Thursday, 12 April 2018
INI LAWAK JENAKA ATAU LAKONAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Satu pesta menjual barang keperluan harian pada harga murah yang dinamakan Jualan Sentuhan Rakyat diadakan semalam di kawasan Parlimen Putrajaya.
Banyaklah barang yang dijual dengan harga lelong, antaranya ayam RM5 seekor, beras 10kg berharga RM5, daging lembu antara RM15 hingga RM20 sekilogram, selain barangan lain seperti telur, kentang, bawang, ikan, milo, susu pekat dan pelbagai lagi.
Pendeknya, semua yang dijual adalah murah-murah belaka.
Turut sama menjadi “jurujual” dan “pembantu kedai” kepada pesta jualan harga murah itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hamzah Zainuddin, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan Pengerusi Tetap UMNO, Badruddin Amiruldin.
Kehkehkeh....dekat-dekat nak pilihanraya ini macam-macam perangai pelik pemimpin UMNO dan BN boleh menjadi santapan kita.
Adakah ini suatu lawak jenaka atau lakonan untuk memperbodohkan rakyat?
Kenaikan kos sara hidup yang antara lainnya adalah disebabkan cukai GST, penarikan beberapa subsidi serta kegagalan kerajaan menstabilkan harga minyak, adalah perkara nyata yang dialami setiap hari oleh rakyat di seluruh negara.
Ia bukanlah perkara main-main yang hadirnya secara bermusim.
Oleh itu, kenapa pesta jualan murah seperti ini hanya diadakan menjelang pilihanraya saja?
Apakah di ketika dekat pilihanraya saja rakyat memerlukan barangan pada harga murah, manakala di waktu yang lain mereka tidak memerlukannya?
Apakah memadai menyuapkan rakyat dengan jualan harga murah selama sehari saja dalam tempoh lima tahun?
Bagaimana dengan hari-hari yang lain, baik lima tahun sebelum ini atau lima tahun akan datang?
Jika benar ingin menolong rakyat menangani kos sara hidup yang kian meningkat, kenapa tidak diadakan jualan lelong atau harga murah ini setiap minggu dan di seluruh kawasan Parlimen serta DUN seluruh negara?
Mengadakan jualan harga murah hanya selama sehari dalam tempoh lima tahun dan kemudian membiarkan rakyat terkapai-kapai menanggung bebanan kos sara hidup selama beribu-ribu hari selebihnya, adakah ini cara pemimpin-pemimpin BN menolong rakyat dan berlagak kononnya mereka prihatin dengan kesusahan rakyat?
Tidakkah ini hanya lawak jenaka dan tidak lebih bertujuan memperbodohkan rakyat semata-mata?
Yang para menteri dan KSN sibuk-sibuk mahu jadi "jurujual" dan " pembantu kedai" kepada jualan murah ini untuk apa?
Itukah kerja dan peranan mereka dengan gaji puluhan ribu yang diperolehi daripada cukai wang rakyat?
Atau sebaiknya pemimpin seperti dijadikan "penjual ayam" yang kekal saja selepas pilihanraya nanti? (ShahbudinHusin 12/04/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 07:38
* Pada aku bukannya tak boleh, bagus.....tapi kenapa hanya sekarang, tidak dari dulu? Bukankah perbuatan begini akan mengundang pelbagai persepsi?
Lakonan memperbodohkan rakyat, sejak bila pula menteri jadi tukang lelong dan begitu nekat mendekati rakyat? Adakah kerana tagih undi hanya bila pilihanraya di ambang pintu? Takkah menjadi janggal di mata rakyat dan kelihatan lucu?

Makan ayam 5 tahun sekali
ReplyDeleteSalam pak din,
ReplyDeleteBertapa digunung mana?
Semoga pak din sihat dan dimurahkan rezeki
Lawak pun bukan lakonan pun bukan. Ini dipanggil buang tebiat. Inilah contoh2 kemunafikan manusia bgelar islam.
ReplyDeletejualan bodokan rakyat
ReplyDeleteni semua muka penyangak jugak
kalau amono menang lagi
apo nak di kato lagi tak taulaaa
Inilah falsampah poltik najib. Sokongan boleh dibeli dan dah mula berjangkit ke seluruh pelusuk tanah air. Mana maruah rakyat jk mrk boleh dipijak dan ditindas dgn kos sara hidup yg membebankan tp bila perlu sokongan mrk, mrk boleh dibeli cuma dgn brp ringgit sj. Kumpulan bangsawan yg memerintah langsung tiada rasa hormat kpd rakyat. Knp kita perlu sokong mrk lg?
ReplyDeleteApakah mesej yang amat terserlah drp kegilaan pesta jual barang murah ini? Sahihlah harga barang di negara ini amat mahal akibat gst dan kelembapan agensi kerajaan mengawal harga barangan. Kerajaan tanpa sedar telah mengaku mrk gagal menjaga ehwal rakyat dan terpaksa buat jualan murah utk ambil hati mrk. Kerajaan yg GAGAL!
ReplyDelete