Husam kini AMANAH
Anne Muhammad - Hari ini, 10:59 malam
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya sebentar tadi.
"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," katanya.
Husam berkata ramai orang yang ditemuinya menyarankannya menyertai AMANAH, termasuk individu yang ditemui di dalam teksi, pasar atau lapangan terbang.
Dalam ucapannya Husam yang pernah dilihat sebagai pemimpin pelapis di Kelantan selepas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ada pihak yang membandingkan kepimpinan PAS dan AMANAH.
Bagaimanapun kata Husam, dalam kepimpinan merit utama bukanlah tinggi rendah ilmu agama mereka sebaliknya kepintaran bacaan politik serta komitmen, pengorbanan dan "suluhan perjuangan" masing-masing.
"Mohamad Sabu (presiden AMANAH) pernah masuk penjara. Adakah orang seperti ini tak ada langsung nilai kepimpinan sehingga yang kita besarkan adalah kelulusan agama padahal merit pada kelulusan itu tak ada," katanya.
Selepas selesai menyampaikan ucapan Husam menyerahkan borang keahliannya kepada Mohamad.

Pilihan yg tepat
ReplyDeleteInsyaallah!
Lusa kawe, isteri dan anak2 pon akan follow datuk utk menjadi ahli Amanah
Taaniah YB Datuk Husam Musa,.semuga hasil dari pengalaman serta kebijakan dalam memilih hala tuju yg amat tepat, demi perjuangan melalui Politik untuk negara dan Bangsa,. Semuga dipanjangkan Usia, diberikan kesihatan dan ditetapkan Iman, Selamat maju jaya YB Datuk,.
ReplyDelete