Saturday, January 28, 2017

Bila siBangang mengutuk: Nampak cerdik tak?

Friday, January 27, 2017
Bila Haji Hadi Kutuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tak Pandang Kiri Kanan..
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Hmm.. entah siapalah yang bagi maklumat yang salah kepada Presiden PAS ni..

Hakikatnya selepas kerajaan Pakatan Rakyat yang kini Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional pada tahun 2008, syiar Islam terus berkembang jauh melebihi ketika Pulau Pinang ditadbir oleh Barisan Nasional dulu.

Bajet hal ehwal agama pernah mencecah sehingga 300% melebihi bajet agama sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh Barisan Nasional dulu hinggakan GERAKAN pernah mengecam secara terbuka pentadbiran Kerajaan Negeri kerana menyalurkan bajuet yang lebih besar berbanding zaman Barisan Nasional dulu.

Pendidikan Islam khususnya Sekolah Agama Rakyat, KAFA, Maahad Tahfiz, Pondok dan TADIS terus dibantu oleh Kerajaan Negeri.

Sehingga kini lebih RM14Juta telah disalurkan untuk membantu institusi-institusi tersebut.

Ijtimak dan Anugerah Al-Hufaz, bulan-bulan Al-Quran, KonvensyenAl-Islam Rahmatun Lil Alamin untuk mengangkat martabat umat Islam diperkenalkan..

Itu semua jawapan YB Dato Abdul Malik Kassim, EXCO Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang kepada dakwaan Haji Hadi.

Jadi apa yang Hj Hadi maksudkan dengan DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam??

Laporan berkaitan..
PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang dan gagal menjaga kepentingan awam di negeri itu, lapor New Straits Times.

Katanya agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbaru ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang yang kini bertukar fikiran dan sedia kembali bekerjasama dengan PAS bagi “menyelamatkan” Malaysia daripada menjadi sebahagian daripada negara kleptokrasi global.

Hadi berkata, PAS berpendirian begitu kerana DAP masing menolak Islam dan pembentukan kerajaan Islam sentiasa menjadi teras perjuangan PAS.

Laporan penuh sila baca di SINI
Dalam mengutuk kerajaan negeri Pulau Pinang itu adakah Haji Hadi terlupa bahawa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada wakil tunggal dari PAS sendiri juga?

YB Dato' Ustaz Mohd Salleh Man adalah ahli politik Malaysia yang berbangsa Melayu dan berugama Islam dari Parti Islam Se-Malaysia atau pun PAS.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh di negeri Pulau Pinang.

Juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP yang dikatakan telah telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang oleh Haji Hadi itu..

Boleh dikatakan segala urusan mengenai Hal Ehwal Islam dalam negeri Pulau Pinang akan melalui ADUN tunggal dari PAS itu..

Jadi siapa sebenarnya yang Haji Hadi maksudkan  telah menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang ini? - sumber

1 comment:


  1. ini punyer jenih yg konon2 nyer ulormak IQ ciput jer pun

    klu dia nih dulu amik SRP/LCE subjek Maths dah tentu out
    dan klu Maths out, maka nya SRP/LCE pun gagal ler wktu tu

    Apb masyarakat dah tertipu, maka org2 yg balik dr timur tengah dan buleh cakap arab sikit2 dah dianggap hebat sbg ulormak w.pun akai @ IQ nyer ciput benor!

    Sbb IQ demer ciput sgt sbb tu tak berani berhujjah dan berdebat..sdangkan nabi SAW sentiasa berani berhujjah dan berdebat skalipun dgn cendiakawan2 @ ahlulkitab2 yahudi yg hebat!

    Adakah yg penakut krn IQ nyer sgt ciput itu layak mnjd ulamak pewaris nabi? hihi..geli



    ReplyDelete