Wednesday, August 24, 2016

Di Kelantan pulak dah!

Lelaki cedera parah ditembak di kedai kopi
Muhafandi MuhamadAstro Awani |  Ogos 23, 2016 18:34 MYT


Lelaki cedera parah ditembak di kedai kopi
Salah satu tembakan menembusi betis kanan mangsa, menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seorang lelaki cedera di betis kanan akibat ditembak sekumpulan tiga lelaki di sebuah kedai di Kampung Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan.

Ketika kejadian pukul 2.15 awal pagi Selasa, mangsa berusia 22 tahun itu sedang minum bersama beberapa rakannya di kedai terbabit.

Saksi kejadian berkata, sekumpulan tiga lelaki memberhentikan kereta dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

Salah satu tembakan menembusi betis kanan mangsa, menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

3 comments:

  1. Takpo abe.
    Malaysia aman.
    Pdrm royat dlm tv kadar jenayah menurun.
    Iraq lg teruk katanya..

    ReplyDelete
  2. Kes berebut tsnah parti ke berebut balak ni....

    ReplyDelete
  3. Kata negara Malaysia ni aman damai n tak ada Rasuah kan kan kan,.

    ReplyDelete