Khamis, 5 Januari 2017
Ada dua berita yang menarik dalam berita satu TV Indonesia malam tadi yang saya tonton. Pertama hari Rabu, Presiden Jokowi juga mengadakan sidang kabinet pertama tahun 2017, siap dengan video mesyuarat itu yangd dihadiri oleh Menterinya.. Dia akhirkan dengan sidang media dan arah tuju Indonesia. Sepatut sidang Kabinet Malaysia membenarkan media Tv merakamkan dan kemudian PM Najib Razak buat kenyataan sikit kerana itu sidang kabinet pertama juga bagi Malaysia.. tapi pegawai media PMO makan tidur tidak ada cara fikir bagaimana nak membantu naikkan imej Najib Razak kecuali mengadakan program event yang boleh mereka masukkkkk dengan bajet no limit jika lawatan Najib Razak.
Kedua Presiden Jokowi juga mengumumkan akan pelancaran projek keretaapi laju Jakarta/Surabaya dimana kontrektor utamanya dari Jepun dan menggunakan pelbagai teknoloji berbagai negara. Mungkin Rakyat Indonesia tidak marah saperti Rakyat Malaysia marah dengan PM Najib Razak yang memberikan projek berbilion RM dengan China, kenapa?
'Sebabnya projek itu akan ditawarkan secara rasmi dengan kehadiran Perdana Menteri Jepun Shanto Abe ke Jakarta pada pertengahan bulan ini. PM Jepun akan menyaksikan serah terima projek itu. berbeza dengan Malaysia.. PM Malaysia terhegeh pergi ke China nak bagi projek berbilion RM kepada China.. Itu yang yang menyebabkan rakyat kata.. Beliau menjual negara ini kepada China..
Dua cara fikir penasihat pejabat orang berkuasa. Penasihat Jokowi memikirkan kepentingan negara dan bangsa Indonesia, Penasihat di pejabat PM Najib memikirkan kemasukan hasil.. Itu sebab menurunkannya imej Najib Razak di mata rakyat setiap hari saperti harga saham FGV yang merudum harga dalam bursa saham..
Kesimpulannya ada masanya Najib Razak kena memikirkan sendiri perancangan strategi imej dan politiknya, jangan bergantung sangat dengan pemikir PMO..sebabnya 100% dari Setiausaha Politik, membawa pegawai khasnya semua nak memikirkan mereka nak 'kaya' Jika PM Najib Razak tidak berkuasa.. apa ada hal!.. macam bekas pegawai Pak Lah dulu.. sekarang semua bekas pegawai sudah hidup senang lenang dan tidak ambil kisah hal poltiik. Penyokong yang siang malam dirumahnya pun sudah lari kepada yang berkuasa.
Kamu fikir sendiri Najib Razak.. saperti saya kata dengan kawan-kawan saya dan orang bertanya. Bagaimana dengan Najib Razak?, saya menjawab mudah.."dari 10 orang yang kamu tanya Najib Razak, politik masa depannya.. 11 orang akan berkata, "saya tidak sokong Najib Razak" dan mintalah dia berhenti, maka sedarlah diri. Jika perlu berhenti sebelum PrU ke14.. bersiaplah untuk persiapan berhenti sebagai Perdana Menteri saperti cara pendahulu kamu. demi kepentingan UMNO.
Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Januari 5, 2017.
Dicatat oleh Zaharin Mohd Yasin

No comments:
Post a Comment