Tuesday, August 23, 2016

Yang sedang nazak gagahkan diri, takut mati?

‘Zainuddin cuba lagakan parti komponen, hancurkan BN’

 | August 23, 2016
Zainuddin turut didakwa cuba melakukan provokasi melampau bagi 'menghancurkan' BN.
PETALING JAYA: Tan Sri Zainuddin Maidin didakwa cuba melaga-lagakan parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghancurkan parti pemerintah menerusi kenyataannya yang Umno masih buta manakala MCA, Gerakan dan MIC hanya menunggu masa dikuburkan pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kenyataan bekas menteri penerangan itu bertujuan mencetuskan konflik perkauman di kalangan parti komponen BN yang kini dalam keadaan baik.
Beliau berkata, Umno, MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen BN lain saling memerlukan bagi memastikan BN kekal berkuasa.
“Zainuddin cuba cetuskan konflik perkauman dalam BN, sebab pakatan pembangkang sedang terumbang-ambing, mereka banyak konflik. BN hari ini tidak berdepan masalah, malah pucuk pimpinan kita tidak ada isu dan kita tidak lari daripada prinsip perjuangan parti.
“Kita bertanding atas satu tiket BN bukan bersendirian, tidak macam DAP yang memperjuangkan cauvinis, PKR banyak main isu apa yang rakyat di kawasan suka dan parti pembangkang lain banyak main isu perkauman,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Zainuddin menerusi blognya mempersoalkan pemimpin MCA yang tidak mempertahankan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak kerana takut tindakan itu akan menjauhkan lagi masyarakat Cina daripada parti itu.
Beliau menyifatkan MCA ialah duri dalam daging BN kerana perkauman Cinanya terserlah apabila Umno dalam keadaan lemah, malah MCA turut memainkan isu popular yang diketengahkan DAP pada pilihan raya lalu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang berang dengan kenyataan Zainuddin itu berkata, bekas Ahli Parlimen Merbok itu cuba melakukan provokasi melampau bagi ‘menghancurkan’ BN.
Beliau berkata, Umno bukan parti buta manakala MCA, Gerakan dan MIC juga belum mati, sebaliknya parti pemerintah itu berjaya mengembalikan sokongan rakyat selepas menyedari dan memperbaiki kepincangan dihadapi parti komponennya.
“Untuk pengetahuan Datuk Zainuddin, Umno tidak bisu dan tidak buta sehingga tak nampak apa yang berlaku.
“Kita berpendapat adalah wajar bagi Umno terus berdiri teguh bersama parti komponen lain dan terus memberi kekuatan semangat serta menyusun strategi bagi memastikan rakyat kembali menyokong BN.
“Ketiga-tiga parti komponen ini tidak mati dan masih berjuang bersama Umno, apa yang berlaku (krisis dalaman parti) cuma satu proses biasa adat berpolitik, ada masanya kita disokong ramai orang, ada masanya kita tidak mendapat sokongan ramai,” katanya.
Pautan:
Zainuddin berkata usaha Najib memburukkan kerjasama Dr Mahathir dengan DAP bakal menjadi senjata makan tuan, kerana tidak sedar DAP menggantikan MCA sebagai wakil orang Cina.

No comments:

Post a Comment