Friday, January 27, 2017

Ke alam mistik dan sejarah jap: Asal usul Raja-Raja Melayu Melaka

Isaac Imanan

ASAL-USUL RAJA-RAJA MELAYU MELAKA MENGIKUT KONSEP TAWASULAN…

Oleh Sahabat Shahpaskal.

Nota Penulis : Tawasul ini adalah doa, ia sudah diperjelaskan dalam artikel2 sebelum ini.

1. Saya tahu isu ini agak kontroversi sikit. Al-maklumlah melawan arus catatan sejarah yang jadi induk rujukan kita di Tanah Melayu khasnya. Tapi tak mengapa, saban hari makan nasi cara melayu, kita try pulak makan bubur gandum.

2. Anggaplah semua tertulis ini hanyalah maklumat alternatif yang tak perlu pun dibahaskan secara akademik. Sebabnya amat simpel. Kaedah tawasulan ni ada kaum tu kata mengarut, tapi ulamak zaman dahulu sudah lama menggunakan kaedah ini bagi menceritakan sejarah para Nabi dan Rasul secara terperinci.

3. Kita mulakan sekarang. Dari tawasulan, sekali lagi diperjelaskan bahawa keturunan Raja-Raja Melayu dari Kesultanan Melaka adalah dari nasab Raja-Raja purba Kartanegara dan dinasti sebelumnya. Dan nasab ini bermula dari Siti Qenturah dan Nabi Ibrahim a.s. Ini sesuai dengan janji ALLAH SWT bahawa nasab Nabi Ibrahim a.s lah yang akan dianugerahi penghormatan sebagai pemimpin (raja) manusia.

4. Makanya, sesuailah dengan aturan Illahi, keturunan inilah yang diwariskan keris-keris istimewa sebagai simbol kewarisan keturunan. Emm.. Ada yang kata, keris boleh zahir dan boleh ghaib ni asalnya mata lembing, ada yang kata besi dari Kedah Tua dan ada yang kata batu besi meteor. Terserahlah kepada andaian masing-masing, saya pun tak nak komen apa-apa laa.

5. Bab yang kata keris mengarut, sedangkan pedang Rasullullah SAW yang dikenali sebagai ‘Zulfikar’ boleh wujud dan dipamer kat muzium hingga sekarang. Emm… Pasti ke yang tu pedang ori..? Setahu saya, pedang ori masih di tangan Penghulu Wali-Wali iaitu Sayyidina Ali bin Abi Tholib. Dan sesuailah dengan firman Illahi bahawa para wali ni tetap hidup di alam mereka dengan segala limpahan kurnia Illahi.

6. Mengambil kesimpulan dari warisan berupa keris dari moyangnya yakni Nabi Ibrahim a.s, sudah pastilah keturunan Siti Qenturah ini tidak akan sesekali tersasar dari agama hanif yang menjadi pegangan Nabi Ibrahim a.s. Tidak mungkin objek istimewa Baginda diwarisi oleh keturunannya yang terpesong dari iktikad tauhid Baginda. Dan tak mungkin juga dapat mewarisi kesaktian (setaraf karomah) yang berasaskan tauhid kepada Yang Esa.

7. Kita mulakan dari Prabu Adimulya dan Prabu Ciung Wanara kerana era ini era syariat dibawa Rasullullah SAW telah bermula. Dan tak lama selepas itu, para pendakwah dan keturunan Rasullullah SAW telah mula sampai ke tanah Nusantara bagi menyahut seruan Baginda untuk meng-Islamkan saudara di tanah Nusantara.

8. Dan sehingga kini, ALLAH SWT telah mengizinkan seorang hamba-Nya yang berusia 12 abad terus hidup dan menjalankan tugas istimewanya di tanah Nusantara ini sebagai bukti bahawa Islam telah sampai ke tanah kita ni tak lama selepas ia berkembang di Tanah Arab.

9. Berbalik kepada keturunan raja-raja di Nusantara. Dari keturunan Prabu Adimulya inilah lahirnya dua pecahan keturunan yang mendirikan kerajaan Sunda di Jawa Barat dan kerajaan Majapahit di Jawa Tengah dan Timur, yang sejarahnya kita kenali kini. Dan tersebarlah keturunan ini mendirikan pelbagai kerajaan di Nusantara.

10.Dan lanjutan itu juga, cicit keturunan inilah juga yang membuka dan seterusnya mendirikan Kerajaan Melaka yang terkenal dalam sejarah tanahair kita. Sila lihat penulisan tuan tanah berkaitan perbualannya dengan Raja Parameswara dulu untuk lebih memahami hal ini.

11.Sedikit perihal semasa tawasulan. Jika berdasarkan perbualan dengan Prab yangu Adimulya serta dihadiri anaknya, Prabu Ciung Wanara dan sebilangan ghoib-ghoib istimewa lain, apabila ditanyai tentang siapakah individu yang bernama Demang Lebar Daun. Jawapan yang diberikan amatlah memeranjatkan, watak ini tidak wujud dalam pengetahuan mereka.

