Monday, April 2, 2018

GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar

Kenyataan Akhbar | 1 April 2018

PRU 14 : UNDI PH - MANSUH GST, UNDI BN - KEKAL GST : PILIHAN RAKYAT MADU ATAU RACUN?

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 6 peratus berkuatkuasa mulai 1 April 2015 setelah UMNO BN menang PRU13. Hari ini dengan peritnya, rakyat Malaysia daripada semua pelosok bangsa menyambut ulangtahun GST yang ke-3.

Ketika kempen pilihanraya pada PRU13, Dato Seri Anwar Ibrahim telah melafazkan bahawa sekiranya Pakatan menang Putrajaya, rakyat TIDAK akan dibelenggu dengan cukai yang membebankan dan menderitakan ini.

Namun begitu, keputusan PRU13 memihak kepada UMNO BN dengan hanya mendapat 48 peratus undi popular masyarakat Malaysia. Senario ini mengakibatkan Dato Seri Najib Razak, meneruskan takhta UMNO BN untuk mentadbir Putrajaya.

Sejurus selepas itu, hadiah istimewa Najib kepada masyarakat Malaysia ialah GST. Walaupun, rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, kenaikan kos sara hidup, penurunan mata wang Malaysia, kenaikan gaji yang tidak selaras dengan keadaan ekonomi semasa, penurunan mata wang Malaysia, penyelewengan dan rasuah berleluasa, tetapi Najib dan UMNO BN memilih jalan pintas untuk melaksanakan cukai GST.

Cukai GST adalah cukai yang regresif, dan cukai yang membebankan golongan pendapatan rendah dan cukai yang menghisap darah warga miskin.

Cukai GST berfungsi secara menyeluruh, kaya atau miskin, muda atau tua, yang ada kerja atau menganggur, yang bekerja atau yang masih belajar, bayi belum lahir atau insan yang meninggal dunia, semua kena bayar cukai GST.

Ironinya, dengan pelaksanaan cukai GST, sememangnya pendapatan kerajaan UMNO BN naik mendadak, hampir RM42 bilion tetapi rakyat biasa daripada setiap pelusuk negeri, dari bandar ke luar bandar, kampung dan estet, kawasan bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak, masih hidup dalam pelbagai kesusahan dan penderitaan.

*PILIHAN RAKYAT PADA PRU14?*

Kini, tiba masa untuk RAKYAT MALAYSIA menggunakan kebijaksanaan menilai mereka semasa mengundi dalam PRU14. Rakyat tidak seharusnya TERPUKAU dengan dedak dan wang ringgit yang ditaburkan, dengan media yang dikawal oleh UMNO BN, dengan segala janji - janji manis semasa kempen pilihanraya, dengan lambakan poster, kain rentang dan bendera. Nilai setiap undi, adalah nilai masa depan negara, nilai martabat dan intergriti negara, nilai masa depan anak-anak, cucu cicit generasi negara.

UNDI UMNO BN - Kekal GST 6 peratus, atau ada kemungkinan peratus  6 peratus ini akan naik kepada 8 atau 10 peratus.

UNDI PH - MANSUH GST. Pakatan Harapan komited dan berjanji akan menghapuskan dan memansuhkan cukai GST. Pemansuhan cukai GST adalah janji pertama dalam manifesto Pakatan Harapan.

Rakyat Malaysia, yang terdiri daripada Melayu - Cina - India - Sikh - Orang Asal - Dayak - Iban - Bidayuh - Melanau - Bajau - Kadazan - Murut dan semua suku kaum yang lain, wajar membuat pilihan - antara *MADU atau RACUN*, *MANSUH GST atau KEKAL GST*, *PAKATAN HARAPAN atau UMNO BN*

YB MANIVANAN GOWIN
Ahli Parlimen Kapar
Pengerusi Biro Kepenggunaan
Parti KeADILan Rakyat

1 comment:

  1. I have been exploring for a little for any high quality articles
    or blog posts on this sort of house . Exploring in Yahoo I at last stumbled
    upon this website. Studying this information So i'm happy to express that I've an incredibly just right uncanny feeling I
    discovered exactly what I needed. I so much definitely will make sure
    to don?t overlook this site and give it a glance regularly.

    ReplyDelete