AlHandulillah. Dari Penasihat Amanah
Kenyataan Media.
Isu "Kamu Ini Tuhan kah " Dan "Kalau Saya Tuhan".
1. Setelah mentela'ah pendapat/ fatwa para ulama mu'tabar (salaf & khalaf), di dapati mereka sepakat memfatwakan bahawa mengucapkan lafaz yang mentasybihkan atau memperumpamakan makhluk dengan Tuhan samada pada zatNya atau perbuatanNya atau sifat & namaNya, hukumnya adalah haram dan di larang keras mengucapkannya samada secara terang ataupun sindiran.
2. Melafazkan perkataan seperti "kamu ini Tuhan kah yang boleh tahu begitu begini", atau " kalau saya Tuhan saya akan buat begitu begini" adalah termasuk sebagai lafaz tasybih yang mengumpamakan makhluk dengan Tuhan.
3. Implikasi daripada melafazkan perkataan yang terlarang itu boleh menjejaskan aqidah tauhid sesiapa yang melakukannya selagi seseorang itu dalam keadaan aqal siuman semasa melafazkannya tanpa sebarang paksaan.
4. Apabila seseorang telah melafazkannya dengan sengaja atau terlanjur maka ianya tidak terbatal dengan hanya menarik balik apa yang telah di lafazkan. Ini kerana perlanggaran ke atas hukum larangan itu telah berlaku dan ianya adalah perlanggaran ke atas hak ALLAH. Maka yang di tuntut ke atas seseorang yang melakukan maksiat perlanggaran itu adalah bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun.
5. Adapun larangan tersebut adalah sangat jelas berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Asy Syura ayat 11 ;
لَيْسَ كَمِثْلِهٖ شَيْءٌ
laisa kamislihii syaii`
"...Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)..."
(QS. Asy-Syura 42: Ayat 11)
Juga firman Allah dalam Surah Al Ikhlas ayat 4 ;
وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ
wa lam yakul lahuu kufuwan ahad
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."
(QS. Al-Ikhlas 112: Ayat 4)
6. Setelah meneliti rakaman video pertikaman lidah di Dewan Rakyat di antara MP Baling (yang memulakannya) & MP Sepang (yang memberi respon), serta merujuk kepada hansard Parlimen, adalah di dapati kedua-dua MP berkenaan terlibat melafazkan perkataan mentasybihkan makhluk dengan Tuhan yang boleh menjejaskan aqidah tauhid.
7. Oleh yang demikian, sebagai sahabat & saudara dalam Islam, saya dengan ikhlas menasihati kedua-dua MP berkenaan supaya bersegera memohon keampunan kepada ALLAH & berINABAH kepadaNya. Seterusnya hentikanlah daripada membuat kenyataan yang akan hanya menambah kesalahan. Nasihat ini semata-mata kerana menunaikan kewajipan sesuai dengan sabda Rasulullah SAW bahawa "agama itu nasihat".
8. Isu ini tidak perlu diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan politik apatah lagi untuk mengalihkan topik perbahasan yang sebenar bagi melindungi kezaliman kerajaan kleptokrasi yang berterusan menyalahgunakan kuasa untuk terus menipu dan menindas rakyat.
9. Sehubungan dengan ini, sukalah saya menasihati semua pihak agar berlaku adil jika hendak mengulas isu ini dengan menegur kedua-dua MP berkenaan. Bukan dengan hanya menujukan sasaran teguran kepada MP Sepang semata-mata.
Sekian, والله اعلم.
*USTAZ AHMAD AWANG*
Penasihat Umum
Parti Amanah Negara (Amanah)
31 Mac 2018
* Kalau diikutkan Ustaz Ahmad Awang ni, aku pun silap faham juga. Pada mulanya aku pandang dan penting pada ayat Melayu mudah "Kalau saya Tuhan". Saya pentingkan ayat 'Kalau' sahaja.
Rupanya silap kerana "mentasybihkan makhluk dengan Tuhan" tidak boleh rupanya dan membawa pada rusaknya aqidah. Astaghfirullahal Azim. Ampunkanlah aku yang bodoh dan lemah ini ya Allah!

