Saturday, April 14, 2018

Nik Amar mahu lari dari Panchor?

Amanah cabar Nik Amar jangan lari dari Panchor
OLEH ABDUL RAHIM SABRI  - Friday April 13, 2018, 4:17 PM GMT+8
Hazmi Hassan (kiri) bersama ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, yang diura-ura bertanding atas tiket Amanah. — Foto ihsan Facebook/Johar Ismail

PETALING JAYA, 13 April — Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat mempertaruh ketua Pemudanya di kerusi timbalan menteri besar Kelantan.

Namun hasrat Hazmi Hassan bertembung Datuk Mohd Amar Nik Abdullah belum pasti menjadi kenyataan kerana naib presiden PAS itu mungkin berpindah.

Sumber Amanah memaklumkan Mohd Amar, juga penyelaras Kuala Krai, diura-urakan berpindah ke parlimen itu dari Panchor yang dipegangnya sejak 2004.

“Kita minta PAS supaya tidak melarikan Nik Amar ke kawasan lain. Hazmi  akan lawan beliau di situ,” kata sumber itu kepada ProjekMMO semalam.

“Kalau beliau lari, [tindakan itu] membuktikan PAS dan seluruhnya takut, letak naib presiden PAS ke tempat lain.”

Kuala Krai disandang Dr Mohd Hatta Ramli, kini bersama Amanah, yang menang dengan majoriti 2,043 undi, merosot daripada 4,984 undi pada 2008.

Sumber yang sama difahamkan Mohd Amar turut diura-ura bertanding di parlimen Pengkalan Chepa. Panchor antara tiga DUN bawah kawasan ini.

Pada 2013, Pengkalan Chepa disandang wakil PAS Izani Husin dengan 15,120 undi. Panchor pula dikuasai Mohd Amar dengan majoriti 5,036 undi.

Namun, dakwa sumber itu lagi, wujud rungutan masyarakat di Panchor yang mendakwa sukar untuk menemui wakil rakyat mereka untuk sesuatu urusan.

“Tiada hubungan dengan rakyat, beliau beri [urusan] kepada penghulu atau wakilnya berjumpa rakyat, sedangkan rakyat mahu jumpa wakil mereka,” dakwanya.

Hazmi, juga disapa Jeming, dilapor tidak berdepan masalah besar untuk memberi saingan di sini berdasarkan kekuatan sendiri dan pengaruh bapanya.

Bapanya seorang bekas setiausaha PAS Pengkalan Chepa dan juga bekas pegawai khas allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.

Sejak tahun lalu Husam Musa, tokoh utama Amanah Kelantan dan bekas pegawai Nik Aziz, percaya faktor ini boleh membantu Hazmi dan partinya.

Selain Mohd Amar, timbalan pesuruhjaya PAS negeri, di Panchor, dua lagi kerusi negeri di sini dimenangi PAS dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Wan Ubaidah Omar menang di Kijang dengan 5,143 undi, sementara Nik Aziz mengekalkan Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.

* Takkanlah pengecut begitu sekali, biar padan dengan cakap yang berdegar tu!

No comments:

Post a Comment