Husam budak cerdik -Tok Guru
26 Ogos 2016 | A.SHUKUR HARUN
Sepanjang ingatan saya, sangat jarang seorang pemimpin politik tempatan menulis atau membaca sajak, justeru sajak itu hasil seni yang dilihat berjauhan dari orang politik.
Begitu unik, tersendiri, adalah suara kemanusiaan yang dirakam oleh sang seniman.
Menulis atau merenung puisi memakan masa lama kerana ia melibatkan bakat alam dan intelektual, berfikir dan merenung dengan sentuhan sensitiviti kesenimanan.
Sementara pemimpin politik sibuk dengan pertarungan di pentas politik di mana politik itu ialah mengenai kuasa. Ertinya mempertahankan kuasa dan merebut kuasa.
Tidak ada masa untuk berimaginasi atau melayan sentuhan perasaan.
Maka masa untuk menikmati,lebih-lebih lagi menulis puisi, sesuatu yang sangat jauh jaraknya dengan ahli politik.
Tetapi semua ini jauh berbeza dengan Datuk Husam Musa, pemimpin politik yang berkarisma itu - bekas Exco Kanan dan Adun Salor, Kelantan.
Allahyarham Datuk Nik Abd Aziz menyifatkan Husam sebagai ‘budah cerdik’ yang telah memberi sumbangan sangat bermakna kepada kemajuan Kelantan.
Kini di tengah simpang siur politik Kelantan, kedudukan Husam sebagai Adun Salor menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi setelah beliau dipecat oleh Pas tidak lama dulu.
Beliau berkesempatan menulis sebuah sajak 'Salor Tegak Berdiri'.
Kepada saya, sajaknya ini sangat merdu, membayangkan dalamnya perhatian Husam terhadap rakyat Kelantan, khususnya di Dun Salor.
Bahasanya yang sangat melankolik, dalam maknanya, membayangkan bahawa Salor masih tegak berdiri, tidak mudah dikalahkan, sama seperti Husam sendiri tidak mudah dikalahkan.
Memang, seperti kata novelis Amerika, Ernis Hamengway, bahawa ‘manusia boleh dihancurkan, tetapi tidak boleh dikalahkan’. Husam tidak semudah itu untuk dikalahkan.
‘Budak cerdek’ ini, kata Tok Guru kepada kepada kami dalam satu pertemuan di Kota Bahru lama dulu, telah banyak memberikan sumbangan idea kepada kemajuan Kelantan.
“Husam ini,” tambah Tok Guru lagi, “Dia banyak idea dan ideanya ini sangat munasabah untuk dilaksanakan dan kami di Kelantan sudahpun melaksanakannya.”
Menurut Tok Guru, Husam ini bukan saja anugerah Allah s.w.t. kepada Kelantan, tetapi juga untuk negara Malaysia sendiri. Dia adalah pemimpin yang bijaksana, kata Tok Guru.
Mengapa Salor dengan tiba-tiba menjadi perhatian sejak Husam tersingkir dari politik Kelantan, sebuah negeri yang menerima jolokan ‘Serambi Mekah’ - yang bermakna kudus dan lohornya Kelantan yang dikira menyambung suara mua’zzin dari Tanah Suci.
Tiba-tiba berlaku peristiwa yang terjadi di Dun Salor. Sepatutnya tidak berlaku dalam negeri Serambi Mekah. Saya perturunkan sajak Husam itu.
Itulah suara hati ‘Budak cerdik’ dari Kelantan ini. Sajaknya itu menggambarkan bahawa rakyat di Salor tidak mudah dikalahkan dan ia masih tegak berdiri walaupun begitu getir.
Kini Husam berada di arena politik nasional, arus perdana, malah antarabangsa dengan isu saman 1MDB.
Khabarnya beliau akan menyertai Parti Amanah. Tahniah kepadanya kerana mengambil keputusan yang tepat.
Namun beliau tetap bersama rakyat Salor itu memberikan sentuhan yang sangat kuat untuk beliau meneruskan perjuangan membela rakyat, menegakkan keadilan.
Bersama dengan pemimpin dan pendukung Amanah, kiranya Husam akan berada di medan politik arus perdana yang lebih luas, justru Amanah adalah politik bernuansa Islam yang berada di jalur tengah. Bukan parti berdasarkan kaum dan extrime agama.
Tentunya ramuan terbaik yang ada dalam Amanah ini, sesuai dengan persepsi dan hasrat tokoh seperti Husam ini.
Amanah yang memilih jalur tengah ini diyakini dapat diterima oleh warga kota dan desa, pelbagai kaum dan agama.
Sepanjang saya mengenali Husam, seorang tokoh politik yang sangat rajin membaca, adalah watak pemimpin intelektual yang berjiwa rakyat.
Oleh itu, saya yakin, beliau akan memberi sumbangan bererti kepada rakyat menerusi Amanah. Begitulah yang diharapkan.
Oleh itu, tidak mustahil Amanah akan menggamit Salor dan menebarkan warna orennya di Dun yang pernah saya kunjungi beberapa kali sebelum ini.
Teringat Salor, teringat Husam dan teringat sajaknya

Sajak ini ditulis Husam pada 22 Ogos 2016

No comments:
Post a Comment