Anak Nik Aziz tanding atas tiket Amanah, tapi di mana?
OLEH ABDUL RAHIM SABRI - Thursday April 12, 2018 4:49 PM
Presiden Amanah Mohamad Sabu (tengah) ketika berucap di seminar pemikiran Datuk Nik Abdul Aziz anjuran parti di Kuala Lumpur, 9 April 2017. Seorang anak Nik Aziz dikatakan akan bertanding atas tiket Amanah. — Foto ihsan Facebook/Parti Amanah Negara
PETALING JAYA, 12 April — Ura-ura anak lelaki arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding dalam pilihan raya umum 9 Mei ini hampir menjadi kenyataan.
Nik Omar, abang sulung Nik Abduh, disebut-sebut bertanding atas tiket Parti Amanah Negara (Amanah) tetapi kerusinya masih belum pasti.
Anak bekas menteri besar Kelantan itu, pengetua Madrasah Darul Anuar di Pulau Melaka, bagaimanapun dikatakan bukan ahli Amanah atau PAS.
Sumber Amanah Kelantan berkata “100 peratus” Nik Omar akan mewakili parti itu, cuma belum dipastikan sama ada kerusi parlimen atau DUN.
“Kita yakin Nik Omar tidak akan menghampakan rakyat Kelantan,” kata sumber itu, yang dekat pucuk pimpinan parti, ketika dihubungi ProjekMMO.
“[Perjuangan] ustaz Nik Omar ini mirip kepada perjuangan tok guru [Nik Abdul Aziz]. Kita mahu legasi tok guru di Kelantan.”
Menurut sumber lagi, Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang “menyayangi Pakatan Rakyat lebih daripada anaknya sendiri” dan tidak juga anti-DAP.
Tambah sumber, Nik Omar ditawarkan untuk bertanding di parlimen Pengkalan Chepa atau tiga kerusi bawahnya, Panchor, Chempaka atau Kijang.
Pada pilihan raya umum 2013, keempat-empat kerusi itu dimenangi calon-calon PAS dengan peningkatan majoriti yang banyak, termasuk di Panchor.
“Kalau beliau diletak di mana-mana kerusi itu pun, insya-Allah beliau boleh menang, sebab aura tok guru,” kata sumber hari ini.
“Beliau sendiri pun tidak ada keburukan dalam politik".
Nik Abduh Nik Aziz, ahli parlimen PAS di Pasir Mas, dikatakan tidak disenangi beberapa pemimpin parti di Kelantan. — Foto oleh Yusof Mat Isa
Ura-ura di kalangan rakyat Kelantan mahu Nik Omar bertanding di Kijang. Ada juga mahu beliau bertanding di kerusi tradisi bapanya, Chempaka.
PAS menang Kijang dengan majoriti 5,143, manakala Nik Aziz pula menang majoriti lebih 6,000 sebelum diadakan pilihan raya kecil pada 2015.
Halangan utama Nik Omar adalah keluarganya, khususnya ibunya Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang dikatakan belum memberi restu kepadanya.
“Dulu Nik Aziz tidak membenarkan anaknya menyertai politik kecuali Nik Abduh. Sekarang tok guru sudah tidak ada,” kata sumber lagi.
“Maka izinkanlah dia bertanding dan bagi dia buat pilihan sendiri.”
Sumber itu berkata Nik Omar tidak pernah menjadi ahli PAS walau bapanya mursyidul am. Ketika parti itu berpecah, beliau tidak menyertai Amanah.
Ditanya ura-ura beliau sebagai calon menteri besar jika Pakatan Harapan menguasai Kelantan, sumber berkata: “Bagi menang dulu, [soal menteri besar] kita bincang semula.”
Desas-desus itu bertiup susulan tindakan istana menarik balik pingat kebesaran Datuk daripada pengerusi Pakatan Harapan negeri Husam Musa, penyandang kerusi Salor.
Sumber juga memberitahu belum pasti Nik Omar bersedia bertembung dengan Nik Abduh di Chempaka jika adiknya itu diletakkan di situ.
“[Tetapi] kita tidak tahu dia [Nik Abduh] bertanding di mana. Kita tidak dengar berita dia nak bertanding di mana lagi, setakat ini,” kata sumber.
Nik Abduh, dianggap pendukung kuat presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menang kali pertama di kerusi parlimen Pasir Mas dengan 8,047 undi.
Sikapnya yang terlalu bersama kumpulan presiden dikatakan tidak disenangi oleh beberapa pemimpin PAS di Kelantan.
Susulan itu, beliau tewas dalam pemilihan parti di kawasan Pengkalan Chepa tahun lalu walau waktu itu jawatan pusatnya ketua Pemuda PAS.

Alahai betul ke? Nik omar ni lambat benar buat keputusan. Takkan last minit baru nk masuk Amanah. Takut dgn mak nik beduh ker? Hihuhu. Bo layan lah
ReplyDeleteBila nak dpt pengesahan drp pakar audio luar negara berkaitan rakaman percakapan nik bduh? Aku rasa pakar dlm negara pun boleh melakukannya
ReplyDelete