Fenomena awan bergulung gemparkan penduduk Langkap
Astro Awani | Diterbitkan pada Ogos 25, 2016 20:02 MYT
Formasi awan luar biasa berbentuk 'ombak besar' dan 'puting' beliung itu berlaku antara pukul 7.30 hingga 8 pagi. Ia menjadi viral di media sosial
TELUK INTAN: Fenomena pembentukan awan bergulung seperti ombak mengemparkan penduduk di sekitar Langkap, Teluk Intan pagi tadi.
Pembentukan awan yang dikenali sebagai garis badai itu berlaku sekitar jam 7 pagi serta diikuti dengan tiupan angin kuat dan hujan selama hampir tiga jam.
Pembentukan awan luar biasa itu telah menarik perhatian penduduk sekitar kawasan berkenaan yang rata-ratanya dalam perjalanan ke tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah.
Rata-rata mereka dilihat memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengambil gambar dan ada juga yang meninggalkan kedai masing-masing bagi melihat pembentukan awan itu dengan lebih jelas.
Jabatan Meteorologi Perak menasihati penduduk untuk tidak berasa bimbang dan cemas dengan fenomena alam tersebut. - Foto Astro AWANI
Sementara itu seorang pegawai di Jabatan Meteorologi Malaysia Perak yang dihubungi Astro AWANI memaklumkan fenomena tersebut merupakan proses pembentukan awan biasa yang membawa hujan.
Katanya, pembentukan awan itu terjadi akibat tiupan angin yang kuat dan lazimnya akan hilang selepas beberapa jam.
Beliau turut menasihati penduduk untuk tidak berasa bimbang dan cemas dengan fenomena alam tersebut.
Dalam pada itu Bernama melaporkan ada penduduk yang menzahirkan rasa gerun dengan fenomena itu.
Menurut Ketua Kampung Chui Chak, Yeap Lai Hock, ketika kejadian beliau dan beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedang bergotong-royong membersihkan dewan kampung itu.
"Saya dan kawan-kawan rasa sangat teruja dan terus menangkap gambar," katanya.
Menurut Yap, tidak lama selepas itu, langit terus berubah menjadi gelap dan hujan turun dengan lebatnya hampir satu jam.
Beliau berkata, sepanjang 54 tahun tinggal di Langkap beliau tidak pernah melihat kejadian seumpama itu sebelumnya.
Rasimah Mohd Syad, 50, pula berkata beliau tidak pernah melihat kejadian seumpama itu seumur hidupnya.
"Ketika kejadian saya berada di Pasar Awam Langkap.
"Saya cukup teruja dengan tanda-tanda kebesaran Ilahi ini," katanya.

Dia-lah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung.
ReplyDeleteha baru sikit aja tu dah ada yang rasa gerun dengan kekuasaan Allah yang Maha Gagah
tapi ada jugak yang maseh engkar denagn perintah Allah
dengan ayat Quran mana lagi mansuia mau beriman
Allahhuakbar