Friday, January 20, 2017

Hah....sebelum ini PAS jer yang tunjuk bagak, sekarang DAP pun tak mahu PAS juga!

‘DAP tidak mahu PAS dalam kerajaan Selangor, jika Pakatan menang’

  | January 19, 2017
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar bagaimanapun berkata, sukar meminggirkan PAS di Selangor kerana pemimpin parti Islam itu sudah menganggotai kerajaan negeri itu selama 2 penggal.
PETALING JAYA: DAP tidak mahu PAS diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan Selangor, jika Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan tampuk pemerintahan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang Selangor, Ganabatirau Veraman berkata, rakyat kini sedia maklum PH bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatua Malaysia (PPBM), bukannya PAS.
“Secara jelas PH komponennya adalah DAP, Amanah, PKR dan kini bekerjasama dengan PPBM. Itu jelas, tidak ada kenyataan yang menyatakan PAS bekerjasama dengan PPBM atau PH.
“Kalau ini berterusan, sudah tentu kerajaan akan datang tanpa PAS,” kata penolong setiausaha organisasi DAP Selangor itu kepada FMT.
Adun Kota Alam Shah itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang parti itu akan menggantikan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor, jika PH menang pada PRU14.
Salahuddin berkata, PAS kini mendiamkan diri dan tersangkut dalam isu melibatkan Selangor kerana parti Islam itu mempunyai kepentingan serta masih memegang tampuk kuasa di peringkat exco.
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar bagaimanapun tidak bersetuju dengan Salahuddin.
Adun Seri Andalas itu sebaliknya mengharapkan PH, PPBM dan PAS akan bekerjasama bagi memperoleh majoriti besar pada PRU14.
“Kita kena wujudkan mekanisme, adakan persahabatan dengan semua parti dan kena ada pertandingan satu-lawan-satu di Selangor.
“Untuk ini jadi realiti, semua parti dalam PH, PAS dan PPBM kena bekerjasama untuk mencapai hasrat itu. Jangan kata mana-mana parti tidak boleh bekerjasama.”
Katanya, sukar meminggirkan PAS di Selangor kerana pemimpin parti Islam itu sudah menganggotai kerajaan negeri itu sejak PRU12.
“PAS sudah bersama kita dalam Selangor sejak 2 penggal lalu. Saya ingat PAS bukan bodoh, mereka tahu mereka memaikan peranan besar dalam PRU14,” katanya.
PH yang menyatukan PKR, DAP dan Amanah di samping kerjasama dengan PPBM, menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur ekoran perselisihan PAS dan DAP.
Amanah ditubuhkan pada lewat 2015, selepas kemenangan puak yang mahu PAS lebih tegas mempertahankan matlamatnya melaksanakan undang-undang syariah yang lengkap dengan hudud, sesuatu yang tidak dipersetujui rakan komponen lain.
PAS kini memiliki 13 kerusi daripada 56 kerusi DUN di Selangor dengan 3 adunnya ialah exco negeri.
Pembangkang berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU 2008 dan diteruskan dengan majoriti lebih besar pada PRU 2013.
Ia merupakan pilihan parti Islam itu sendiri kerana enggan menyertai Pakatan Harapan, kata Amanah.

4 comments:

  1. pas berjuang kerana Allah
    apa nak heran ada jawatan atau tidak
    buktikan kata kata itu
    selamat berjihad menegakkan Hukum hukum Islam
    jange undur

    ReplyDelete
  2. PKR, Amanah, DAP dan PPBM semestinya berpadu memfokuskan perjuangan membela nasib dan aspirasi rakyat dengan menumbangkan UMNO/BN TANPA penyertaan PAS. PAS adalah parti yang hanya mengambil peluang untuk kepentingan diri mereka sahaja, dengan tidak menghiraukan suara rakyat terbanyak. Elok dicampak sahaja parti yang dipenuhi dengan pemimpin angkuh sombong riak serta bongkak, persis (maaf cakap la) bersifat syaitan ketika diperintahkan Allah supaya sujud kepada Nabi Adam 'alaihissalam dulu.

    ReplyDelete
  3. Tak ada sesiapa yang menafikan peluang adalah lebih besar sekiranya PAS bersama pembangkang dan satu lawan satu tapi jika Pembangkang nak berbaik dan bersatu, sekarang bukan macam ini dah nak dekat pilihanraya.

    Alasan dua tahun tidak boleh diterima kerana sepatutnya dua tahun itulah bertambah kukuh.

    Semakin bertambah yang binggung dalam PKR macam PAS jugak


    ReplyDelete
  4. apa nak kata kalau memang sejak dari mula PAS dah buang kahak pada DAP laknat tu hah hah hah ... seluruh dunia dah tahu PAS yang mula-mula buang DAP... memang DAP tak laku sejak mula hah hah hah ... bila nak cover malu kat muka tutup ngan tangan bertahi (kan orang DAP mengaku berak tak basuh )

    ReplyDelete