Dan Paya Jaras pun memilih 'mata'...
mk | Dikemaskini 10 Apr 2018, 10:02 pagi
PRU14 | Jalan yang itu memang selalu sibuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ada pasar malam. Kalau pagi Ahad pun sibuk juga.
Kecuali anda memang suka menikmati pemandangan jalan raya sesak dan kenderaan berengsot-engsot di situ, elok sangat elakkan laluan berkenaan.
Tapi pada malam semalam ramai orang yang sengaja bertumpu ke lokasi yang selalu padat dan menyesakkan itu. Kereta bersusun agak baik di bahu jalan walaupun ia tidaklah kemas dan berperikemanusiaan sangat.
Di tapak pasar malam Paya Jaras itu ada khemah putih didirikan. Anda perlu berada lebih dekat dengannya untuk mendengar bahawa di situ sedang berlangsung ceramah.
Ceramah politiklah, apa lagi.
Ia berlangsung belum pun 48 jam selepas parlimen terbubar secara rasmi.
Tajuk majlis itu adalah ceramah Pakatan Harapan. Ia menjadi sedikit berbeza apabila ada mesej WhatsApp tersebar menghasut orang lain supaya hadir.
Selling point ceramah itu ialah nama anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman. Ia adalah suntikan unsur suspens yang tidak berapa suspens.
Di laluan masuk ke khemah yang menempatkan pentas ceramah ramai orang berbaju putih berdiri sambil berbual-bual. Sesetengahnya memegang bendera PKR yang akan menjadi simbol tunggal buat Pakatan Harapan (HARAPAN) mengharungi PRU ke-14 nanti.
Di bahagian depan baju T itu tertera gambar Khairuddin. Di belakang pula terpapar tulisan #KekalkanKhairuddin Keadilan Paya Jaras.
Siren pun bergema
Agak ramai juga masyarakat Cina hadir, termasuk menyarung baju T berkenaan. Penyokong daripada keturunan India juga ramai. Melayu - lagilah ramai.
Mengikut data pemilih pada 2013, 57 peratus daripada keseluruhan 43,617 pengundi adalah Melayu, diikuti 30 peratus Cina, India 11 peratus dan lain-lain 2 peratus.
Paya Jaras memang bukan kerusi berpotensi untuk dirampas daripada BN sehinggalah pada 2008. Pada PRU 2004 Paya Jaras adalah milik BN melalui calonnya Muhammad Bushro Mat Johor yang mengalahkan Badrulamin Bahron dengan majoriti 3,844 undi.
Lima tahun kemudian Muhammad Bushro mempertahankan kerusi itu lagi dengan mengetepikan Khairuddin Othman. Cuma jumlah majoritinya merosot teruk menjadi 642 undi saja.
Pada 2013 Muhammad Bushro kecundang. PAS menawan Paya Jaras dengan majoriti 5,522 undi melalui Khairuddin. Namun tidak adil juga untuk mengatakan PAS menguasai kerusi itu secara solo kerana pada PRU lalu parti itu bekerjasama baik dengan DAP serta PKR.
Jam menunjukkan waktu 10.40 siren terdengar di jalan bersebelahan tapak pasar malam itu. Tiga kereta besar masuk ke pekarangan dan disambut dengan tepukan gemuruh.
Tubuh Khairuddinlah yang muncul dulu dari kereta pertama, sebelum dia mengiringi Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berjalan ke pentas.
Selebihnya adalah ucapan demi ucapan yang menghiburkan. Jika anda mengikuti dengan cermah perkembangan politik Selangor atau Malaysia, tidak ada banyak isi yang baru atau benar-benar segar menangkap gegendang telinga.
Penceramah yang diundang adalah nama besar dalam HARAPAN. Di sana ada Nurul Izzah Anwar, juga Mohamad Sabu. Tetapi orang lebih teruja apabila nama Khairuddin disebut.
Cuma apa yang menarik perhatian ialah Nurul Izzah beberapa kali menekankan bahawa Datuk Seri Najib Razak kini bukan lagi perdana menteri seperti yang semua orang kenal sebelum 7 April.
Cuma kerajaan sementara
Dia juga beberapa kali menyebut perkataan "mantan" untuk merujuk beberapa nama anggota parlimen termasuk Najib.
Entah mesej itu difahami orang Paya Jaras atau tidak. Tapi kepada pendekar-pendekar pentas HARAPAN, ia adalah fakta yang perlu diulang-ulang untuk disyarahkan kepada orang ramai supaya hakikat demokrasi sebenar difahami.
Memanglah ungkapan "caretaker government" sudah acap kali disebut, tetapi tahap kefahaman - dan penerimaan - masyarakat masih tidak dapat dipastikan.
Selepas parlimen atau sesuatu dewan undangan negeri dibubarkan, maka berakhirlah status seseorang wakil rakyat. Tanpa status itu juga perdana menteri, menteri-menteri, menteri besar atau exco sudah tidak lagi mempunyai kuasa pemutus.
Ia adalah persefahaman dalam sistem demokrasi yang matang. Tapi itulah, kita sudah lupa bila kali terakhir perdana menteri dan menteri serta penjawat lain seumpamanya menghormati kematangan demokrasi itu.
Dan seperti yang pernah saya katakan dulu, melawan kejahatan dan penipuan itu memang sukar. Namun lebih sukar apabila pelakunya tidak mengenal erti malu atau aib.
Katakanlah apa saja, dalam budaya setempat kita, anda boleh meneruskan hidup tanpa rasa tercabar maruah atau tebal muka apabila dikaitkan dengan salah laku.
Kutuklah apa saja, kritiklah semahunya. Kalau ada masa dia akan memberi reaksi. Tapi kalau susah sangat, teruskan berdiam diri dan teruskan hidup seolah-olah parlimen masih berfungsi.
Baca: Walau digugur, naib presiden PAS bela Khairuddin
Apabila Azmin mengumumkan penyertaan peguam itu ke dalam PRK, bermakna benarlah kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ada satu dahan parti itu dicantas.
Namun Abdul Hadi adalah Abdul Hadi. Terasa tidak lengkap kalau kata-katanya terhenti setakat itu. Abdul Hadi ialah naib ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Mana boleh bercakap sekadar itu. Kiasan mesti ada.
Kata Abdul Hadi, satu dahan dipangkas, akan tumbuh pula 10 dahan baru. Ya, kalaulah politik semudah itu...
Sama ada ia kedengaran angkuh atau tidak, ia bukan persoalan yang ingin diperkatakan di sini. Apa yang lebih penting ialah PAS - seperti selalu - yakin mereka akan semakin gagah setiap kali ada anggota mereka meninggalkan parti itu.
Tentang kutukan dan kejian yang mula hadir seumpama hujan di media sosial - itu biasalah.
Kali ini Khairuddin diumum menyertai PKR. Seperti dijangka PAS berasa dirinya semakin gagah. Syabas.

No comments:
Post a Comment