Thursday, November 30, 2017

RCI forex: Tiga orang ini bertanggung jawab dan LGE tuntut Parlimen bahas

RCI forex salahkan Nor Yakcop, babitkan Dr M dan Anwar
mk      Hari ini, 1:12 pm
Bank Negara mengalami RM31.5 bilion dalam dagangan tukaran wang asing (forex) antara daripada 1992 hingga 1994, menurut suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat perkara itu.

RCI juga memutuskan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang menjadi sebahagian daripada pengurusan Bank Negara ketika itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap urus niaga itu.

Suruhanjaya itu juga berpendapat bahawa insiden itu melibatkan pecah amanah bawah Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan.

Nor Mohamed menguruskan portfolio Bank Negara antara tahun 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman.

Bagaimanapun, RCI berpendapat pihak lain juga patut memiliki tanggungjawab sama.

“Walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.

“Justeru, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat,” menurut laporan itu.
Laporan tebal lebih 500 halaman itu itu dikeluarkan hari ini.

Individu-individu itu, menurut RCI, adalah gabenor Jaafar Hussein, timbalannya Lin See Yan, lembaga pengarah-pengarah, menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Guan Eng tuntut parlimen bahas laporan RCI forex
mk      Hari ini, 1:36 pm

Lim Guan Eng (DAP-Bagan) menuntut parlimen membahaskan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara dalam urus niaga forex sekitar tahun 90-an yang dikeluarkan hari ini.

“Kita tidak ada masa untuk bincang RCI yang begitu serius?” soalnya.

Lim berkata perkara itu penting dibahaskan di Dewan Rakyat kerana buat kali pertama terdapat syor untuk mengambil tindakan ke atas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa itu.

Laporan tebal lebih 500 muka surat itu turut menyalahkan Mahathir dan Anwar atas kerugian yang dianggarkan RM31.5 bilion.

Lim hari ini menuntut menteri undang-undang Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan sama ada perkara itu akan dibahaskan di parlimen.

“Saya nak tanya adakah ini akan dibahaskan kerana ini adalah suatu yang tiada duluan, saya nak dapat kepastian daripada menteri,” katanya.

Timbalan Speaker Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang mempengerusikan sidang berkata buat masa ini agenda itu tiada dalam jadual perbahasan parlimen.

Katanya, seperti dinasihatkan oleh speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, kini terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan perkara berkaitan laporan RCI itu.

1 comment:

  1. Hi! I know this is kind of off topic but I was wondering if you knew where I
    could locate a captcha plugin for my comment form?

    I'm using the same blog platform as yours and I'm having difficulty finding
    one? Thanks a lot!

    ReplyDelete