12.Dan apabila ditanyai lagi siapa Raja Suran. Prabu hanya mengiling kepala. Malah teringat ada diberitahu sebelum ini, Raja Suran itu adalah pemimpin masyarakat dan bukanlah berketurunan Raja-Raja Purba yang diwariskan barang istimewa dan kebolehan berbentuk kesaktian. Begitu jugalah bila ditanyai nama-nama terkenal dalam sejarah kita bermula pangkalnya ‘Wan’. Mereka sahkan semuanya tiada kaitan dengan mereka.

13.Berbalik kepada Kesultanan Melaka. Pada awal pembukaannya, Raja Parameswara dikhabarkan menukar agamanya kepada Islam dan hal inilah yang tercatat dalam lembaran sejarah kita kini. Namun saya diberitahu tidak ada bukti bahawa nusantara pernah dianuti oleh ajaran agama Hindu, malahan, objek2 yang kononnya dikaitkan dengan agama Hindu itu merupakan tambahan kepada bangunan asal yang sebenarnya tempat ibadat kepada Tuhan Yang Maha Esa. Ahli arkeologi diminta membuat ujian masa bagi membuktikan objek2 tambahan ini sebenarnya berbeza usia dengan binaan asal yang didakwa candi atau kuil.

14.Semasa di awal perjawatan Raja Parameswara atau nama barunya, Sultan Muhammad Iskandar Shah, seorang ulama dari Persia bernama Sayyid Shalih telah datang berdagang dan berdakwah lalu ulama ini diangkat baginda menjadi Mufti Melaka. Ulama ini datang bersama anak remajanya yang bernama Sayyid Hasan. Apabila Sultan baru menaiki tahta, maka Tuan Mufti Sayyid Shalih pun berundur diri lalu ke Tanah Jawa bersama anaknya Sayyid Hasan ‘Ali Al-Husaini bagi memberi laluan perlantikan mufti baru.

15.Kesimpulannya, asal usul Raja Melaka adalah langsung dari nasab Prabu Adimulya di Tanah Sunda, Jawa Barat. Walaupun pusing ikut mana, mereka-mereka ini adalah keturunan yang mentauhidkan ALLAH SWT dari sejak dahulu kala lagi dan bukanlah mengamalkan agama selain agama hanif.

16.Sekarang, kita semua tahu yang Gunung Ledang itu ada dijagai oleh seorang wali besar bernama ringkasnya Sheikh. Kerana itulah Gunung Ledang ini istimewa, seperti juga Gunung Jerai.

17.Bagi mana-mana individu yang boleh menembusi alam ghaib, dipersilakan mengunjungi Gunung Ledang ini atau paling tidak, memohonlah beliau (Tuan Sheikh) untuk hadir di majlis agama yang dibuat. Mudah-mudahan beliau sudi hadir…

18.Dan dikalangan para ghaib Tanah Melayu, beliaulah yang memegang kunci restu ghaib untuk harta-harta Pulau Nangka serta Gunung Ledang dan juga mana-mana harta milik Kesultanan Melaka dahulu yang banyak bertebaran di bumi Melaka.

19.Yaa.. Beliau (Tuan Sheikh) ini terlibat dalam membantu ‘menyorok’kan harta-harta Kesultanan Melaka terbabit melalui doa ampuhnya dan juga karomahnya. Dan beliau jugalah pemilik yang diberi amanah menjaga Jambatan emas di Gunung Ledang. Emm… Siapakah beliau ekk…?

20.Tuan Sheikh yang saya maksudkan adalah ‘Sheikh Siti Jenar’ yang mana akan diulas selanjutnya oleh tuan tanah. Ini kerana perbualan tuan tanah dengan tuan Sheikh ada dicatatkan oleh tuan tanah dengan terperinci. Manakala insan yang dikenali sebagai Puteri Gunung Ledang itu pula adalah cucunya.. Okey, Sila tunggu tulisan beliau….

5 comments:

  1. Cerita cerita mengarut

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,

    Saya harap kalau nak publish berita, semak dengan pakar dalam bidang agama dulu.

    Mana ada wali yang tak meninggal?

    Mana ada orang yang boleh hidup beribu tahun melainkan nabi isa dan dajjal al-masih?

    Cerita keris ni berbeza dengan pedang zulfikar sebab keris ada jin pedang tu tak ada.

    Kalau ada yang boleh hidup sampai 12 abad selain nabi isa dan dajjal itu jin.

    Saya harap sebelum publish semak dulu maklumat, jangan beri pembaca terpengaruh dengan benda2 yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Nobody

      Terima kasih di atas saranan tuan.
      Apa pun tujuan saya publishkan n3 ni bukan untuk dipercayai dan jauh sekali memesungkan kepercayaan pembaca tetapi untuk kita sama-sama menilai apa yang ditulis.
      Orang yang mati takkan hidup walau Nabi. Golongan yang mempercayai tentang roh, tak ada pula yang claim boleh panggil Nabi-Nabi dan Rasul untuk berdialoq. Yang ditakuti yang datang berdialoq itu adalah golongan Jin dan Syaitan yang menyamar. Naauzulillah!

      Delete
  3. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz).

    bnayak wali wali tapi bnayak kali kena jajah
    wali apa ke benda.tanah melayu dah punah ranah oleh penjajah n barauanya

    ReplyDelete