Sunday, January 29, 2017

Kalau begini, adakah takdir disandarkan?

Jambatan runtuh dirempuh balak
Wartawan Sinar Harian
26 Disember 2014
Penduduk terpaksa berulang alik menggunakan bot selepas jambatan yang menghubungkan mereka runtuh akibat banjir besar.
Jalan Gua Musang-Jeli terputus hubungan akibat jambatan runtuh di Kampung Pulau Setelu.

GUA MUSANG - Jambatan di Kampung Pulau Setelu di Kilometer 31.5, Jalan  Gua Musang-Jeli runtuh dirempuh puluhan kayu balak yang dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri dalam kejadian banjir, tiga hari lalu.

Berikutan itu, Jalan Gua Musang-Jeli terputus hubungan menyebabkan penduduk antara Kampung Pulau Setelu dan Kampung Star terpaksa berulang-alik menggunakan bot untuk menyeberangi sungai berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang, Selasa lalu iaitu pada hari pertama banjir terburuk melanda seluruh kampung Hulu Kelantan, menyebabkan air sungai berkenaan naik mendadak.

Bagaimanapun, kebanyakan penduduk dan pengguna jalan terbabit menyedari jambatan tersebut runtuh kira-kira jam 6 pagi, semalam, sebaik sahaja banjir surut sepenuhnya.

Dengar dentuman kuat, gegaran

Seorang penduduk Kampung Pulau Setelu, Zulkifli Ab Rahman, 44, berkata, pada hari pertama banjir besar itu, dia terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan merasai gegaran, kemungkinan jambatan tersebut dirempuh berpuluh balak yang dihanyutkan arus deras.

Namun katanya, ketika itu penduduk tidak begitu menghiraukannya kerana masing-masing sibuk untuk berpindah ke pusat pemindahan berikutan rumah ditenggelami banjir.

“Memang ada terdengar dentuman kuat dan ingatkan ia biasa sahaja apabila jambatan dirempuh balak yang dihanyutkan arus deras, tetapi tak sangka pula menyebabkan jambatan terpanjang di kampung kami runtuh.

“Pagi ini (semalam), baru saya bersama penduduk lain dapat melihat dengan lebih dekat keadaan jambatan tersebut sebaik sahaja banjir surut sepenuhnya,” katanya.

Terpaksa tidur dalam kereta

Sementara itu, seorang pengguna Jalan Gua Musang-Jeli, Bakri Kasim, 50, berkata, dia bersama seorang rakannya terperangkap di Kampung Kala selama dua malam hingga terpaksa tidur dalam kereta untuk pulang ke rumah di Kampung Kemubu, Dabong.

Menurutnya yang dalam perjalanan dari bandar ini, dia menjangkakan banjir hanya mengambil masa sehari sahaja untuk surut tetapi sebaliknya berlarutan sehingga tiga hari menyebabkan dia terkandas di Kampung Star pula kerana jambatan runtuh.

“Kami sangka dapat pulang ke rumah pagi ini (semalam) tetapi terpaksa berpatah balik ke bandar ini sementara menunggu banjir surut di Kampung Sungai Sam untuk pulang ke rumah melalui Sungai Sam-Dabong.

“Tidak dapat dijangka bila boleh pulang ke rumah tetapi saya bersyukur isteri bersama anak selamat berpindah ke pusat pemindahan banjir,” katanya.

Kemusnahan bermula dari sini:

Jambatan Pulau Setelu runtuh dirempuh ratusan tan balak
300 penduduk terpaksa guna bot dapat bekalan makanan
AIMUNI TUAN LAH  |  07 Januari 2015 2:00 AM
SEORANG pengguna jalan raya, Hasnah Mohamed menunjukkan jambatan Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan yang runtuh akibat dirempuh balak baru-baru ini.

GUA MUSANG 6 Jan. - Ratusan tan kayu balak yang dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri dikatakan telah merempuh Jambatan Pulau Setelu sehingga runtuh ketika bah kuning melanda negeri ini baru-baru ini.

Jambatan sepanjang 230 meter yang menjadi laluan utama penduduk dari bandar ini ke Jeli itu lenyap sama sekali dan hanya tinggal dua batang ‘tunggul’ di tebing sungai tersebut.

Ekoran kejadian itu, lebih 300 penduduk di Kampung Setelu dan Kampung Star terpaksa bergadai nyawa menaiki perahu pancung menyeberang sungai tersebut untuk mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan.

Seorang penduduk Kampung Pulau Setelu, Muhamad Khalid Mat Zali, 45, berkata, jambatan tersebut menjadi nadi perhubungan utama penduduk untuk ke bandar Gua Musang dan Jelawang, Jeli.

“Saya pun terkejut banjir kali ini melepasi paras jambatan serta mampu meruntuhkan binaan konkrit,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Muhamad Khalid berkata, kebanyakan penduduk yang ingin pulang ke Jeli bagi melawat keluarga yang terlibat dengan banjir juga terkandas di kampung Star apabila jambatan tersebut tidak boleh dilalui.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Muhamad Mohd. Zain, 61, berkata, ada penduduk mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat dan terasa gegaran apabila kayu balak menghentam jambatan tersebut.

“Ketika ini kebanyakan penduduk terpaksa menggunakan perkhidmatan perahu dengan tambang RM3 pergi dan balik untuk menyeberangi Sungai Nenggiri.

“Saya harap kerajaan mengambil tindakan segera bagi membaik pulih jambatan ini,” katanya yang tinggal di kampung tersebut lebih 30 tahun lalu. - sumber
 

Gambar dari blog milosuam

2 comments:


  1. Gua rasa jambatan tu runtuh bukan sbb balak
    Tolong arr jgn buat fitnah kpd krajaan Pas klantan

    Mungkin jambatan tu runtuh sbb perbuatan khianat cina Dapigs akibat balas dendam trhadap "ada" anjing yg tlh pun menyalak babi @ PIGS ddlm bukit t.hari hihi..

    ATAU mungkin juga ada kaitan dgn tangan2 tok2 batin ghaib yg marah sbb anak cucu demo keno lokap hahaha..

    ReplyDelete
  2. Hi2...ni mesti amanah punya pasal sapai balak hanyut robohkn jambatan kongkrit kerana bkn ulamak .....

    ReplyDelete