TUESDAY, 10 APRIL 2018
35 MINIT YANG TERLALU PANJANG DI ISTANA BUKIT SERENE
PINDAAN PERLEMBAGAAN UTK SELAMATKAN RAKYAT DAN INSTITUSI RAJA
Laporan Akhbar Utusan Malaysia 11 Disember 1992
Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah merujuk kepada seorang yang lidah bercabang yang bermimpi untuk menghapuskan kuasa Sultan.
Baginda menegaskan Negeri Johor tidak akan dapat melupakan seorang yang cuba melakukan apa sahaja termasuk mengharamkan Johor Military Force(JMF) demi untuk membolot kuasa negara.
Walaupun baginda tidak menyebutkan nama individu ini tetapi saya tahu khususnya mengenai rancangan menghapuskan JMF adalah datang dari Perdana Menteri Dr.Mahathir tetapi generasi baru tidak tahu tentang sejarah atau latar belakang yang mendorongkan Dr.Mahathir mengambil tindakan segera bagi meminda perlembagaan pada 1992 yang bertujuan membataskan kuasa raja dan mempekukuhkan sitem Raja Berperlembagaan demi keselamatan rakyat dan kemuliaan institusi itu.
Untuk sekian lama tujuan Mahathir meminda Perlembagaan pada tahun 1992 telah di dikelirukan dan terus dikelirukan seolah-olah Tun Mahathir adalah 'monster' dan gila kuasa kerana melakukannya.
Sebenarnya sidang Dewan Rakyat dipanggil pada 10 Disember 1992 untuk meminda perlembagaan berikutan dengan peristiwa seorang jurulatih hoki Maktab Sultan Johor Abu Bakar, Douglas Gomez dipukul oleh Yang Di-Pertuan Agung pada 30 November 1992
Beberapa hari selepas peristiwa itu Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba telah mengemukakan usul mengenai Raja Berperlembagaan di Dewan Rakyat bagi perbincangan terbuka untuk membuat ketetapan bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan untk menjamin peristiwa seumpama itu tidak akan berulang dimasa depan.
Kandungan penuh usul itu ialah :
" Bahawa Dewan yang bersidang hari ini amat sedih dan memandang serius atas insiden seorang rakyat Malaysia, Douglas Gomez yang telah dicederakan oleh Istana Johor pada 30 November 1992 oleh DYMM Sultan Johor.
"Dan Bahawa Dewan ini memutuskan kejadian tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan bertentangan dengan cita-cita serta hasrat undang-undang negara yang berasaskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen
" dan Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan segala tindakan yang perlu bagi menentukan insiden yang seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan".
Dalam perbahasan mengenai usul inilah Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim telah mendedahkan mengenai Ketua Pemberita Utusan Melayu Rozaid Abdul Rahman dan Ketua Pengarangnya Zainuddin Maidin telah dipanggil mengadap ke Istana Bukit Serene Johor Baharu kerana Utusan Malaysia menyiarkan berita yang menimbulkan kemurkaan baginda.
Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai peristiwa pahit yang saya alami dengan Rozaid Abdul Rahman(sekarang Pengarang Bersekutu The Star)ketika mengadap baginda.Tetapi anda boleh membaca cerita panjang mengenainya dalam buku saya Memoir Wartawan Negara: Saya Bukan Menteri dalam Bab 9 bertajuk 35 Minit Yang Terlalu Panjang. Buku ini diterbitkan oleh UUM Press Universiti Utara Malaysia
Cukuplah untuk saya mengatakan kami merasa amat terhina sebagai manusia dan berada dalam keadaan yang amat cemas dalam pertemuan ini. Hadir bersama ialah Ketua Polis Johor Dato Mansor Mohd Noor dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas Johor Encik Mokhtar.Walaupun kami kemudiannya diraikan makan tengah hari bersama baginda dan permaisuri dan keluarganya ,tetapi saya sudah tidak berselera lagi dan mahu meninggalkan Istana secepat mungkin.
Pada pagi saya meninggalkan rumah di Kuala Lumpur untuk terbang ke Johor bagi mengadap di Istana Serene,isteri dan anak-anak saya telah berada dalam kebimbangan dan berdoa untuk keselamatan saya.
Kami telah membuat laporan tentang peritiwa itu kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri .Saya ingat peristiwa ini akan tengelam terus dalam lipatan sejarah tetapi berikutan dengan tragedi yang berlaku ke atas Gomez maka peristiwa keatas kami pada tahun1985 telah timbul dalam perbahasan Parlimen.Banyak lagi peistiwa lain yang didedahkan oleh akhbar-akhbar perdana masa itu.
Kami tidak dipaksa oleh Polis untuk membuat sebarang pengakuan mengenai peristiwa yang berlaku keatas kami tetapi melaporkannya atas kerelaan sendiri.
Sesiapa yang telah mengalami sendiri tidak akan mengatakan Dr.Mahathir melakukan pindaan perlembagaan itu untuk kepentingan dirinya mendapat kuasa penuh tetapi adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan mengekalkan penghormatan dan kemuliaan institusi raja.
