* Maknanya rakyat kedua-dua negara berupaya menilai bila berita ini tersiar
Nampaknya pak duta kita bengang dan cukup sensitif dengan berita perbandingan ini. Biasalah itu kerja pak duta!
Duta: Jakarta Post bohong, tuduh Najib macam Suharto
Friday April 13, 2018 - 7:42 PM GMT+8
Zahrain menggesa penulis The Jakarta Post untuk berhenti menjaja pembohongan. — Foto Bernama
JAKARTA, 13 April — Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meminta sebuah akhbar republik itu, The Jakarta Post, supaya berhenti menjaja pembohongan terhadap demokrasi di Malaysia dan menegaskan bahawa Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran sejak lebih 60 tahun lalu di bawah sistem demokrasi berparlimen mengikut gaya ‘westminister’
“Saya merujuk kepada artikel The Jakarta Post bertajuk “Truly Asean” bertarikh 10 April 2018. Bertujuan menjual berita semata-mata dan bukan mengutarakan kebenaran, penulisan itu dicemari oleh kepalsuan dan tuduhan tidak berasas yang mengaibkan demokrasi Malaysia dan penduduknya.
Surat khabar The Jakarta Post telah mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak sebagai serupa dengan mantan Presiden Indonesia Suharto, yang mengamalkan taktik manipulasi.
“Bagi rakyat Indonesia, taktik yang digunakan oleh pemimpin Malaysia Najib Razak untuk memenangi pilihan raya umum akan datang mengingatkan kepada helah Suharto ketika 32 tahun pemerintahannya,” kata The Jakarta Post dalam ruangan lidah pengarangnya.
Zahrain berkata “Malaysia telah melalui 13 pilhan raya dengan jayanya, ia berjalan dengan sangat baik bagi negara kami dan kami berhasrat untuk melestarikannya.
“Badan pengurusan pilihan raya dari negara luar, termasuk Komisi Pemilihan Umum dari Indonesia dijemput sebagai pemerhati dalam pilihanraya kami,” katanya.
“Menerusi pilihan raya yang bebas dan adil, pengundi dapat memilih wakil mereka ke Parlimen tanpa rasa ketakutan.
Pada akhirnya, sesiapa yang mendapat keyakinan parlimen akan dilantik sebagai perdana menteri dan dipelawa menubuhkan kerajaan, katanya..
“Nasihat saya kepada penulis (The Jakarta Post), tolong berhenti menjaja pembohongan,” kata Zahrain. — Bernama

No comments:
Post a Comment