Monday, 22 August 2016
ADAKAH TENGKU ADNAN MANUSIA PALING KAYA DI MALAYSIA?
Apabila Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor kelihatan begitu takut untuk mengisytiharkan hartanya kepada umum kerana bimbang isteri dan anak diculiknya, persoalan yang bermain di fikiran kita ialah apakah wang dan hartanya begitu banyak jumlahnya?
Berapa jumlah harta dan wang yang dimilikinya? Adakah beliau paling kaya atau lebih kaya daripada Najib Razak yang mengakui dalam akaun bank peribadinya pernah berlabuh wang derma lebih RM2,600 juta?
Di negara kita, siapa orang paling kaya dan berapa pemilikan harta mereka, bukanlah sesuatu yang rahsia sejak sekian lama.
Setiap tahun, senarai mereka yang paling kaya sentiasa didedahkan dan disiarkan dalam media-media.
Malah, golongan Melayu-Melayu yang kaya dan berapa jumlah harta mereka juga tidak pernah rahsia?
Di seluruh dunia juga begitu, siapa ahli perniagaan, usahawan, pemain bolasepak, selebriti dan semua golongan yang paling kaya antara mereka, sentiasa didedahkan kepada orangramai setiap tahun dan senarainya sentiasa bersilih-ganti.
Pernahkah kita mendengar mereka yang didedahkan kekayaan itu merungut oleh kerana ia sudah menjadi pengetahuan umum, lalu bimbang isteri dan anak-anak mereka mungkin menjadi mangsa culik?
Di antara mereka yang kaya-kaya itu, kita juga tentunya selalu terserempak dengan mereka di mana-mana hotel atau pusat membeli belah bersama kenalan dan keluarga.
Pernah kita mendengar, disebabkan kekayaan mereka sudah diketahui umum dan disiarkan di media-media itu, mereka memberontak dan membantah kerana ia mungkin membahayakan keselamatan isteri dan anak masing-masing?
Mengapa hanya Tengku Adnan saja yang takut jumlah harta kekayaannya diketahui umum?
Adakah beliau merupakan orang terkaya dan paling banyak sekali wangnya di Malaysia ini?
Adakah mereka yang tersenarai selama ini dan oleh kerana tidak pernah membantah kekayaan itu didedahkan kepada umum, pemilikan harta dan wang mereka sebenarnya jauh lebih kecil berbanding apa yang dipunyai oleh Tengku Adnan? (SH 22/08/2016). - sumber

Segan la orang tahu berapa wang Menteri kita ada....nanti ada pulak yang tolong kira dan tertanya-tanya mengapa simpanan beribu kali ganda dari jumlah gaji dan elaun yg diterima selama berkhidmat sebagai Menteri.... duit rasuah atau saham judi yg dipegang....
ReplyDeleteBiasa la Manusia kan,. Bila dah terjerat mengelabah puyuh,.risau jugak kot2 duit atau harta yg dimilikinya datang dari rasuah dan penipuan diketahui seluroh Rakyat Malaysia,.pepatah ada mengatakan,.." Berani Kerana Benar,. Takut kerana Salah ",.yg mamat ni ngelabah kenapa, Takut,?? Bererti ada yg tak betul harta dan Duit dimilikinya ,.bagus lah SPRM pun telah bersedia,.asalkan jangan ada slow talk kat behind Door pulak,.,
ReplyDelete