Monday, March 13, 2017

Fitnah penyelewengan dana: Teresa Kok sedia saman Jamal

Difitnah seleweng dana YAWAS, Teresa Kok sedia saman Jamal
Pada 12 Mac 2017
oleh RoketKini
KUALA LUMPUR, 12 MAC: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok menjadi mangsa terbaru siri fitnah yang kini semakin diperhebat oleh konco-konco UMNO Barisan Nasional.

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus baru-baru ini menuduh Teresa sebagai kononnya menyeleweng wang ehsan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Malah, laporan portal berita BNBCC pada 9 Mac lalu bertajuk ‘Teresa akhirnya mengaku terima dana YAWAS’ turut sengaja memutar belit fakta dengan tidak membentangkan penerangan sebenar beliau.

Kesal dengan apa yang berlaku, Ahli Parlimen Seputeh itu berkata sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah terhadap Jamal dan beberapa portal atas talian yang menyebarkan fitnah ke atasnya.

Menurutnya, YAWAS merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menguruskan semua tabung kebajikan termasuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Kuasa pemberian wang ehsan di bawah SMUE, katanya, diberi kepada Adun Pakatan Rakyat di Selangor dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan.

“Tujuan ia diperluas ke Kuala Lumpur adalah kerana ramai warga Selangor bermastautin di Kuala Lumpur. Lebih mudah bagi waris untuk membuat permohonan di pusat khidmat Ahli Parlimen,” jelasnya.

Teresa berkata, setiap wakil rakyat diberi satu kad ATM dengan akaun bank khas oleh Pejabat Daerah. Setiap akaun itu pula diperuntukkan sebanyak RM10,000 sebagai permulaan.

Pegawai di pejabat wakil rakyat bertanggungjawab menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak RM1,000 untuk diberi kepada setiap keluarga si mati yang memohon dana SMUE.

“Selepas ia habis, staf pegawai akan hantar semua dokumen pemohon kepada Pejabat Daerah untuk rekod agar RM10,000 dapat ditambah dan diagihkan kepada pemohon.”

Menurutnya, semua rekod pemberian wang ehsan kepada waris si mati yang merupakan warga Selangor telah disimpan baik oleh pejabat Daerah.

“Saya tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dari segi pemberian wang ehsan. Pejabat Daerah Petaling mempunyai semua rekod penerima wang SMUE.

“Tuduhan palsu dan fitnah yang dilemparkan Jamal terhadap saya dan rakan-rakan parti pembangkang memang menunjukkan beliau telah bankrap dari segi idea dan isu politik terhadap kami,” ujarnya. – Roketkini.com

Tags : Ahli Parlimen Seputeh, datuk jamal yunus, kerajaan negeri selangor, ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, naib pengerusi DAP, SMUE, teresa kok, YAWAS

2 comments:

  1. disokong saman itu orang islam kalau betul dia dah buat fitnah
    dia patut tau hukum hukum dalam Islam
    tolong cepat saman

    ReplyDelete