Wednesday, August 31, 2016

Mamat tua ni tak habis-habis dengan mulut celupar bodohnya!

Melayu masuk DAP gila nak jadi pemimpin, kata Bung Moktar

  | August 31, 2016
Katanya, kerana terlalu inginkan jawatan mereka sanggup menjadi kuda tunggangan DAP sehingga tergamak mencaci pemimpin Melayu dalam Umno.
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin hari ini menempelak sekumpulan anak muda Melayu yang menyertai DAP dengan menyalahkan Umno sebagai parti pengkhianat.
Katanya, Melayu menyertai DAP sehingga sanggup memburuk-burukkan Umno hanya kerana gilakan jawatan dan terlalu ghairah menjadi pemimpin.
Katanya, berbanding Umno, bukan mudah untuk parti Melayu itu memberikan jawatan kepada mana-mana individu dalam tempoh singkat.
“Pada saya minoriti anak muda Melayu yang menyertai DAP disebabkan mereka terlalu ghairah untuk menempatkan diri sebagai pemimpin.
“Dalam DAP walaupun diperkuda pemimpin senior DAP, tetapi kerana terlalu inginkan jawatan mereka sanggup menjadi kuda tunggangan DAP sehingga sanggup mencacai pemimpin Melayu dalam Umno.
“Pemimpin muda Melayu DAP ini ibarat si luncai dengan labunya, akhirnya mereka tidak ke mana-mana pun dan sekadar menjadi bola tendangan DAP,” katanya kepada FMT.
Bung berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sekumpulan ahli Melayu DAP menuduh Umno sebagai parti pengkhianat dan tidak mempedulikan nasib orang Melayu yang mendorong mereka menyertai DAP.
Kumpulan 14 orang itu mengeluarkan kenyataan bersama membidas Ketua Pemuda Wilayah Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii yang didakwa mengatakan DAP tidak pernah menghormati orang Melayu dan akan terus bersikap demikian jika berkuasa.
“Melayu di bawah Umno diternak seperti ayam daging, diberi dedak sehingga gemuk dan sihat, sebelum disembelih dengan masalah seperti GST, 1MDB serta ancaman ekonomi lain.
“Ayam yang dibela Umno ini disumbat rasa takut hilang kuasa dan takut kepada Cina. Inilah Melayu yang dididik Umno agar boleh disembelih dengan mudah bagi melanjutkan kuasa elit dalam parti itu,” kata kenyataan itu.
Bung berkata alasan yang diberikan sekumpulan anak muda Melayu DAP itu membuktikan mereka kecewa dengan perjuangan Umno ketika ini yang menerima sokongan padu anak muda.
“Alasan anak muda Melayu menyertai DAP dengan menuduh Umno mengkhianati orang Melayu, sesuatu yang tidak masuk akal dan kenyataan orang yang terlalu kecewa,” katanya.
Pautan:
Sekumpulan ahli Melayu DAP membidas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii yang didakwa mengatakan parti mereka tidak menghormati orang Melayu.

# Kes SPRM dah selesai ke?

1 comment:

  1. Dah terang lagikan bersuloh,.ini lah realitinya pemimpin umno bila bercakap hanya dengan Minda Yg kotor, maruah sendiri tak terjaga pe tah lagi konon seorang pemimpin,.habuk pun tak de pak bung ooiii,..

    ReplyDelete