Pejabat MB nafi kos bina tugu banjir ditanggung kerajaan
29 Ogos 2016 | MALAYSIA DATELINE
Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial berkenaan pembinaan Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai (TPBKK) yang dikatakan dibiayai kerajaan negeri.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Asri Mat Daud berkata Pembinaan TPBKK langsung tidak menggunakan dana daripada kerajaan negeri sebagaimana dakwaan yang tidak berasas dan mengelirukan rakyat yang disebar melalui media sosial.
"Kos yang disebar juga adalah tidak benar di samping tohmahan berat kepada pemimpin kerajaan negeri hasil pembinaan TPBKK tersebut," kata beliau di status facebook miliknya.
TPBKK katanya, telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada tanggal 25 Zulkaedah 1437 bersamaan 28 Ogos 2016 pada jam 12.00 tengahari di Tapak Monumen Banjir, berhadapan Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai.
"Pembinaan TPBKK ini selain ianya menjadi mercu tanda bagi mengenangkan sejarah terjadinya bah kuning, ia juga suatu manifestasi ucapan terima kasih kepada semua agensi, NGO, Badan Korporat, mahupun orang perseorangan yang telah membantu mangsa bah kuning," katanya.
Menurutnya, semua kos pembinaan TPBKK sebanyak RM60 ribu telah dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA).
"Seterusnya Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Majlis Daerah Kuala Krai menjadi pelaksana bagi pembinaan TPBKK tersebut," katanya.
Mohd Asri dalam penjelasannya turut menampilkan status facebook yang dikatakan menyebar berita palsu.
Dalam status pengguna facebook Ayi Prop, disebut bahawa kos buat menara banjir itu adalah RM80 ribu.
"Kalau buat rumah setaraf rumah PPRT, dah dua rumah berjaya disiapkan.
"Maka dua keluarga mangsa banjir yang boleh tumpang berteduh.
"Apalah nasib mangsa banjir, kerajaan tak buat rumah untuk mangsa banjir tapi buat tugu untuk peringati banjir," kata status itu.
Seorang lagi pengguna facebook bernama Ahmad Syihan Ismail menulis, semalam perasmian tugu patuh syara' yang dikatakan sangat Islamis kerana wau mengadap kiblat.
"Ada segi pentagon melambangkan rukun Islam.
"Yang lagi Islamis harganya RM80 ribu sempena banjir Kelantan.
"Baru dua tahun Kelantan ditimpa musibah banjir, pembaziran sangat melampau-lampau," katanya.
# apa kata kalau RM60 ribu tu digunakan untuk membantu mangsa banjir?
29 Ogos 2016 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Ahmad Yakob menandatangani plak perasmian

No comments:
Post a Comment