Tuesday, April 3, 2018

"Najib sudah mempunyai tenteranya sendiri”

Najib sekarang sudah ada tentera sendiri, kata Mahathir
Koh Jun Lin  |  Dikemaskini 3 Apr 2018, 5:27 petang
 
 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini mempunyai tentera sendiri susulan gesaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menggesa anggota tentera dan polis bersyukur dan setia kepada kerajaan yang diketuainya.

Beliau berkata ini adalah perkembangan yang mengecewakan memandangkan angkatan tentera dan pasukan polis sepatutnya melafazkan taat setia mereka kepada Raja-raja Melayu dan negara.

“Itu bertentangan dengan perlembagaan kita yang mana angkatan tentera mestilah setia kepada Raja dan negara. tapi sekarang kita dapati bahawa tentera kita akan setia kepada Najib dan kerajaan.

“Bermakna Najib sekarang sudah ada tentera dia sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini.
Dalam ucapannya pada 31 Mac lalu, Raja Mohamed Affandi berkata Najib sentiasa memberi perhatian khusus kepada pasukan keselamatan di samping menyediakan aset keselamatan terbaik.

Selain itu beliau berkata kerajaan juga telah melakukan banyak perkara untuk menjaga kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka.

Pada majlis itu, Najib juga berkata anggota polis dan tentera mungkin kehilangan kerja jika negara ini dipimpin individu yang salah.

Najib juga memberi amaran kemungkinan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) akan dibubarkan di bawah pentadbiran yang berasaskan konsep Malaysian Malaysia.

Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, kenyataan itu jelas merujuk kepada DAP, yang digambarkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.


* Eh....macam ada yang tak kena dalam ATM dan Polis. Adakah ini menandakan wujudnya riak kegelisan anggota biasa di dalam ATM dan Polis?

Jadi Panglima ATM dan IGP terpaksa memperkemaskan kaki mereka di samping Najib supaya nampak solid? 

1 comment:

  1. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.

    jamauan kerajaang dunia untuk para jemuan

    yang menggesa anggota tentera dan polis bersyukur dan setia kepada kerajaan yang menang pru

    masa pru anggota tentera n polis tak pakyah setia nak undi amono bebas buat pilihan
    tak perlu takut pertahankan hak undi peribadi
    apa ketua atm n kpn boleh buat
    nganga

    bila akan ada ramai yang berani humban amaono dalam pru itu yang depa takut

    dah lah hak umat Islam untuk berhukum di nafi hak undi pung nak rampas jugak ini dah lebih ni
    bila lagi ni kali la kasi ajar cukup cukup amono

    ReplyDelete