Monday, April 2, 2018

Jangan main-main ini amaran Panglima Bugis: Rafidah hentak Najib lagi!

By Arianna - 2018-04-02
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata prinsip itu amat penting yang jika diamalkan, dapat membantu dalam perjuangan terutama menjelang pilihan raya.

“Bila saya tuntut wala’ daripada anda semua ia bukan atas nama Najib Razak.. tetapi atas jawatan sebagai pemimpin utama negara Malaysia yang tercinta,” katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Raksasa Guru-Guru Silat Negara 2018 di Gombak, hari ini.

Perdana Menteri turut menempelak seorang pemimpin berusia 93 tahun yang sanggup menggadaikan prinsip dan janji sehingga menjadi ‘Melayu mudah lupa’ pada dirinya sendiri hingga sanggup berpakat dengan DAP.

Najib yang mempunyai darah keturunan Raja Gowa, Karaeng Aji dari Sulawesi, memberi amaran kepada pihak ‘tertentu’ yang cuba menggugat kepimpinan beliau ketika negara sedang berada di ambang pilihan raya umum.

“Jangan main-main dengan Pendekar Bugis. Siapa yang nak mencarik-carik maruah orang Bugis, tunggu balasannya nanti,” kata Najib lapor Astro Awani.
Nota Ana Ghoib: Janganlah jadi orang melayu yang mudah dipermainkan semangat kesetiaannya dengan hasutan perkauman di negara 3 bangsa Malaya.

Tidaklah boleh taat setia walak kepada perkara mungkar dan mengangkat sumpah atas perkara juga niat jahat.

Apa salah orang tua 93 tahun menasihat kamu dahulu tetapi ditolak soal berbelanja mewah hasil gaji PM, soal mencukai rakyat, soal belanja ribuan juta untuk kempen politik, soal dakwaan jenayah kewangan di luar negara.

Masalahnya orang Cina DAP nampak salah laku kewangan tetapi orang melayu tak nampak kerana manipulasi media dan kini mereka cuba dikelabukan dengan bom asap isu perkauman juga momokan hilang kuasa walhal sebenarnya ini adalah isu peribadi kamu sendiri yang menjejaskan menghakis negara serta hidup rakyat.

Sekali lagi diulangi ini tentang kamu bukan sesiapa! Apa guna dibabitkan umur bangsa keturunan kamu, polis, tentera, Cina, silat, orang tua, Mekah, makam Rasulullah SAW?

Cakap banyak kena denda dan penjara pula kini jelas sekali nampak berselera dan tinggi sungguh cita dan cinta kamu pada kelazatan tampuk pimpinan yang bermandi kemewahan.

Firman Allah: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. – (Al-An’aam 6:123)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

Rafidah: Beza suami saya dengan Najib macam langit dan bumi
mk  |  Dikemaskini 2 Apr 2018, 1:11 petang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya mencemarkan keturunan bangsa Bugis, kata bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau mendedahkan bahawa suaminya yang juga adalah bekas Pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad juga adalah keturunan Bugis.

“Arwah suami saya keturunan Bugis tetapi bezanya dengan Najib macam pemanggang dengan api.... macam langit dengan bumi... macam putih dengan hitam,.

“Begitu juga kawan-kawan saya keturunan Bugis. (Mereka) berintegriti, bertanggungjawab dan beramanah.

“Keturunan tidak ada kaitan. Ia semua ciri-ciri peribadi,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Najib, semasa berucap di Majlis Himpunan Raksasa Guru-guru Silat 2018, di Gombak, memberi amaran supaya tidak menimbulkan kemarahan pahlawan Bugis.
Najib, yang berketurunan Bugis, berkata mereka yang mahu “mencarik-carik maruah orang Bugis akan menerima balasannya nanti."

Sementara itu, Rafidah juga membidas tindakan sesetengah pihak yang menjadikan “keturunan’ sebagai modal politik.

"Tidak harus ada sesiapun pun menggunakan 'keturunan' dalam apa jua keadaan. Akhir-akhir ini, kita lihat ini dilakukan di kalangan beberapa pihak dalam politik. Ia memecah belah, dan anti-perpaduan.

"Kita semua rakyat Malaysia. Sudah tentu, kita bangga dengan keturunan dan warisan kita. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan persamaan kita sebagai rakyat Malaysia.

"Saya tidak boleh memadamkan warisan saya sebagai Melayu, sebagai Rawa dari Sumatera. Tetapi akar saya bukan sekadar 'Melayu'. Tidak ada perkara seperti warganegara Melayu," katanya.

Sebagai warganegara Malaysia, kata bekas menteri itu, beliau berkongsi aspirasi, harapan dan hala tuju semua rakyat Malaysia.

"Tidak kira di mana nenek moyang mereka atau mereka sendiri berasal, kita mesti menjalin identiti dan nilai Malaysia, terutamanya integriti, tanggungjawab dan menerima kepelbagaian kita," katanya.


Rafidah menegaskan Malaysia tidak mempunyai tempat untuk mereka yang berpemikiran sempit.

* Aku teringatkan satu peristiwa yang bagi aku lucu, ini cerita aku dan kawanku. Korang nak baca, bacalah. Kalau malas nak baca pun aku tak kisah. Tapi cerita aku kat bawah ni ada kaitan dengan isu ugut dan kalimah mencabar oleh PM Bugis kita ni.

Maaflah, ini bukan cerita nak tunjuk gedebe, cuma satu siri perjalanan hidup ketika remaja yang 'easy' dan 'gila-gila'.

Masa tu akhir tahun 70'an semasa saya masih lagi remaja berumur 18 atau 19 tahun, dah lupa secara tepatnya. Masa perangai 'gila-gila' katakan.....

