Monday, April 2, 2018

Memang hebat..... cakap dia sama besar dengan bakatnya!

Ini baru permulaan! 6 kata-kata menarik Zlatan Ibrahimovic, 'Gergasi Penakluk Galaksi'
Nazim Chee, Astro Awani |  Diterbitkan pada April 01, 2018 16:16 MYT
Bagai 'singa kelaparan', itulah gambaran rakusnya Zlatan Ibrahimovic memburu jaringan - Foto twitter.com/Ibra_official

“AKU datang, aku lihat dan aku takluk”.

Kata-kata Julius Caesar ini sesuai benar menggambarkan perwatakan bintang bola sepak antarabangsa, Zlatan Ibrahimovic.

Lelaki setinggi 195 sentimeter ini sudah membuktikan dia bukan cakap besar. Hampir 20 tahun beraksi dalam kancah bola sepak, sembilan kelab telah mendapat sentuhannya bermula dari kelab Sweden Malmo FF sehinggalah ke LA Galaxy.

Secara keseluruhannya di peringat kelab Ibrahimovic ini telah menyumbat masuk 321 gol.

Pada usia 36 tahun Zlatan tidak memandang kebelakang, malah kudratnya laksana ‘singa kelaparan’ yang rakus memburu lebih banyak jaringan.

Semalam Ibrahimovic telah membuktikan Jose Mourinho tersilap langkah dengan melepaskannya ke tangan LA Galaxy.

Baca: Ibrahimovic mahu sertai LA Galaxy sebelum pilih Manchester United

Meskipun hanya masuk padang pada minit ke-70 ketika kelab itu ketinggalan 1-3 di belakang LAFC, Ibrahimovic tidak perlu tunggu lama untuk memukau puluhan ribu penyokong dalam aksi sulungnya bersama LA Galaxy.

Dua jaringan menarik daripadanya mengubah keputusan untuk memberi kemenangan 3-2 untuk LA Galaxy.

Baca: Gol lagi dan lagi! Ini puncanya LA Galaxy dambakan Zlatan Ibrahimovic

Ibrahimovic awal-awal lagi sudah beri amaran dia bukan menyertai LA Galaxy sementara menunggu waktu untuk menggantung but tetapi kedatangannya membawa fenomena Zlatan ke Amerika Syarikat.

Dalam sidang medianya dua hari lalu, beberapa petikan kata-kata Ibrahimovic menarik perhatian media.
Kata-kata yang melambangkan betapa tingginya semangat juang penyerang kontroversi ini.

1. “Saya rasa muda. Saya rasa seperti Benjamin Button. Saya lahir tua dan akan mati muda.”

2. “Saya datang ke England dan mereka kata saya tua. Saya datang berkerusi roda dan selepas tiga bulan saya menakluk England dan mereka kata saya sedang terbang.”

3. “Singa ini sedang lapar.”

4. “Jika saya tidak menang saya akan rasa gagal. Hari ini saya selesai berlatih tapi masih terasa mahu menyepak bola.”

5. “Saya bukan sombong, saya yakin.”

6. “Gol saya lebih banyak berbanding jumlah perlawanan beberapa pemain. Saya fikir saya tahu apa yang saya lakukan.”

No comments:

Post a Comment