Wednesday, April 4, 2018

ECRL akan bawa puluhan ribu pekerja China?

* Aku dah ada rasa takut dan bimbanglah sebenarnya. Tengoklah ni!

ECRL bakal bawa masuk puluhan ribu pekerja China?
ARIF ATAN  -  April 4, 2018 7:19 am
Najib Razak menjadi saksi majlis menandatangani MoU ECRL antara CCCC dengan MRL pada Mei 2017

Walaupun pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL) pernah memberitahu projek raksasa Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan tetapi angka itu mungkin tidak lagi sepenuhnya untuk rakyat tempatan.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak pemaju telah memohon kepada Putrajaya untuk mengambil pekerja warga China bagi projek melibatkan proses ambil alih tanah seluas 17,000 hektar atau melebihi 20,000 lot itu.

“Mereka telah memohon untuk merekrut pekerja China kerana peralatan dan jentera yang digunakan adalah teknologi China yang menggunakan bahasa Mandarin untuk sistem operasi dan manual,” jelasnya dalam jawapan Parlimen baru-baru ini.

Beliau berkata, selepas semakan, kerajaan mendapati permohonan untuk pengambilan pekerja asing bagi projek ECRL itu memenuhi semua kriteria dan nisbah kelayakan yang ditetapkan oleh Agensi Kawal Selia.

“Selain itu, perbincangan terhadap pekerja asing dari China sedang dijalankan berdasarkan kes demi kes dan hanya untuk projek-projek kerajaan yang berdampak tinggi akan diluluskan,” katanya.

Zahid menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) yang bertanya sama ada pengambilan pekerja Cina untuk projek ECRL dilakukan mengikut peraturan yang berkaitan.
ECRL projek China.

Walau bagaimanapun, Zahid tidak mengulas lanjut mengenai jumlah pekerja Cina yang terlibat dalam projek kontroversi bernilai RM55 bilion itu.

ECRL dimiliki oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) manakala China Communications Construction Ltd (CCCC) selaku kontraktor utama yang akan terlibat dalam pembinaan landasan, pemasangan sistem, isyarat dan komunikasi.

Keputusan kerajaan yang menerima pengambilan pekerja warga China untuk ECRL itu bagaimanapun dikritik banyak pihak yang bimbang peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan akan terjejas.

Pada masa sama, alasan bahasa Mandarin juga dipersoal memandangkan ramai rakyat Malaysia turut menguasai bahasa tersebut.

November tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL), Darwis Abdul Razak dilapor menganggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan daripada projek tersebut.

Darwis turut memberitahu seramai 3,600 graduan ijazah, diploma dan sijil dalam bidang teknikal dan kejuruteraan berkaitan pembinaan akan dipilih secara berperingkat untuk menyertai Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) bagi merebut peluang pekerjaan dalam pembangunan ECRL.

Program yang dilancarkan pada 14 Jun 2017 itu dikelolakan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Universiti Beijing Jiaotong dan Universiti Southwest Jiaotong dari China.

“Melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tajaan CCCC ini, pelatih yang berjaya menamatkan latihan akan ditawarkan pekerjaan di MRL, CCCC atau sub kontraktor terlibat,” kata Darwis lagi dipetik dari Utusan Malaysia, 17 November 2017.

16 comments:

  1. Everythіng is very open with a very clear explanation of the challenges.
    Ιt waѕ reaⅼly informative. Уօur wbsite іs extremely helpful.
    Many thаnks fоr sharing!

    ReplyDelete
  2. Pertanyaan saya, mungkin kah sepatutnya Kjaan dh maklum awal, kontraktor dari China akan bawak pekerja dari negara mereka? Bukan kah projek lain disini, mereka buat begitu? Bukankah mereka juga dah ada universiti mereka di Malaysia untuk menampung tenaga kerja projek mereka. In the end, adakah peluang kerja utk rakyat tempatan di projek tersebut sangat kurang, teknology transfer pun tak berlaku?

    ReplyDelete
  3. Puluhan ribu pekerja PRC, tapi berjuta pekerja Bangla, mana lebih teruk???

    ReplyDelete
  4. Projek 55 bilion tu semata-mata untuk membayar hutang 1 MDB, tak lebih dari itu. Melayu bangang bersiap sedialah untuk menjadi pendatang di tanahair sendiri.

    ReplyDelete
  5. dah masuk bial pulak nak keluar ?????
    dah siap perojek bawa masuk pulak tukang kendali
    keletapi

    ReplyDelete
  6. MMg risau..dahlah negara kita ni mcm2 bangsa ada ...ni bawa lg...aduiii...
    Jomm kita terajang BN...dulu sblm Pakatan ambil alih SElangor...macam2 di momokkan...sekrang ok PH jaga Selangor lbh baik dizaman2 BN berkuasa....
    Byk yg elok2 PH buat di tiru oleh BN...
    Tak faham kenapa masih ada yg totok BN...tak matilah undi PH..klu tak ok boleh tukar balik selepas 5 tahun...
    Sya tetap undi PH...

    ReplyDelete
  7. merekrut pekerja China kerana peralatan dan jentera yang digunakan adalah teknologi China yang menggunakan bahasa Mandarin untuk sistem operasi dan manual,

    bm amoano letak kat mana dalam 60 thaun ni di tm
    martabat bm pung tak terjaga
    cilako sungguh amono
    sepatutnay putra jaya guna sepenuhnya nama nama jalan bngauna dll bm
    preseint apa ke jadah

    ReplyDelete
  8. projek cina merah food security.
    lanun menang nanti..ecrl utk angkut ribuan pendatang cina merah..mana mrk pergi? buat kerja ape?

    ehh tak tau ke?..si lanun teruskan gadai ladang se lusa luas nya..hasil tanaman nanti utk tanah besar cina merah saje..lanun kekal se lama lama

    ReplyDelete
  9. If this is the situation then results could be skewed or the writer could possibly be unable
    to draw any sensible conclusions. Understand the niche
    - While writing the essay, the very first thing you have to do is always to define this issue.
    However, you may also be wondering and you'll discover good essay writing
    examples.

    ReplyDelete
  10. Aikkk. Tuan blogger hilang pi mana? Parlimen dah bubar ni. Huhuhu

    ReplyDelete
  11. Kawan aku bangsa cina pun x setuju warganegara China masuk kerja kat Malaysia..siap dia cakap lg...'lu org melayu tak kenal lg China tanah besar,BN selalu cakap kita cina Malaysia x baik...nanti lu org menyesal punya..,kita mau bisnes sama China tanah besar pun mesti hati2' itu lah luahan member aku cina Malaysia.

    ReplyDelete
  12. apa punya lembab admin update news

    ReplyDelete
  13. YAKIN fokus pakatan harapan menang pru14 ..insyallah tadbir malaysia

    ReplyDelete
  14. If you wish for to grow your experience only keep visiting this site
    and be updated with the hottest news update posted here.

    ReplyDelete