, di sini, semalam.
Ketika dikunjungi Sinar Harian, Khairul Nizam enggan gambarnya dirakamkan kerana berasa malu.
Kanak-kanak itu hanya menyendiri dan mengalirkan air mata, lebih-lebih lagi ketika ditanya tentang hal persekolahannya.
Sarina berkata, dia terpaksa berusaha keras dengan melakukan tiga pekerjaan dalam masa sehari, manakala suaminya, Fadli Jusoh, 36, pula mengambil upah mengutip buah kelapa dengan pendapatan tidak tetap sekitar RM20 sehari.
“Saya keluar dari rumah selepas solat Subuh seawal jam 6 pagi untuk ambil upah menyiang ikan dan membuat keropok dengan upah RM15.
"Selepas itu, pada jam 11 pagi saya akan bersiap untuk pergi ambil upah mewarnakan batik dengan pendapatan sekitar RM20 sehari.
“Pada petang hari, saya ke satu lagi kedai untuk kerja ambil upah menampal manik pada tudung dengan satu tudung diupah RM1 bergantung pada permintaan sebelum pulang ke rumah menjelang Maghrib,” katanya.
Menurutnya, ketika mereka keluar mencari rezeki, anak perempuannya yang berusia lima tahun, Mustika Ayuni ditinggalkan bersama Khairul Nizam untuk dijaga dengan duit belanja RM2 di rumah mereka yang berdindingkan zink dan papan lapis seluas kira-kira sembilan meter persegi.
Katanya, Mustika Ayuni kerap terkena sawan sejak kecil dan pernah dikendong sejauh satu kilometer ke klinik ketika penyakit itu menyerang.
"Kalau hujan rumah kami bocor dan kami tidur dalam basah menyebabkan Mustika demam dan diserang sawan.
“Dalam keadaan begini, Khairul Nizam yang mula-mula akan menangis. Rumah buruk dia menangis, duit hilang dia menangis, atap bocor pun dia menangis.
"Saya reda, ini nasib kami, namun saya tetap impikan sebuah rumah yang lebih baik dibina di atas tanah bapa saya ini untuk anak-anak saya berteduh selain mengharapkan Khairul Nizam dapat kembali semula ke sekolah demi masa depannya,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional Fadli Jusoh 03010-41-00026836-4atau berkunjung ke rumah mereka di tepi Masjid Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar, di sini, sejauh kira-kira satu kilometer dari masjid tersebut.

Ruang kecil tempat keluarga itu tidur dan berteduh

Eh, mana adalah. Fitnah semua ni. Jk dap perintah kelantan mungkin benda ni terjadi. Kerajaan pusat pun islam wasatiyyah. Jk khalifah umar ada tentu dia mengamuk
ReplyDelete