* Maapler......kalau katekan tertinggal bas. Artikel ni bagus dan ini salah satu yang tertinggal dalam tempoh seminggu tu!
Besi, skru, dawai juga perlu dibawa dari China?
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad | Dikemaskini 4 Apr 2018, 2:07 petang
ULASAN l Saya merujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semalam yang menjawap soalan tentang kelulusan kebenaran perkerjaan warga negara China untuk projek ECRL.
Semasa projek Mega Rail East Coast Rail Link (ECRL) di umumkan akan diberi kepada China Communications Construction Company, Ltd (CCCC) dari negara China, kami telah merakamkan kebimbangan kami dari segi cara pemberian dan perlaksanaan projek tersebut.
Pandangan tersebut berasaskan pengalaman serta contoh buruk apa yang berlaku di negara lain seperti di Sri Langka dan negara negara Afrika. Banyak kesan negatif termasuk tunjuk perasaan rakyat telah berlaku di negara negara tersebut.
Di sini sekali lagi disenaraikan isu-isu yang akan merugikan Malaysia serta rakyat tempatan.
a) Peluang perkerjaan rakyat Malaysia.
Pengumumkan kerajaan untuk menggunakan perkerja dari Negara China secara beramai ramai telah kami sebut dari awal sebagai diantara kesan negatif.
Alasan kerana peralatan dan jentera menggunakan teknoloji China yang memerlukan kefahaman bahasa Mandarin tidak boleh diterima. Ramai rakyat Malaysia baik bangsa Cina atau Melayu belajar bahasa Cina malahan begitu ramai orang Melayu memasuki sekolah Cina.
Kalau alasan ini hendak diterima kenapa projek mengguna peralatan Jerman tidak memerlukan perkerja dari negara Jerman?
Dijangka amat ramai perkerja negara China akan mengambil peluang perkerjaan tempatan seperti jurutera dan juru teknik Malaysia yang tiada perkerjaan.
b) Dalam waktu ramai graduan universiti dan penuntut perkerjaan biasa tidak mempunyai perkerjaan, peluang mereka akan dirampas oleh rakyat asing.
Di manakah laungan "rakyat di dahulukan" yang kini telah menjadi slogan kosong dan tidak bermakna.
c) Aspek keistimewaan "kerahsiaan" projek dari negara China seperti "Tembok Besar China" yang didirikan di Gebeng, Pahang bertambah menjadi persoalan besar rakyat. Kenapa perlu tembok "kerahsiaan" projek melibatkan dari negara China?
d) Aspek kewangan seperti pinjaman wang melalui Bank dari negara China menjadi persoalan yang lebih besar.
Bukan hanya Malaysia akan berhutang besar dengan negara China atas pinjaman ini, bertambah buruk lagi aliran keluar negara lagi banyak wang dari pembayaran gaji warga China adalah kerugian amat sangat.
Contoh perkerja warga China di kilang sedia ada Eastern Steel China, Kemaman, Terengganu, yang dibayar gaji dua atau tiga kali ganda berbanding perkerja Malaysia kemungkinan besar akan berulang dan berterusan.
e) Kami juga menjangka bekalan barangan seperti bahan bahan binaan seperti besi, skru, pendawaiaan dan lain lain juga akan menyusur dibawa dari negara China.
Contoh jentera dan peralatan dari China yang disebut oleh timbalan perdana menteri adalah contoh awal yang nyata sebelum barangan yang kecil pun akan dibawa dari negara China.
Persoalan utama di sini adalah:-
1) Di manakah peluang pekerjaan besar-besaran untuk rakyat Malaysia sendiri seperti dijanjikan kerajaan?
2) Di manakah peluang membekal barangan binaan - “hardware” kalau konsep ini diamalkandan diteruskan?
3) Mengapakah arah aliran keluar ke negara China jumlah wang begitu besar yang merugikan rakyat dan negara dibenarkan melalui pinjaman dari bank dari negara China dan bayaran gaji warga China semasa rakyat Malaysia sendiri amat kurang peluang pekerjaan dan kewangan dibenarkan?
Adakah ECRL sekarang menjadi - "Extraordinary China Railway - Project Letdown" kepada rakyat Malaysia?
“Kera di hutan disusukan, Anak sendiri di pangkuan mati kebuluran".
Sila kerajaan jawab kepada rakyat.
* RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD ialah anggota parlimen Kuala Terengganu

No comments:
Post a Comment