Mahathir Pun ‘Keling’ Kata Zainuddin Maidin
09/04/2018
Penggunaan istilah ‘keling’ oleh Tun Mahathir beberapa hari lalu menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak.
Ia termasuklah kepada peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang menggesa Mahathir berhenti menggunakan istilah itu.
Ambiga yang juga pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) berkata walaupun ia biasa digunakan di sesetangah negeri – seperti Kedah – dan tidak dianggap sebagai penghinaan, tetapi ia sesuatu yang tidak dapat diterima dalam konteks Malaysia hari ini.
“Istilah itu berakar dari kawasan Kalinga di India, tetapi di Malaysia hari ini ia dianggap penghinaan oleh masyarakat India.
“Justeru saya menggesa Mahathir agar tidak lagi menggunakan istilah itu,” katanya kepada Malaysiakini.
Dalam pada itu Tan Sri Zainuddin Maidin, mempertahankan bekas bosnya itu.
Katanya, beliau sendiri pernah digelar dengan perkataan itu tetapi tidak menganggapnya sebagai satu penghinaan.
“Bapa saya Malabar dan saya dipanggil anak Keling ketika bersekolah.
“Saya tak anggap panggilan ini menghina hinggalah timbul dalam parlimen dan terkini MIC jadikan isu politik kaum kerana Mahathir gunakannya, sedangkan Mahathir juga keturunan Keling.
“Miskin modal?” tulisnya di Twitter.
“Saya nak guna perkataan Keling. Orang Keling kata, ‘podah’,” kata Mahathir mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - sumber
Undi Online Parti Pilihan Anda Sempena PRU14

tg keling melaka bila nak ubah nama
ReplyDeletemalaysia malaysia jugak tapi kami tak lupa tm
jnagn cepat besar kepla
cerita sejarah tm kat anak anak bagi depa tau asal usul negara ni
biar depa reti
ingat baik baik tu