Pada satu malam minggu saya dan seorang kawan bernama Mansur ke Pantai PCB. Saja nak tidur beralaskan pasir pantai dan berbumbungkan langit. 

Setiba di PCB kami masuk satu warung duduk di salah satu meja untuk makan malam. Ketika kami sedang menikmati rezeki, datanglah tiga orang lebih kurang sebaya kami duduk di kerusi di hadapan kami di meja yang sama. 

Jadi bila ada orang duduk di meja kami dan di hadapan kami pula, saya dan Mansur tongak untuk melihat siapa yang duduk tu. Tetiba salah seorang darinya marah dengan suara kasar "Apa tengok-tengok, nak apa?" Saya kehairanan, takkan nak tengok pun tak boleh? Dahlah duduk di hadapan kita, meja kita.

Saya kata "Takkan nak tengok pun tak boleh, entah-entah kawan saya ke apa?" Rupanya lagi dia marah tak bersebab dan dia jawab "Mu nak ke?" "Kalau gedebe nak bolehlah" (dia ajak bertumbuklah tu)

Dah kena cabar macam tu saya pun mulalah berderau darah. Saya jawab "Kalau dah rasa keras kulit sangat bolehlah, jom kita ke tepi air!" 

Dalam tu sempat lagi dia tepuk dada dengan berkata "Aku ni dari Rantau Panjang tak lari kat orang" (maaflah orang Rantau Panjang) entah dia saja nak jual gedebe orang Rantau Panjang tak pasti pulak saya.

Bila dia kata gitu saya pun terus provoke " Ooh....Rantau Panjang, kalau kena kat aku malam ni jauh nak merangkak balik tuu.....entah berapa lama nak sampai. Tapi kalau aku yang kena taklah teruk sangat, nak balik Kota Bharu jer" 

Lagilah dia mengamuk, merah padam muka dia. Si Mansur pula dari tadi dia diam, cuma sekali-sekali dia tengok muka budak tu, dia senyum sinis.

Saya pesan kat makcik kedai tu supaya jangan angkat makanan kami, sebab kami nak ke air sekejap. Kami pun bergerak ke tepi air dalam 50M dari kedai tu.

Setibanya di tepi air saya bertanya "Macam mana, nak 2 lawan 3 atau satu sama satu, kau pilihlah" Rupa budak yang garang tadi pilih Mansur satu lawan satu. Mansur dengan rupa senang hati dan senyum berkata "Ok jom, Din mu jangan campur, mu tengok jer!" 

Mereka pun berlawanlah Mansur dengan silat, budak tu dengan boxing siamnya. Rasanya dalam 3 minit, budak tu dah terlentang, dan ketika Mansur nak hentak muka dengan tumitnya, saya pegang Mansur "Cor, sudahlah, nanti betul-betul dia kena merangkak untuk balik susahlah, kesian dia". 

Mansur pun lepaskan dia dan dia bangun. "Saya pun bertanya " macam mana?" "nak sambung lagi tak?" Dia diam dan dah bengkak-bengkak pun. 

"Kalau dah tak nak, jom kita sambung habiskan nasi tadi" Saya pun bergerak bersama Mansur ke warung tadi semula untuk habiskan makan malam yang ditinggalkan tadi tanpa toleh ke belakang. 

Setiba di warung, budak garang yang bertiga tadi tak ikut, mereka menghilang. Dari masa itu sehingga keesok paginya kami tak jumpa-jumpa mereka bertiga tu. Dah terus balik malam tu juga agaknya.

Itulah bila mencabar tu, tengok-tengoklah. Jangan pula terjumpa lawan kita pula yang kena dan terpaksa belah kerana 'kemaluan'

* Kisah ini bukannya nak sindir atau hina sapa-sapa, tetapi untuk peringatan dan teladan bersama

10 comments:

  1. Kih kih en din kelakorlah...

    sya pun ada darah bugis sebelah bapa..rakyat malaysia ni berbilang kaum..malulah najib kamu dok berckp begitu...mmg npk gaya dia ni tak akan turun hingga mati...x sedar ke rakayt dok mengutuk macam2 kat kamu...

    ReplyDelete
  2. Aku pun org bugis jugak hehehe

    ReplyDelete
  3. Ramai lagi org bugis kat Malaysia ni yg baik2 bukan penyamun mcm naji ni. Memalukan keturunan bugis aje.

    ReplyDelete
  4. Woi PENCURI, celaka ko sial! Kah kah kah.

    ReplyDelete
  5. Yg penting akhlak mau baik.Nabi saw tak bangga pun bangsa qurishnya. Apa yg hebat sgt bugis tu.

    ReplyDelete
  6. Wa pun bugis juga ma. Wa punya mak cina mali wa punya bapak india mali tau.

    ReplyDelete
  7. Pahlawan taik kucing,,2 kali program nothing to hide depa tak timbul............!!!

    ReplyDelete
  8. Bugis takut bini samseng

    ReplyDelete
  9. dekat pru pi cari puak silat kononya puak silat akan bermatian pertahan dia
    lebih baik pertahan Islam dari matbug ni

    ReplyDelete
  10. Betul kata Kak Fidah the iron lady..

    "Tidak harus ada sesiapun pun menggunakan 'keturunan' dalam apa jua keadaan. Akhir-akhir ini, kita lihat ini dilakukan di kalangan beberapa pihak dalam politik. Ia memecah belah, dan anti-perpaduan.

    "Kita semua rakyat Malaysia. Sudah tentu, kita bangga dengan keturunan dan warisan kita. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan persamaan kita sebagai rakyat Malaysia.

    Cuma aku langsung dgn Melayu kleptokrat.. jahanammm!!!

    ReplyDelete