Monday, April 2, 2018

Inilah dikatan 'wise person'

Hanipa akur nasihat Ahmad Awang
mk |  Dikemaskini 2 Apr 2018, 1:09 petang
Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata beliau akan akur dengan gesaan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH) Ahmad Awang berkenaan isu "kalau saya tuhan" bagi meredakan keresahan mana-mana pihak.

Walaupun menganggap nasihat itu tidak melihat konteks sebenar ucapannya, Hanipa menyifatkan ia lebih adil berbanding serangan yang diterimanya sebelum ini.

"Meskipun saya ada keraguan dengan kenyataan beliau...secara umumnya ia lebih adil dan munasabah.

"Lagipun itu sahaja yang saya minta, keadilan dan sikap yang wajar dalam menjatuhkan hukum," katanya di Facebook.

Mengulas ungkapan yang digunakan Hanipa dan oleh Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim di parlimen 29 Mac lalu, Ahmad Awang (gambar) menggesa kedua-dua pihak memohon keampunan tuhan dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang hanya menambah masalah.
Pada masa sama, Ahmad Awang juga mengingatkan agar pihak lain tidak mengambil kesempatan daripada perkara itu untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar iaitu dakwaan kerajaan kleptokrasi dan salah guna kuasa.

Hanipa yang juga pengerusi Biro Undang-undang AMANAH berkata beliau juga menghargai usaha Ahmad Awang untuk menghubunginya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Namun kami tidak sempat berbicara. InsyaAllah saya tiada masalah untuk akur dengan saranannya jika ia mampu meredakan keresahan pihak tertentu," katanya lagi.
Dalam pertelingkahan di Parlimen itu, Abdul Azeez menegur Hanipa yang menurutnya berlagak seperti tuhan kerana mengatakan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menang pada dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Hanipa membalasnya dengan berkata: "Kalau saya tuhan - nasib baik saya bukan tuhan - kalau saya tuhan dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja, tapi sebab saya tak (bukan) tuhan."

Ungkapan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin PAS dan juga Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri berkata ungkapan seumpama itu merendahkan penciptaan dan menafikan hikmah ciptaan Tuhan, dan bahaya kepada akidah.

Tiada belas kasihan

Sementara itu, Hanipa menegur pihak yang menurutnya tidak melihat episod itu secara keseluruhan sebelum mengeluarkan kritikan.

Beliau mengambil contoh hukuman bagi kesalahan zina dalam hudud yang memerlukan pembuktian yang kuat sebelum hukuman dijatuhkan.

"Maka saya musykil dengan proses menjatuhkan hukuman dan pengeluaran fatwa (terhadapnya)...Apabila saya tak pernah dihubungi, ucapan lengkap saya dalam hansard pun tak dibaca dan dihadam, dan tak melihat konteks sebenar dan siapa yang memulakan serangan dulu.

"Ia kemudian tersebar di Facebook dan digunakan untuk mengecam saya dan keluarga seolah-olah saya sudah dikira bersalah (dan) tiada lagi belas kasihan," katanya lagi.

4 comments:

  1. Allah tahu apa niat di hatimu... x apa....ikut nasihat ustaz....itu yg terbaik....

    ReplyDelete
  2. ungkapan seumpama itu merendahkan penciptaan dan menafikan hikmah ciptaan Tuhan, dan bahaya kepada akidah.

    oranag ornag ynag duk hina hukum hudud n kata tak sesuai tu tak merendahkan suruhan Allah n bahaya akidah ka ?????

    Dan bahwasanya: orang yang kurang akal daripada kami dahulu selalu mengatakan (perkataan) yang melampaui batas terhadap Allah

    sapa sapa yang menentang suruhan Allah termasuk dalam golong kurang akai walau jawatan tinggi mana sekali pung

    ReplyDelete
  3. Tabeek spring arrh Hanipa Maidin..!!
    Jika beliau menjadi calun PH di mana2 parlimen, undi & menangkan lah beliau agar suaranya yg merupakan suara rakyat bergegar dalam dewan sekali pun PH jdi kerjaan kelak.. beliau kompeten utk menjadi wakl rakyat.
    Bukan wakil rakyat yg selalu ponteng tapi dok baham gak duit elaun MP tanpa rasa bersalah.

    ReplyDelete