Mengingatkan kembali sejarah ini rakyat akan dapat menimbangkan sejauh mana kebenaran kata-kata TMJ "This is how low the highest government’s leadership then is willing to go to have absolute power in this nation".
UtusanMalaysia hariini menyiarkan berita penapian keluarga adik PrebetAdam yang menapikan anggapan orang orang ramai Prebet Adam mengamuk pada 1987 kerana bela kematian adiknya yang kunonnya dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor
Satu kepala RM3,000, TMJ belanja orang ramai RM1 juta (Dari Malaysiakini)
Diterbitkan 11 Apr 2018, 8:55 malam | Dikemaskini 11 Apr 2018, 9:38 malam

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membuat kejutan besar di pasaraya Aeon Tebrau di Johor apabila membelanja kesemua pengunjung yang datang ke pasaraya berkenaan.
Tunku Ismail dilapor membelanja setiap orang sehingga RM3,000 untuk membeli barangan mereka dengan jumlah kira-kira RM1 juta, menurut The Star Online.
Menerusi sebuah video, pengunjung di pasaraya berkenaan dilihat berkerumun di sekeliling beliau yang ditemani isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam dan menyanyikan lagu "TMJ".
Tunku Ismail kemudian dilihat membawa pembesar suara dan memberi pesanan kepada orang ramai yang kelihatan teruja.
"Apa saja yang kamu mahu di pasaraya hari ini saya bayar," katanya.
Pengunjung kelihatan terkejut dan gembira dengan pengumuman tersebut.
"Saya bukan ahli politik'
Sementara itu halaman Facebook Johor Southern Tigers turut berkongsi pemandangan di pasar raya itu.
Laman itu juga berkongsikan kenyataan Tunku Ismail yang berbunyi: "Saya bukan ahli politik. Saya tidak memerlukan undi tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor".
Tunku Ismail kembali menjadi perhatian mutakhir ini selepas beliau berkata tidak perlu menukar enjin sebuah kapal hanya kerana seorang nakhodanya bermasalah, yang secara jelas merujuk kepada senario politik semasa.
Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun tidak menyebutkan nama bekas perdana menteri itu.
Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara pd 7Disember 92
Ini adalah keratan akhbar Utusan Malalysia 8 Disember 1992.Kejadian ini menimbulkan kemarahan rakyat diseluruh negara
Banyak generasi baru yg tidak tahu apakah yg mendorongkan PM Tun Mahathir meminda perlembagaan mengenai kuasa raja2. Ini adalah salah satu dorongannya
Mahathir tidak menjawab beberapa kritikan Istana Johor thpnya tetapi bila TMJ menyentuhnya lidah ber cabang maka dia anggapnya sbg positif kearah membangunkan sokongan rakyat kp HARAPAN. TMJ napikan ditujukan pd Mahathir
Posted by zainudin maidin at 15:28
Semua org2 lama tahu cerita sultan johor. Mungkin tmj tak tahu sbb dia masih kecil atau belum lahir pd masa tu.
ReplyDeleteKnp kita perlu 'membeli' sokongan org jk kita yakin dgn kebaikan diri kita? Cukuplah satu org 'cash is king'
Nengok video Yutube Sultan Johor dedulu sambut harijadi pun syok jugak. Ada minum minum gitu.. kah kah kah.
ReplyDeleteDia ingat keturunan dia raja mutlak macam Brunei barangkali..? Kalau dibuat bancian dan undian, maka rakyat majoriti akan pilih seperti Indonesia iaitu memilih hanya seorang Presiden. Selagi ada saluran 1 di negara ini yg sukarela menghulur kepala untuk dipijak dan dipariahkan, maka selagi itulah institusi yang tak menguntungkan rakyat ini akan terus wujud dan bermewah tanpa fungsi yg relevan.
ReplyDeleteikut laporan akhbar tu ada kedi ynag dipukul mati
ReplyDeletesapa dia
p adam ngamuk pasai apa
atau macam tantoya suka suka tak ada motif
hai mansuia janganlah cepat lupa sejarah
ynag kuat menipu mansuia. sejarah dah tercipta
ada mansuia takut ngan sejarah
tm melayu kita
Apa pun .... ada pepatah Melayu.
ReplyDeleteRaja adil .. Raja di sembah.
Raja zalim ( tidak adil) ..... jawablah sendiri.
Ada baiknya jika dikisahkan semula bagaimana satu tengku mahkota dimasa silam yang dilucutkan jawatan sebagai tengku mahkota kerana kesalahan membunuh. Jika tidak silap, hakim yang membicara dan membuat keputusan itu ialah Raja Azlan Shah sebelum baginda ditabalkan sebagai Raja Muda Perak dan kemudiannya menjadi sultan negeri aku. Siapakah tengku mahkota yang dimaksudkan itu? Jika berhajat hendak menyelak kain orang, dalam tak sedar kain sendiri yang terlondeh!!!
ReplyDelete