# yang tak faham apa dia 'tok pok' tu boleh tanya kawan-kawan orang Kelantan
Ahli Parlimen itu adalah Bung Mokhtar, SPRM soal siasat lima jam hari ini
20 Ogos 2016 | MALAYSIA DATELINE
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin sekurang-kurangnya lima jam hari ini, lapor Malaysiakini.
Ia dipercayai berkaitan dengan beberapa unit pelaburan amanah dibuat oleh agensi itu.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 9.40 pagi dan terus masuk ke bangunan.
Bung Moktar enggan bercakap dengan media sebaik tiba, tetapi dilihat memberi isyarat ‘ok’ sebelum memasuki bangunan itu.
Malaysiakini telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad dan pengarah siasatan, Datuk Azam Baki untuk mendapatkan komen.
Sehingga jam 3 petang itu Bung Moktar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno masih disoal dan belum meninggalkan premis SPRM.
Pegawai SPRM berpakaian biasa yang berada di lobi berkata ia mungkin mengambil sedikit masa.
Semalam, Malaysiakini melaporkan SPRM dijangka memanggil seorang ahli Parlimen Umno untuk disoal siasat.

No comments:
Post a Comment