Hanya YB Sepang tau niat dia bila dia sebut ayat tu. kekadang bila kita tafsir sesuatu kita hanya cedok sebahgian saja tanpa melihat secara menyeluruh.
ReplyDeletelupakah kita pd ayat Setiap amal bermula dgn niat?
halal haram perkara spt yang diungkapkan oleh UAA ini adalah berdasarkan kepada pendapat ulama2 terdahulu. kenapa kita terlalu berpegang kepada pendapat2 yang dah berusia ratusan tahun dimasa itu maklumat adalah terhad?
buat apa belajar agama kalau setakat menghafal hukum2 kitab2 usang?
diakhirat nanti yg menjawab perkara ini adalah YB Sepang, bukan UAA. insan diberi akal untuk berfikir. YB Sepang tak perlulah takut dengan saranan UAA ini. YB Sepang boleh guna hujah2 YB sendiri didepan Allah swt.
Ingatlah manusia! diakhirat nanti kamu yang akan jawab perlakuan kamu dibumi ini. Alasan 'aku ikut fatwa ulama2 akan ditolak sebab ulama2 itu sendiri pun akan ditanya soalan yang sama.
Dalam al-Quran banyak ayat2 yang suruh mengkaji, berfikir, belajar. Kita sanggup habis bertahun2 untuk belajar bab dunia yang fana tapi bila sampai bab agama, kita ikut orang pula.
Islam agama yang hidup, dinamis. Insan mesti kritikal dalam bab agama. Jangan jadi walaun2 pas, yang wala' tak bertempat.
Saya teramat bersetuju dgn tulisan tuan..
DeleteSetuju 100%..
Yb sepang memang terbaik..
Pada saya, pandangan UAA lagi strict drpd pandangan Dr Maza. Apapun saya ambil jlan tengah. Saya nasihat YB Sepang jangan terus bersuara dlm hal ini. Ada yg YB betul dan ada yang YB terlanjur. Jangan dilayan pentaksub PAS. Mereka melaporkan kejadianpun tak adil. Kekadang berdiam diri bukan bererti kita kalah. Nak betulkan orang yg bodoh dan bebal di internet, sampai kiamatpun tak habis.... Yang penting, amal dan perbuatan kita diterima Allah. Bukan netizen... Wallahualam
ReplyDeleteUAA adalah Penasihat Umum AMANAH. Adalah wajar beliau menegur ahli2nya supaya prkara sedemikian rupa tidak berulang & usah diulangi.
ReplyDeleteBukan kah mudah untuk difahami perkara tu?? Beristifar & mohon ampunan dari Allah jika ianya memangnya khilaf yg tergelecok dri mulut dek kelemahan kita sbgi manusia biasa, bukan maksum.
Tak rugi apa2 pn jka kta istifar & menginsafi kekihilafan prkara trsebut.
UAA menasihati atas ilmu yg dimilikinya sesuai dgn jawatan beliau dlm parti. Jika nasihat2 beliau utk tidak memperpnjangkn isu trsebut tak mahu didengari & difahami baik jdi penyokong parti yg mndokong kleptokrat.
ISLAM RAHMATAN LILALAMIN.
Undilah Pakatan HARAPAN disana ada UAA
Islam agama yang hidup, dinamis. Insan mesti kritikal dalam bab agama.
ReplyDeletekritikal biar bertempat
hidup dengan ikut perintah Allah n rosul baru dikatakan islam
pendapat ulama2 terdahulu.
ynag kata pandai pikir bab agama jaman lani berapa kitab dah dihasil n digunakan oleh ustaz ustaz dalam tazkirah
habok pun tarak
niat pung tengok jugak niat yang macam mana dan ucapan pung tengok jugak macam mana adakah ynag boleh rosak atau tidak
kentut batai wuduk apasai hai pemikir moden
tolong la bagi tau
inikan pendapat ulama' dulu mana ada kelas kan
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.
ugama islam buakn untuk sorang sorang ada jemaahnya bukan duk berangan sorang sorang perasan dah hebat sangat dah