Monday, August 29, 2016

Di sebalik #TangkapMO1

PM Malaysia Tangkap MO1

Sehari selepas acara mahasiswa Malaysia menangkap MO1 di KL, seluruh dunia melaporkan aksi itu.

Antara lain:

BBC : Malaysia protest against PM Najib Razak draw thousands

The Star.com Toronto : Malaysian Students Rally Demands Arrest of PM Najib Razak Over Fraud Allegations

Reuters : Malaysian Student Protesters Demand 1MDB Arrest

Aljazeera : Hundreds of Malaysian Protesters Call For 1MDB Arrest

Asian Correspondent : Malaysian Students Lead Mass Protest Demanding 1MDB Arrest

Today Online Australia : Students Plan Protest To Call For 1MDB-linked Arrest

Malunya negara kita.

Seawal Mei 2015, seruan rakyat Malaysia hanya mahukan DS Najib meletak jawatan sebagai PM.

Paling tidak, beliau cuai menguruskan 1MDB.

Kini, Ogos 2016, anak-anak pelajar sudah pandai menuntut beliau ditangkap!

Jenayah mengatur penyelewengan wang negara sebesar gunung untuk diri, keluarga, kroni, orang dan syarikat asing yang tidak ada mengena dengan negara ini semakin jelas.

Malaysia bernasib baik kerana ada lagi mahasiswa yang 'masih hidup'.

Ada 'tulang belakang' dan 'air muka'. Bravo!

Mereka ada hak untuk menggerakkan tangkapan ke atas penjenayah negara. Penjenayah kepada masa depan mereka semua.

Tahniah mahasiswa Malaysia! Dan syukur.

Anda Najib, bagaimana?!

Jika anda bukan MO1, kenapa anda sebagai PM yang berkuasa tidak bertindak menangkap dan menghukum MO1?

MO1 ada anak tiri yang bernama sekian.
MO1 terlibat dalam 1MDB sebagai kuasa tertinggi.
MO1 adalah pemimpin paling berkuasa dalam negara ini.
MO1 mempunyai akaun peribadi dengan wang sebesar gunung berpunca dari 1MDB.

Sifat dan ciri MO1 jelas.

Dan anda ingat, mahasiswa itu semua begitu dungu tidak mengenal siapa MO1?

Anda MO1, anda masih enggan meletakkan jawatan?

MO1 tetap akan memburu anda.

Jawatan bukan milik mutlak anda. Maruah sepatutnya  milik anda yang lebih berharga dari jawatan anda dan milik orang yang bermaruah.

Samada anda menangkap MO1 atau anda meletakkan jawatan.

Mahasiswa, saya percaya, akan terus mara !!!

Husam Musa
28 Ogos 2016
25 Dzulkaedah 1437

2 comments:

  1. Raja diam menyepi,
    Polis tutup mata,
    Setakat demonstrasi,najib buat bodo saja laaa..

    ReplyDelete
  2. Demonstrasi # Tangkap MO1,..najib x kluar2 rumah, Hishamuddin asik main teropong dari bangunan tinggi , zahid komedi entah Hilang kemana,.?? Ku nan snyap sepi,.semuanya kecut teloq,.

    ReplyDelete