Sunday, November 26, 2017

Talam dua muka?

Hadi main tarik tali antara Arab Saudi dan Najib Razak
Sheridan Mahavera · Diterbitkan pada 25 Nov 2017 11:59AM
Presiden Pas Abdul Hadi Awang begitu tegas mengutuk hubungan Arab Saudi dan Israel, tetapi beliau tidak mendesak Putrajaya supaya menekan Arab Saudi untuk memutuskan hubungan itu. – Gambar EPA, 25 November, 2017

SEKUTU Perdana Menteri Najib Razak, Abdul Hadi Awang mengambil tindakan mengejutkan apabila lantang mengkritik Arab Saudi, negara yang pemimpinnya rapat dengan Najib.

Presiden PAS itu menyelar hubungan baik yang dipupuk Arab Saudi dengan Israel. Hadi juga berbaik-baik dengan Qatar, negara Teluk yang dipulaukan Arab Saudi.

Kelihatannya seperti Hadi meletakkan Najib dalam persimpangan - mengecam Hadi dan membuatnya rapat dengan Pakatan Harapan, atau patutkah Najib menyebelahi Hadi dan memberi tekanan ke atas hubungan dengan keluarga diraja Arab Saudi?

Ahli sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faisal Syam Hazis berkata, ada satu pandangan lain - Hadi sedang bermain tarik tali.

Hadi perlu mengambil hati Islam konservatif yang menyokong PAS sambil tidak mengecewakan Najib, kata Faisal.

Contohnya, Hadi begitu tegas mengutuk hubungan Arab Saudi dan Israel, tetapi beliau tidak mendesak Putrajaya supaya menekan Arab Saudi untuk memutuskan hubungan itu.

"Hadi mengkritik Arab Saudi tetapi mahu mengekalkan hubungannya dengan Najib. Jadi, beliau tidak mengkritik hubungan Najib dengan Arab Saudi," kata Faisal.

"Beliau memujuk rakannya yang fikir Israel sebagai musuh nombor satu Islam. Tetapi beliau juga tidak mahu mengkritik dan mengecewakan Najib," katanya.

Sekiranya Hadi kritikal terhadap Arab Saudi, beliau akan membantah kedatangan Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia pada Jun, kata Faisal.

Kritikan Hadi terhadap lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Arab Saudi adalah satu contoh lain.

"Trump dan Arab Saudi dikritik, tetapi Najib melawat Trump di White House tidak pula," kata Faisal.

"Anda mengkritik Arab Saudi tetapi tidak kritik hubungan kerajaan sendiri dengan Arab Saudi?"

Kritikan Hadi terhadap Arab Saudi mendapat perhatian pada saat negara Teluk mengisytiharkan sebuah badan dunia ilmuwan Islam yang mana Hadi merupakan naib presidennya, sebagai sebuah organisasi pengganas.

Sebelas ahli Kesatuan Ulama Antarabangsa (IUMS) yang dahulunya mendapat dana dari Qatar, telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Pihak Anti-Keganasan Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrin.

Dalam ruangan mingguannya tiga hari lalu, Hadi mengkritik hubungan Arab Saudi dengan Israel serta usaha negara itu meningkatkan kebencian terhadap Syiah Islam yang merupakan mazhab majoriti di Iran.

Hadi juga menyatakan sokongan kepada Turki dan Iran, yang telah membantu Qatar ketika Arab Saudi memulaukan Doha.

Penganalisis hubungan luar negara berkata usaha Arab Saudi untuk memulaukan Qatar, mencampuri perang saudara di Syria dan perangnya di Yaman merupakan sebahagian daripada kempen lebih besar untuk memantau peningkatan pengaruh Iran di Timur Tengah. 

Seorang lagi penganalisis, Hisommudin Bakar berkata, pelabelan IUMS sebagai organisasi pengganas tidak memberi kesan terhadap PAS atau Hadi, kerana tiada satu pun disebutkan dalam kenyataan yang dikeluarkan agensi berita Arab Saudi.

"Tidak ada garis jelas di antara hubungan luar dan politik dalaman kita. Najib tidak perlu memilih sama ada PAS atau Arab Saudi." – 25 November, 2017.

4 comments:

  1. Kalau minta King Salman komen. Dia akan kata lantak pi lah. Itu orang selalu lupa apa dia kata kaki corner baring selalu bikin uturn suka ponting sidang parlimen.

    ReplyDelete
  2. Masjid di Mesir diserang, sekurangnya 235 terbunuh

    Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

    Lihat tajuk artikal diatas tuu..

    Malaysia akan menuju jd cenggitu klu tak berubah.

    Spesis umno memang dah sedia bebal dan mrk hanya tau mmbodoh menipu pitnah rasuah menyamun membunuh, dan hanya itulah KERJA yg mrk boleh buat.

    DAN, apb mrk/umno dah mula bergabung sdondon dgn ularmak2 yg balik dari "Mesir" yg lebih bebal lg dungu itu, sbb mrk yg balik dari "Mesir" itu hampir 100% tak n TAK lulus SRP/LCE dan hanya bergelumangkan prasan dgn ego Arab-"Mesir" yg penuh dgn ilusi dan penuh kesumat emosi..

    So, lihatlah apa yg trjd kini di "Mesir", bumi dimana lobai2 ularmak itu berGURU dan mnuntut ILMU, itulah juga hasil yg akan trjd dinegara ini!

    Berdebat berhujah tak reti, sbb "bebal" penuh kesumat emosi dan prasan dorang jer yg SUCI, akhirnya guna boom BOOM sana sini biar smua mati baru puas hati!

    Inilah hasil dari "Mesir" tahap siku lutot yg ramai mcm buih yg kita puji puja jd IMAM kat serata mesjid ddlm negara ini skrg!

    Mana pergi duit ZAKAT, pi buat main golf?? inilah cth ularmak teratas yg balik dari "Mesir" jugak!

    Duit 90juta songlap sdondon dgn penyamun tu, si lobai "Messsirrrr" tu senyap jer, langsung tak berani nak saman Rafizi dan Husam Musa! Yg tengok PORNO free kat German tak nak bayor tu pon dari "Messirrrr" jugok dok!?

    Tengok cara dorang nak merampas wisma TOK GURU, sebijik mcm gaya kat "Messsirr", klu mrk boleh guna boOM mrk pun akan letupkan apa shj sbb hati mrk yg penuh dendam bebal lg kesumat itu!!

    Ada ke lg sape2 yg bebal bengap dungu lg tolol nak hantar anak2 korang ke "Messirrr" tu?

    ReplyDelete
  3. Baru skrg hadi bersuara. Masa Saudi bantai yaman hadi gi mano? Adusss

    ReplyDelete
  4. Bukan sahaja talam dua muka, malahan Hadi adalah merupakan ularmak lidah bewok!!!

    ReplyDelete