THURSDAY, NOVEMBER 16, 2017
Oh! Ini sebabnya Hj Hadi semakin mengarut ...
Tengahari semalam aku pergi ke pejabat guaman seorang kawan lama kerana mahu mendapatkan pandangannya tentang saman Razman ke atas aku.
Apa cerita ? Loyar tu tanya aku sambil pelawa aku duduk di kerusi sofa dalam pejabatnya.
Aku unjukkan surat kepadanya sambil berkata, " Ni ha, kes saman Razman tuntut suruh aku bayar saman!" Jawap aku ringkas sambil melabuhkan punggongku di atas sofa.
Dia datang ambil surat tu dan duduk di sebelah aku. Dia baca surat tu lalu kemudian dia ketawa keperakan.
"Hang suka sangat... aku tengah menggelabah mana nak cari duit nak bayar Razman tu!" Aku mengingatkannya supaya dia turut sama bersimpati dengan situasi yang aku hadapi.
Tapi dia terus ketawa dan berkata, "Razman tu sebenarnya nak duit engkau sebab tak ada duit nak bayar saman Nizar 200 ribu tu!"
Aku diam saja. Hanya senyum tawar yang dapat aku ukirkan di wajahku.
"Takkanlah begitu... kan dia orang berada?" Aku cuba mendapatkan reaksi lanjut daripadanya.
"Kaya memanglah kaya... tapi bodohlah nak buang duit sia-sia bagi Nizar begitu sahaja, buat apa?" ujarnya.
Aku faham maksud loyar tu. Memang Razman suka menulis perkara yang mengarut-ngarut melalui status FB nya dan membuat kenyataan-kenyataan yang bukan-bukan di media. Akhirnya dia disaman oleh Nizar. Ada satu lagi saman oleh AMANAH yang sedang menunggunya...
"Pas sekarang ni semakin mengarut tidak serupa dulu sewaktu zaman ATGNA," ujarku lagi.
"Macam mana tak mengarut ... sebenarnya Hj Hadi tidak menduga yang kami ni keluar parti dan tubuhkan parti baru! Itulah yang menyebabkan dorang marah sangat!
"Ingat senangkah nak tubuh parti baru? Itu yang Hj Hadi tidak pernah terfikirkan. Dia ingat bila kami keluar Pas, kami akan masuk ke dalam mana-mana parti lain yang dah ada... PKR, DAP..." terang Loyar kawanku itu.
Semakin menarik dan rancak si Loyar bercerita. Aku terus memberikan tumpuan terhadapnya. Aku datang sebab masalah saman Razman ke atasku tapi Loyar ni seronok cerita hal lain pula. Tak apalah bisik hati kecilku. Ini sebagai selingan sembang-sembang dengan rakan lama. Lagi pula kedatangan aku pun sewaktu pejabat rehat tengahari pun...
"Aku jumpa dengan Tuan Ibrahim sewaktu pergi Haji yang baru ni. Dia yang cakap kat aku yang Tuan Guru tidak pernah menjangka korang keluar dan tubuhkan parti baru," terang si Loyar.
"Tuan Ibrahim yang mana?" Aku mahukan kepastian daripadanya.
"Tuan Ibrahim mana lagi.... Tuan Ibrahim Timbalan presiden Pas tu lah..." jawabnya.
"Tapi Tuan Ibrahim tidak keluar parti ..." Aku berasa pelik dan macam kurang nak percaya akan kata-kata si Loyar.
" Itulah yang dia cakap sendiri kat aku sewaktu bertemu dengannya di Mekah," tegas Loyar yang membuatkan aku yakin...
Dipendekan cerita, aku pun cakap kat Loyar tu, "OKlah.... sekarang ko cerita pula kat aku macam mana aku nak buat pasal surat tuntutan Razman ni..."
Loyar pun bercerita....... Habis dengar dia bercerita, aku pun minta diri untuk balik. Dia hantar aku sampai ke muka pintu pejabat dan mengingatkan aku supaya berhati-hati menuruni anak-anak tangga pejabatnya itu.
Aku senyum dan ucapkan terima kasih dan salam kepadanya.Aku pun melangkah turun ....
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:46 am

No comments:
Post a Comment